CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2632|Reply: 6

Kemelut Selangor: PAS tidak akan bersama BN

[Copy link]
Post time 13-8-2014 03:17 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Dalam krisis Menteri Besar Selangor yang semakin memuncak sekarang, PAS menegaskan ia tidak akan sesekali bersama BN.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata demikian apabila ditanya perkembangan terkini politik Selangor selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memecat enam anggota Exconya daripada kalangan DAP dan PKR, 12 Ogos lalu.

"Situasi selepas pemecatan Exco ini adalah perkembangan sementara dan ia tertakluk kepada perubahan, bergantung keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, 17 Ogos nanti," ujarnya merujuk hanya tinggal empat Exco PAS dalam kerajaan negeri.

Abdul Khalid kini menjadi menteri besar bebas selepas Majlis Pimpinan Pusat PKR memecat keahlian beliau serta-merta pada 9 Ogos lalu.

PAS pada 10 Ogos bagaimanapun telah mengeluarkan arahan agar semua exco kerajaan negeri dari PAS terus berkhidmat di dalam Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata kedudukan PAS yang tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak akan bersama BN itu adalah berdasarkan tiga faktor utama.

Pertama, PAS masih lagi berpegang teguh dengan keputusan Muktamar Tahunan 2008 yang bersetuju untuk PAS bersama Pakatan Rakyat.

Kedua, ia juga selari dengan pandangan Majlis Syura Ulamak  yang bermesyuarat pada 6 Ogos lalu, yang menegaskan sekali lagi  untuk terus memberi komitmen bersama Pakatan.

Ketiga, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga berulang kali menegaskan, dalam apa jua situasi yang berlaku, PAS tetap bersama Pakatan.

"Oleh itu, saya harapkan semua pihak, terutama rakyat Selangor, khususnya ahli PAS, agar bertenang berdepan berita atau rumours yang tersebar sekarang, serta sabar menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos.

"Insya-Allah semua kemelut ini dapat PAS selesaikan dalam mesyuarat itu nanti. Kita akan memutuskan yang terbaik.

"Saya yakin, PAS tentunya sangat bertanggungjawab untuk pastikan menteri besar baru dapat diganti di kalangan Pakatan Rakyat bagi memastikan amanah dan kepercayaan rakyat dalam PRU13 tidak disia-siakan, sekali gus survival Pakatan di Selangor terpelihara," Salahuddin memberi jaminan.

Mengulas sokongan terbuka Adun BN terhadap khalid seperti dinyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin,  Salahudin menegaskan ianya "tidak memberi apa-apa kesan terhadap kerjasama PAS dalam Pakatan".

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Exco PAS Selangor Sallehen Mukhyi ketika ditanya media pagi ini berkata, tidak timbul soal kerjasama dengan Umno kerana parti itu adalah pembangkang di Selangor.

"Soal (kerjasama) Umno tak timbul. Umno tidak ada dalam kerajaan. Tidak akan jadi. Kalau Umno ada dalam exco, PAS akan keluar.

"Umno tidak ada dalam senarai ini. Dia bukan kerajaan, dia pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2014 03:20 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Semua exco PAS akan keluar dari Kerajaan Negeri Selangor sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dilantik sebagai exco.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad menegaskan, PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat dan akan terus menjaga kepentingan Pakatan Rakyat di dalam kerajaan.

Iskandar yang juga  Pengerusi Perumahan Pengurusan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor mengulangi pendirian bahawa mereka membawa semangat Pakatan Rakyat dan berpegang kepada prinsip-prinsipnya.

"PAS tidak akan menuntut Adun-Adunnya dilantik sebagai Exco. Kami juga mahu memastikan Umno tidak mengambil kesempatan di dalam keadaan sekarang. Tetapi kami menghadapi risiko dituduh telah mengkhianti Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini di
Facebook
.

Justeru, katanya PAS telah membuat satu pengorbanan besar dengan terus berada di dalam kerajaan supaya perancangan dan program-program kerajaan dapat diteruskan dan rakyat tidak kerugian akibat dari kemelut ini.

Semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah memecat lima exconya di kalangan PKR dan DAP yang dilihat tidak lagi menunjukkan sokongan kepada beliau, ekoran itu beliau yang kini masih mendapat sokongan daripada keempat-empat Exco daripada PAS.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 03:56 PM | Show all posts
lambatnye nak meeting..
org tgh bertarik bulu keting dah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 04:22 PM | Show all posts


antara tiga parti ini, pas dan dap punyai banyak kelebihan dlm sudut apa pun.
pkr adalah parti yang TIDAK BOLEH UNTUK BERGANTUNG HARAP.
takat tolong bagi pakatan dpt banyak kerusi DUN/Parliment bole ler.

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 04:32 PM | Show all posts
PAS dekat harakah aktif. bila time ni semua passive. tolonglah minum susu dugrow bagi sel2 otak berhubung .

PAS tak perlu tunjuk innocentlah sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 06:49 AM | Show all posts
asal bukan umno
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2014 10:25 AM | Show all posts

biasalah.... dah ludah...................................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.241014 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list