CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akughi

Bongkar!!!!Khalid hutang RM66juta

[Copy link]
Post time 5-8-2014 05:32 PM | Show all posts
kredit to blog http://aspanaliasnet.blogspot.com/
TS Khalid Ibrahim mencabar PKR untuk membuat laporan terhadapnya jika benar beliau menghadapi masalah intergriti. PKR boleh membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah jika mereka yakin beliau mempunyai bukti kukuh tentang apa yang mereka dakwa  melalui kenyataan Saifudin Nasution, Setiausaha Agung PKR.

Saifuddin telah membuat kenyataan yang beliau akan membentangkan laporan setebal 50 muka surat dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat 10hb Ogos ini. Jika apa yang di bentangkan itu tidak ada kebenarannya maka secara natural tindakan itu hanyalah satu konspirasi setengah pihak untuk menjejaskan intergriti beliau sebagai pemimpin kerajaan negeri Selangor.

Tetapi beliau (Khalid) juga patut mempunyai ruang untuk membuat tindakan mengadu kepada pihak badan undang-undang untuk membersihkan nama beliau pada pandangan rakyat khususnya di Selangor.`

Diantara yang di sebut oleh Saifudin ialah isu ‘outside court settlement’ dengan Bank Islam sebanyak RM66 juta berhubung dengan pinjaman Khalid dari Bank Islam yang membiayai pembelian 5 peratus saham Guthries  semasa beliau menjadi Ketua Eksekutif Syarikat Perladangan itu.

Isu ini sememangnya telah menjadi pengetahuan umum semasa beliau belum menjadi aktif dalam politik PKR ini. Di mana letaknya kesalahan Khalid dalam isu ini Saifuddin sahaja lah akan membentangkannya dalam perjumpaan dengan ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat nanti.

Tentunya Saifudin dengan pimpinan PKR yang mahu Khalid keluar itu sedang mencari segala kesalahan atau kesilapan Khalid sebelum ini. Sememangnya susah untuk mencari kesilapan itu dan jika ia masih dilakukan ia ibarat 'mencari kutu dalam rambut yang tebal'. Tidak kira apa, baginya Khalid mesti berhenti kerana itu adalah kehendak Anwar Ibrahim.

Saya seolah-olah tidak mahu mempercayai yang Saifuddin sanggup menunjukkan dendamnya sehinggakan berikrar akan menunjukkan segala kesalahan Khalid dan terpaksa keluar dari Pejabat Setiausaha Kerajaan di Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam. Bagi Saifuddin tindakan beliau untuk berkata dan bercakap dengan nada tinggi yang disulami dendam itu adalah satu tindakan yang ‘heroic’ untuk menzahirkan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Saifuddin mesti menunjukkan segala tuduhan beliau itu semuanya benar yang tidak boleh diragukan dan dipersoalkan. Jika kurang dari itu adalah hak Khalid Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dan apabila sampai ketahap itu Saifudin perlu meletakkan jawatan, jika beliau ada apa-apa jawatan yang beliau pegang sekarang ini.

PAS dan TGHA nya mungkin dipaksa membuat ikrar bersama untuk menyokong Khalid di ketepikan pada 10hb nanti, tetapi hakikatnya mereka adalah berbeza pandangan dan pegangan. TGHA pula akan menjadi sasaran pihak lain yang akan menganggap TGHA sebagai seorang yang mempunyai sikap ‘flip-flop’ seperti juga pemimpin dan pucuk pimpinannya yang selalu melakukannya. TGHA semasa itu akan dianggap seperti pemimpin yang senilai dengan pimpinan UMNO yang terlalu banyak dipersoalkan oleh orang ramai.

Bagaimana pun itu adalah hak TGHA untuk meletakkan dirinya di mana kata pepatah, selalunya, ‘raja bertitah hanya sekali’. Tidak tahu pula kita samada TGHA bertitah berkali-kali dan dalam setiap titahnya sentiasa berbeza-beza niat dan tindakannya.

