CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41695|Reply: 251

Nurul Depp selamat melahirkan anak ke 3 #babyRaphael | nama & gambar #207

[Copy link]
Post time 11-8-2014 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kakasotong at 23-1-2015 05:25 PM

Nurul Depp Hamil Anak Ketiga



Penyanyi Nurul Wahab Depp menerusi blognya mengumumkan berita gembira bahawa dia kini hamil anak keduanya bersama suami, Eric.

Nurul juga telah memuat naik video di Youtube bagi mengumumkan berita gembira ini. Menariknya video ini dibuat dalam Bahasa Melayu bagi menyembunyikan berita ini dari pengetahuan ibu dan bapa mentuanya di Perancis.

Nurul memberitahu, dia hanya akan memberitahu berita gembira ini ketika dia sekeluarga berkunjung ke Perancis pada pertengahan September ini.

Tahniah Media Hiburan Online ucapkan kepada Nurul sekeluarga. Semoga Nurul dapat melalui proses kehamilan dengan lancar dan seterusnya melahirkan cahaya mata yang comel kelak.

Jom saksikan video pengumuman Nurul mengenai berita kehamilannya.

http://www.youtube.com/watch?v=pzQCNinmvlc




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2014 02:19 PM | Show all posts
congrats! bestnyer nk dpt baby lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2014 02:20 PM | Show all posts
Sesapo pandai tepekkan video youtube kat atas tu tlg tepekkan. Iols xterer lg bab2 tepek video ni.

Anyway tahniah nurul!!! Selamat mengembangkan lg keturunan uols
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Productive gittuw
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 02:21 PM | Show all posts
woww...lajunye  buat baby lagi. anyway congrats Nurul!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 02:22 PM | Show all posts
sakan nk berbaby kokusen..
anyway congrat nuruldeep..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-8-2014 02:22 PM | Show all posts
Dari blog nurul depp:

‘RAHSIA BESAR!’ ALHAMDULILLAH.. TERIMA KASIH ALLAH..

Okay.. Pasti semua dah tonton dan dengar video di atas. Hahhaha… Macam-macam aku dan Eric ni. Simpan rahsia tau. Kalau tak, tak dapat aku videokan reaksi mereka di sana nanti!  Tak lama simpan. Hanya sebulan hehehe.. Kami akan bertandang ke sana (tak boleh sebut nama tempat. Takut dia tahu kita bercakap tentang mereka di sana!) tanggal 17 September sehinggalah 5 Oktober. Cuti lama sikit. Kami akan sampai di tanahair pada 6 Oktober depan.

Eric memang suka buat kejutan jika ada sesuatu yang istimewa kepada kedua orang tuanya. Ni pun bukan main ni aku kena twist ayat-ayat ni. Walaupun dalam Bahasa Melayu. Jangan tak tahu mereka berdua yang berada di Eropah – tak dilupakan sepupu kami – memang suka alih bahasa. Maklumlah zaman cyber. Digunanya pula Google translate. Selalu juga diaorang buka blog ni. Nak tengok apa aku buat.

Kalau letak gambar tu, memang akan di print nya terus. Disimpan baik-baik dan dilekatkan di dinding bilik mereka. Itulah bapa mertua aku. Ni aku kena tulis Bahasa Melayu yang tak boleh ada English. Kalau English diterjemahkan sebiji-sebiji ke dalam bahasa mereka. Kalau bahasa kita, lain sikit.

Dah pernah dibuatnya. Katanya kelakar dan terjemahan yang entah apa-apa. Aku tak tahu macam mana dan terjemahan mana digunakan! Hahahahha… Katanya dah taknak buat lagi.Buat buang masa katanya. Bila dengan video, diaorang tak boleh buat terjemahan dan tak ada sesiapa di sana yang boleh berbahasa melayu! Selamat… Hehehe..

