Zul Ariffin
Zul Ariffin putus cinta lagi?
22 JUL 2014 03:55PM
Oleh Izzatie Rizan (izzatie@abnxcess.com) PETALING JAYA – Pelakon Zul Ariffin masih berteka teki mengenai status perhubungannya dengan Penerbit Tayangan Unggul, Gayatri Su- Lin Pillai. Menggambarkan tahun ini sebagai tahun kejayaan kariernya namun Zul juga menganggap tahun ini adalah tahun malang dalam percintaan. “2014 Alhamdulillah secara kariernya saya anggap sebagai tahun perkembangan karier saya, namun dari segi hubungan peribadi tidak berapa baik. “Itu sahaja yang ingin saya ulas buat masa ini,” katanya dalam Program Selebriti di Red Carpet. Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Arifin telah membuat pengakuan bercinta dengan Gayatri pada Disember 2012. Namun terdapat gosip terbaru yang mengatakan hubungan cintanya dengan penerbit itu telah berakhir dan Zul kini menjalinkan hubungan dengan pelakon yang sedang meningkat naik Elfaeza Ul Haq. “Status saya sudah tentu masih single sebab saya tak kahwin lagi… yang lain saya tak boleh nak cakap… saya melalui hari dan bulan- bulan yang penuh cabaran,” ujarnya lagi. Pelakon ini juga pernah menjalinkan hubungan dengan bekas pelakon Abby Abadi, namun perhubungan yang menjangkau dua tahun itu tidak kekal lama.
http://news.abnxcess.com/bm/2014/07/zul-ariffin-putus-cinta-lagi/
Tapi ade jer sekali pics gaya berhari raya dgn family ZA
|