Walau bagaimana pun dalam politik dunia ketiga seseorang pemimpin itu membuat tentangan hanya untuk diubah selepas ada perundingan. Sesungguhnya isu Khalid Ibrahim ini bukan sahaja melemahkan sokongan terhadap PKR, tetapi ia juga memberikan risiko yang tinggi terhadap sokongan rakyat terhadap PAS sendiri.

Kata pepatah lagi, ‘jika kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang dari kata-katanya’. Kalau kata-kata tidak dapat dipegang lagi, tidak tahu apa yang boleh dipegang dari seseorang manusia itu.

Walau bagaimana pun itu tidak menjadi perkara dan isu besar lagi hidup dalam akhir zaman ini. Dalam politik Malaysia kini semnemangnya slogan ‘Malaysia boleh’ itu terpakai di mana-mana dan bila-bila.

Semua mengharapkan isu Khalid Ibrahim ini akan selesai secepat yang mungkin walaupun penyelesaiannya terpaksa ada pihak yang mengubah pendiriannya  Jika terpaksa membuat U-Turn, elok bagi alasan yang kuat untuk melakukannya.

Takut-takut nanti ada yang terfikir untuk meminta mereka membuka mulut seluas-luasnya untuk melihat jenis apa lidah yang ada di dalam mulut mereka itu. Pemimpin yang berbohong akan memberikan bekas yang sangat mendalam dalam pemikiran mereka terhadap pemimpin seperti ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2014 08:08 AM | Show all posts
mohon khalid saman pihak yang buat kontrobesi pasal dia neh...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 08:11 AM | Show all posts
TSKI VS ABG NON and THE GENG!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 08:22 AM | Show all posts
bersungguh2 penjilat pungkoq nwat nak menjatuhkan Khalid.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Selangor rakyat Selangor suka Khalid tp partinya Tak suka dia..di Kedah rakyat Kedah suka mukriz tp dipercayai pemimpin umno lain Tak suka dia...aku rasa elok mb dan pm kita kena ikut us...rakyat mengundi direct nak siapa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2014 11:01 AM | Show all posts
crossfire posted on 6-8-2014 08:11 AM
TSKI VS ABG NON and THE GENG!!!

satu malaya kene ikut cakap abg non....kalo tak jubboq ang kene toron.....

pah ni khalid blh join hassan ali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2014 01:06 PM | Show all posts
akughi posted on 5-8-2014 05:08 PM
alahai....kesian ko......ye la dah ko paham macam tu....teruskan la.....

Aisey... takkan pendekar umno setakat pandai ketawa je? Tunjuk la kecerdikan tu sikit. Ada berani?   
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 07:32 AM | Show all posts
ARTIKAL BERKAITAN

Yakin tak bersalah dorong MB buat laporan SPRM terhadap diri sendiri
Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 OGOS: Lazimnya, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya dibuat bagi menuduh seseorang individu lain melakukan kesalahan rasuah, bukan sebaliknya.

Namun, Pejabat Menteri Besar Selangor  melalui Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar, Mohd Yasid Bidin berbuat demikian terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan pengetahuan Menteri Besar itu kerana yakin tidak bersalah.

“Ini surat aduan salah laku yang dikatakan dilakukan Menteri Besar. Saya sebagai pegawai Menteri Besar rasa bertanggungjawab untuk mengemukakan laporan kepada SPRM.

http://bm.selangorku.com/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2014 07:42 AM | Show all posts
akughi posted on 5-8-2014 03:24 PM
hahahahahahhahaha tak tau ke buat2 tak tau.....isu ni org PKR sendiri yg bongkar.....lagi mau sala ...

mcmlah parti kau mulia sgt?? aduhh. tak payah nak sokong parti org sampai fitnah org lain bro. sokong pun diam2 sudah. nmpk benor macai umno.Yg kes lembu bagai tu tak nak ungkit?? opss lupa. Parti mulia. Haruslah buat2 tak tahu. hewhewhew
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 10:09 AM | Show all posts
aku sgt bersimpati ngn khalid..