Tapi in case… Tak tahulah juga.. tiba-tiba dibuatnya lagi terjemahan. Jadi nak selamat, Pingu kecil ku ni sarankan untuk umukan minggu ini dengan video sahaja. Lagipun dah tak boleh sorok dan dah tiba masa yang sesuai untuk kami umukan ‘rahsia’ kami ini.

Harijadi aku tanggal 27 Julai dan Eric pada 2 Ogos yang lalu, bukan main kedua orang tua itu bertanya dan membuat jenaka bila nak ada yang nombor dua pula. Kami hanya ketawa dan Eric kata amboi bukan main dia mengusik ye. Tunggulah tanggal 18 September nanti. Mesti yang sorang tu akan menangis dan yang sorang lagi terkejut tak boleh tutup mulut bila tengok di bahagian tengah badan aku membulat!

Diaorang memang peminat no.1 aku dari sana. Kalau aku buka statistik blog ni, hanya 2 atau 3 dari negara besar itu. Aku tahulah siapa. Jadi, sementara nak tunggu kami bertandang ke sana pada 17 September depan; kebetulan pula ada berita gembira ni, Eric sarankan untuk membuat kejutan. Saja nak buat begitu sebab gap nya tak jauh dengan kelahiran Zachary.

Nanti kalian boleh tonton video di channel youtube aku. Akan aku videokan bagaimana mereka terkejut nanti dan apakah reaksi kedua ibu bapa mertua ku itu! Tak sabar pula nak tunggu bulan September dan nak sampai ke sana.

Ada juga nanti video-video menarik dari Czech Republic kerana kami akan bertandang ke sana di atas urusan perniagaan Herbalife. Ramai berkata Prague sangat indah. Tak sabar juga nak ke sana. Kali pertama kami akan tinggalkan Zach bersama atok dan neneknya. Aku yang resah dan ini julung kalinya kami akan berjauhan dengan Zach selama 6 hari! Huhu..  aku takut aku yang tak dapat menahan rindu pada anak teruna aku tu!

P/S : Akan aku kongsi juga pengalaman kali ketiga (bagi aku) ini buat semua wanita yang sedang dan masih menanti cahayamata. InsyaAllah…

http://nurulwahabdepp.wordpress. ... ih-allah/#more-2711
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 02:24 PM | Show all posts
bestnyer ada bb lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2014 02:34 PM | Show all posts
wahh... cepat jugak dapat yg baru... productive sunggoh... tahniahhh...!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
wow.... jelesnya... tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Best nya ko nurul. Tahniah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 02:46 PM | Show all posts
tahniah Nurul & husband
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 02:47 PM | Show all posts
Tahniah kak Nurul. Bertambah ahli keluarga sememangnya perkara paling indah tau
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 02:49 PM | Show all posts
comelnya baby z tu.
tahniah la nurul bahagia sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 02:52 PM | Show all posts
apa jadi anak pertama??

mentang2 hasil tempatan dilupakan terussssssss
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 02:54 PM | Show all posts
alhamdulillah...tahniah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2014 02:54 PM | Show all posts
pandai jaga laki nurul ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2014 02:59 PM | Show all posts
tobobon posted on 11-8-2014 02:52 PM
apa jadi anak pertama??

mentang2 hasil tempatan dilupakan terussssssss

anak 1st dia tgh dduk dendiam dlm asrama penuh blajar rerajin nak skor straight A spm xlama lg. Psl tu xcerita. Kang cerita org kata menunjuk anak pandai pulak
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 03:00 PM | Show all posts
berapa umur anak si Nurul ni
dan berapa umur dia sekrg
rsnya dia nak cepat2 product sbb takut nnt dah xleh
apa2 pun tahniah dan semoga dilindungiNya
anak yg tu comel jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2014 03:02 PM | Show all posts
kukulangau posted on 11-8-2014 02:54 PM
pandai jaga laki nurul ni

Amik pengajaran dr bekas laki lepas. Xdijaga ketat habis somiku dicaras
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.112022 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list