CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1732|Reply: 2

Bekas setiausaha politik MB Selangor, Faekah keluar PKR

[Copy link]
Post time 12-8-2014 01:01 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM 11 Ogos - Bekas setiausaha politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta kerana hilang kepercayaan terhadap parti berkenaan.



Faekah dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini, menyifatkan parti yang didukungnya sejak tahun 1999 itu juga dilihat lari daripada landasan asal penubuhannya.




Katanya, prinsip parti yang diperjuangkan pucuk pimpinan selama ini gagal dipatuhi terutamanya dalam menangani isu berbangkit dan kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor mengikut tatacara yang betul.



"Perjuangan parti ini telah lari dari landasan asal akibat nafsu pemimpin yang gagal mematuhi adab dan adat dalam memimpin sebuah kerajaan.
"Oleh itu, adalah lebih baik bagi saya meninggalkan parti kerana tiada apa-apa lagi yang boleh saya harapkan darinya," katanya dalam SMS tersebut.
Faekah, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) menghantar surat keluar parti itu kepada Ibu Pejabat PKR.



Menurut surat berkenaan, Faekah menganggap tindakan yang diambil pemimpin parti ke atas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpesong daripada nilai keadilan yang diperjuangkan PKR. - BERNAMA
\


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2014 04:31 PM | Show all posts
yg lebih bagus - bubar terus PKR
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 07:02 AM | Show all posts
sodih ...nogri sondiri depa tak dapek ....nak sebuk tompek oreng
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.068235 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list