anwar ni dah desperate sgt ke????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2014 10:16 AM | Show all posts
heywana posted on 7-8-2014 07:42 AM
mcmlah parti kau mulia sgt?? aduhh. tak payah nak sokong parti org sampai fitnah org lain bro. sok ...

tak pernah pulak aku cakap parti umno ni mulia    atau ko hanye bermain perasaan....ko tahap macai....mmg ko rase mcm tu.....

aku tak fitnah org lain pun, sbb nyer aku copy aje ape yg dibongkar oleh org2 dari PKR....aku harap ko tak bodoh sangat smp tak tau ape2 pasal pekara ni......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2014 10:17 AM | Show all posts
heywana posted on 7-8-2014 07:42 AM
mcmlah parti kau mulia sgt?? aduhh. tak payah nak sokong parti org sampai fitnah org lain bro. sok ...

satu lagi kes lembu tu pun PKR dah tarik balik saman tu....sbb nyer tak leh nak saman sbb tak bersalah pun.....hal hal mcm ni ko tak tau ke?

atau tuan ko tak nak bgtau hal yg betul
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 12:24 PM | Show all posts

sokong MB Khalid, pada ms yang sama nk tau gak psl hutang dan tanah jual kat Eco World.. harap dapat penjelasan yang meyakinkan...

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
MissMamamia75 posted on 5-8-2014 01:54 PM
secara logik - apa Khalid nak buat ngan duit juta2 hutang ngan Bank Islam tu...?

susah aku nak ha ...

Khald beli saham . tgk saham takaful insurans. Naik mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 11:49 PM | Show all posts
Adun Sri Serdang Perlu Mohon Maaf : MB
Jumaat, 13 November 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 13 November - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Serdang , Datuk Satim Diman yang mengatakan beliau tidak boleh dipercayai.

Ini berikutan dakwaan yang dibuat beliau bahawa Menteri Besar tidak menjelaskan pembayaran balik hutang pinjaman Bank Islam.

Sebaliknya menurut Tan Sri Khalid beliau telah diarahkan oleh mahkamah agar menyaman pihak pengurusan Bank Islam setelah menolak permohonan saman dari Bank Islam itu.

“Sri Serdang telah membuat kenyataan dalam dewan mengatakan oleh kerana saya tidak membayar bank hutang lepas itu dia mengatakan saya tidak boleh dipercayai dalam pengurusan ini sebenarnya perkara itu tidak benar kerana saya masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.

“Malah mahkamah telah membenarkan saya menyaman Bank Islam, bukan Bank Islam dulu saman saya tetapi ditolak tetapi membenarkan saya menyaman Bank Islam.

“Jadi bila saya menyaman Bank Islam macamane saya nak bayar ,jadi dia punya kenyataan yang berasaskan kepada itu dia telah membuat cerca kepada saya,” katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas Sidang Dewan Negeri ditangguhkan ,petang tadi.

Menurut Tan Sri Khalid lagi beliau telah meminta Adun Sri Serdang,Satim Diman agar memohon maaf kepadanya dengan kenyataan bertulis.

“Jadi berasaskan peraturan 70 Menteri Besar meminta beliau meminta maaf jika tidak Menteri Besar  akan membuat satu usul bahawa membawa kepada dewan mengenai hak dan keistimewaan,” katanya.-NURSHAKIRA BUANG

http://www.selangorkini.com.my/my/berita/7267
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 11:49 PM | Show all posts
BANKING: Banks and banking business - Islamic banking - Bai Bithaman Ajil Facility - Facility and transactions thereunder alleged to have contravened Islam and Syariah Principles - Whether Court required to refer Syariah issues to Syariah Advisory Council (SAC) Bank Negara Malaysia for ruling - Whether ss. 56 & 57 of Central Bank of Malaysia Act 2009 had retrospective effect - Whether they negated defendant's substantive right to lead expert evidence on Syariah issues

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM v. BANK ISLAM MALAYSIA BHD
HIGH COURT MALAYA, KUALA LUMPUR
MOHD ZAWAWI SALLEH J
[SUIT NO: D4-22A-216-2007]
2 DECEMBER 2011

HEADNOTES

Bank Islam Malaysia Berhad ('Bank Islam') filed a debt recovery action against Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim ('Khalid') based on a Bai Bithaman Ajil facility ('BBA Facility') executed between the parties. In an earlier suit against Bank Islam, Khalid alleged the bank had acted in defiance of a collateral contract between the parties in terminating the BBA Facility. In its suit, Bank Islam had obtained summary judgment against Khalid but the Court of Appeal set it aside and ordered a trial as the views of experts concerning the Islamic financing facility conflicted. When resisting the summary judgment application, as well as in his statement of defence, Khalid had challenged the validity of the BBA Facility agreements and the legality of Bank Islam's sale of certain pledged shares as being contrary to Islam and/or Syariah principles. Bank Islam then applied (vide encl. 59) under s. 56 of the Central Bank of Malaysia Act 2009 ('CBMA') for the court to refer certain Syariah questions to the Syariah Advisory Council of Bank Negara Malaysia ('SAC') for its ruling. Khalid objected to encl. 59, inter alia, on the ground (i) the court had previously made such a reference to the SAC at the summary judgment stage and was now estopped from repeating the procedure and (ii) that besides contravening the Federal Constitution, ss. 56 and 57 of CBMA came into effect after the instant actions were filed and thus they could not operate retrospectively to negate his substantive right to call expert witnesses to testify on matters involving Syariah or Islamic law.

Held (allowing encl 59 with costs):

(1) Sections 56 and 57 of the CBMA were procedural in nature. There was no adverse impairment of any pre-existing substantive right of Tan Sri Khalid. It entailed nothing more than the application of a new procedure as far as Syariah issues were concerned; the only difference being that as from 25 November 2009, the court's discretionary power, that existed under s 16B (8) of the repealed Central Bank Act 1958, was taken away and the ruling of the SAC was binding on the Court. (paras 36 & 43)

(2) The proposition that Tan Sri Khalid had a vested right to lead expert evidence was untenable because the SAC was a statute-appointed expert tasked with ascertaining Islamic law for Islamic financial business since the amendment to the Central Bank Malaysia Act 1958 in 2003, well before the instant action was brought before the court. (para 44)

(3) Sections 56 and 57 of CBMA were valid federal laws enacted by Parliament pursuant to Item 4(k) of the Federal List (List I) in the Ninth Schedule of the Federal Constitution. Should there be any question concerning a Syariah matter, the Court had to invoke s. 56 (para 45)

(4) The letter from the court to the SAC at the summary judgment stage merely enquired if there was any existing resolution passed by SAC in respect of BBA contracts. It was not a reference to SAC for a ruling on a Syariah issue. (paras 28-29)

(5) The SAC did not perform a judicial or quasi-judicial function. Its function was confined to the ascertainment of Islamic law on a financial matter. The court still had to decide the ultimate issues which had been pleaded. (para 45)

Case(s) referred to:

Bank Islam Malaysia Bhd v. Lim Kok Hoe & Anor And Other Appeals [2009] 6 CLJ 22 CA (refd)

Bank Shamil of Bahrain v. Beximco Phamaceutical Ltd & Others [2004] All ER (D) 280 (refd)

Curtis v. Johannesburg Municipality 1906 TS 308 (refd)

Gerald Fernandez v. Attorney-General, Malaysia [1970] 1 LNS 27 FC (refd)

Goopan Govindasamy v. A Subramaniam & Anor [1980] 1 LNS 22 FC (refd)

Haw Tua Tau v. PP [1978] 1 LNS 60 HC (refd)

Howard Smith Paper Mill Ltd et al v. The Queen [1957] SCR 403 (refd)

Keith Sellar v. Lee Kwang and Tennakon v. Lee Kwang [1980] 1 LNS 36 FC (refd)

Khajah Husain 'Ali v Shazadih Hazari Begum, 12 WR (refd)

L'Office Cherifien des phosphates v. Yamashita-Shinnihon Steamhip Co Ltd [1994] 1 AC 486 (refd)

Lee Chow Meng v. PP [1978] 1 LNS 88 FC (refd)

Lim Phin Khian v. Kho Su Ming [1996] 1 CLJ 529 SC (refd)

Lim Sing Hiaw v. PP [1964] 1 LNS 92 FC (refd)

Maxwell v. Murphy [1957] HCA 7 (refd)

Newell v. The King [1936] HCA 50 (refd)

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim v. Bank Islam Malaysia Bhd & Another Case [2010] 4 CLJ 388 HC (refd)

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah v. Westcourt Corporation Sdn Bhd & Other Appeals [2004] 2 CLJ 617 CA (refd)

Yew Bon Tew v. Kenderaan Bas Mara [1983] AC 553 (refd)

Legislation referred to:

Central Bank of Malaysia Act 1958 (repealed), s. 16B(8)

Central Bank of Malaysia Act 2009, ss. 56(1)(b), 57

Federal Constitution, arts. 8, 74 part ix

Other source(s) referred to:

Engku Rabiah Adawiah Engku Ali, Constraints and Opportunities in Harmonization of Civil Law and Shariah in the Islamic Financial Services Industry [2008] 4 MLJ i

Islamic Banking: Perspective on Recent Case Development [2009] 1 MLJ xci

For the plaintiff - Malik Imtiaz (Mathew Philips, Asma Mohd Yunus, Azinuddin Karim & Janine Gill with him); M/s Thomas Philip

For the defendant - Alan Adrian Gomez (Ganesan Nethi with him);
M/s Tommy Thomas

Reported by Ashok Kumar

http://www.cljlaw.com/default.asp?page=cotw120504
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 11:46 PM | Show all posts
Bank Islam mulakan tawaran penyelesaian luar mahkamah
Oleh: AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Bank Islam dilaporkan terlebih dahulu memulakan tawaran supaya urusan hutang membabitkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama perbankan itu diselesaikan di luar mahkamah ekoran rundingan pertama tidak membuahkan hasil.

Bekas Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata dirinya terbabit secara langsung dalam rundingan penyelesaian itu selepas diarahkan bekas majikannya pada tahun 2008 iaitu sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) menang di Selangor.

Katanya, disebabkan rundingan itu tidak berjaya, maka kes itu dibawa sehingga ke Mahkamah Tinggi dan Persekutuan untuk dibicarakan.

islamic-bank“Selepas menghubungi pihak menteri besar, beliau datang ke ibu pejabat Bank Islam di Bukit Damansara dan ada beberapa siri perbincangan serta rundingan tetapi nampaknya Tan Sri Abdul Khalid tidak bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan pada masa itu.

“Sebab itu ia dibawa sehingga ke Mahkamah Tinggi dan Persekutuan selepas rundingan pertama untuk capai kesepakatan itu gagal.

“Sehingga awal tahun ini, kes berkenaan tidak lagi disebut di mahkamah disebabkan dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya di luar mahkamah,” katanya yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Ekonomi dan Kewangan Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata demikian pada Forum Krisis Selangor : Khalid Ibrahim belot Pakatan? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, baru-baru ini.

Azrul berkata, selepas beberapa kali kes itu dibawah ke mahkamah, akhirnya Bank Islam bersetuju supaya kes berkenaan diselesaikan melalui tawaran skim perjanjian jual beli (BBA) yang dihidupkan kembali sebuah institut perbankan Islam dari Timur Tengah.

Katanya, kaedah yang dianggap sebagai kontroversi daripada sudut kontrak perbankan Islam itu hanya diterima di beberapa buah negara di rantau Asia iaitu Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

“Syarikat perbankan Islam itu berjumpa dengan pihak terbabit dan menawarkan satu kertas kerja, yang mana mereka akan membayar jumlah dihutangkan Tan Sri Abdul Khalid kepada Bank Islam bagi mengelakkan impak besar kepada industri perbankan Malaysia dan BBA jika kes itu gagal menang.

“Institusi ini cuba hidupkan BBA, jadi masing-masing setuju dan Tan Sri Abdul Khalid hanya perlu bayar sedikit sahaja nilai hutang itu,” katanya.

Azrul berkata, melalui kaedah itu kes hutang berkenaan selesai sepenuhnya pada 24 Julai lalu.

Mengulas dakwaan bahawa peguam kedua-dua pihak tidak dimaklumkan berkenaan penyelesaian luar mahkamah itu, beliau berkata, ia adalah normal bagi sebarang kes.

Katanya, adalah menjadi hak pihak terbabit untuk menyingkirkan peguam yang dilantik jika mereka berpendapat ia boleh diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

“Ia adalah perkara normal bagi sebarang kes penyelesaian luar mahkamah tidak diketahui pihak peguam atau tidak dimaklumkan.

“Itu adalah hak kepada pihak berkenaan untuk singkirkan peguam mereka atau menggunakannya, jadi bukan sesuatu yang tidak normal untuk peguam tidak terbabit,” katanya.

-NFN-



pencacai anwart & azmin, sila fahamkan part yg warna MERAH
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:25 AM | Show all posts
BANYAK NAK MAMPOIS.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 11:26 PM | Show all posts
eh aku pedulik haper die hutang jota2 pun,, mcm la yg laen tk penah wat taikk.. piiraahhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 02:32 AM | Show all posts
Mahkamah Benar Rayuan Khalid
Diterbitkan: Selasa 2 Nov, 2010

PUTRAJAYA: Dua kes saman membabitkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) akan didengar oleh seorang hakim Mahkamah Tinggi yang lain.

Ini berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Abdul Khalid untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rohana Yusuf menarik diri daripada mendengar saman itu atas alasan wujud elemen berat sebelah.

Panel tiga hakim itu diketuai oleh Hakim K.N.Segara dan dianggotai oleh Hakim Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Abdul Khalid mengemukakan permohonan rayuan selepas Rohana pada 22 Sept lalu enggan menarik diri daripada mendengar dua saman itu.

Abdul Khalid menyaman BIMB pada 18 Mei 2007 kerana mendakwa bank itu telah melakukan kesalahan melupuskan saham beliau dalam Guthrie yang diperoleh menerusi pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) pada 30 April 2001.

Beliau memohon perintah bahawa terdapat kontrak cagaran antara beliau dan bank itu berhubung pinjaman berkenaan.

Abdul Khalid yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Guthrie dari 1995 hingga 2003, juga memohon ganti rugi daripada BIMB.

BIMB pula mengemukakan saman balas terhadap Menteri Besar Selangor itu pada 24 Mei, 2007 bagi mendapatkan wang berjumlah RM66.67 juta, dengan mendakwa perjanjian BBA telah dilanggar berikutan kegagalan Abdul Khalid membayar semula pinjaman itu.

Abdul Khalid kemudian memohon untuk memecat Rohana daripada mendengar kes saman itu atas dasar hakim itu pernah menjadi timbalan pengarah bahagian Perbankan Islam dan Jabatan Takaful di Bank Negara.

Hakim itu dikatakan mempunyai hubungan komunikasi dengan bekas Ketua Pegawai Operasi BIMB, Fazlur Rahman Ebrahim, yang merupakan saksi penting dalam dua kes saman itu.

Pada Ogos tahun lepas, Rohana memerintahkan Abdul Hkalid membayar RM66.67 juta dalam penghakiman ringkas yang diperoleh oleh BIMB tetapi Mahkamah Rayuan pada 3 Mac lalu, mengenepikan penghakiman itu dan merintahkan perbicaraan penuh mengenai isu-isu yang dibangkitkan.

Abdul Khalid diwakili oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, Matthew Thomas Philip dan Asma Mohd Yunus manakala BIMB pula oleh Tommy Thomas. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/artikel/ ... amah/20101101233419

bank saman TSKI utk keuntungan mereka (RIBA), TSKI pun saman balik BIMB.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.086356 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list