CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NIXAR

[Tempatan] Tragedi MH17 V5 : 35 jenazah selamat dibawa pulang termasuk 2 jenazah pd 9/9

  [Copy link]
Post time 13-8-2014 09:50 PM | Show all posts
syukur buat keluarga mangsa yang dah dapat berita tentang identiti mayat, kepada yang masih menunggu, diharap sentiasa bersabar serta kuatkan semangat dalam mengharungi saat sedih ini...sekali lagi diucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2014 10:19 PM | Show all posts
Saja nak tepek balik clip ni...beautifully compiled by utube poster "MASWENG"
This was the exact plane, taken from various airports around the world..complete with atc conversations

"Tribute To Mike Romeo Delta B772 Malaysia Airline System"

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 08:58 AM | Show all posts
MH17: 4 wakil agama bukan Islam berlepas ke Amsterdam

SEPANG: Seramai empat wakil agama bukan Islam berlepas ke Amsterdam, Belanda malam ini untuk menguruskan mayat rakyat Malaysia bukan beragama Islam yang terkorban dalam nahas penerbangan MH17 mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, mengesahkan 10 daripada 16 mayat rakyat Malaysia berkenaan disahkan bukan beragama Islam.

Beliau berkata empat wakil agama bukan Islam iaitu Ven Sing Kan (Buddha),
Datuk Mohan Shan (Hindu), Haracharan Singh (Sikh) dan wakil Tao, Daozhang Tan
Bon Sin akan melakukan upacara sembahyang serta menyempurnakan jenazah mengikut
kehendak dan kepercayaan agama masing-masing di Amsterdam, Belanda.
Last edited by biggirlduncry on 14-8-2014 09:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 05:27 PM | Show all posts
perkembangan lain

MAS may retrench up to 20% of workforce

MALAYSIA Airlines (MAS), a state-owned carrier tottering over hefty losses and reeling from twin tragedies, could lay off up to 20 per cent of its workforce to slash cost as part of a deep restructuring to revive the ailing airline.

The Business Times understands that the airline, which major owner Khazanah Nasional has just proposed to buy out and delist from the Malaysian stock exchange, is in the midst of collating detailed data which will be "reality tested" to make the tough decision on who stays and who goes.

Said a reliable source: "MAS' new business model that is being fine-tuned will not require the staff strength it has and there will be redundancies. There are many, not in the few hundreds, but some thousand or so who may be let go. It will also involve those holding senior positions who have made some poor day-to-day decisions."

Staff cuts, deemed a low-hanging fruit in keeping MAS afloat, appear to be inevitable for the airline, which has a bloated workforce of 19,577 employees as at the end of last year. It is a painful decision it has long evaded, not least for fear of a political backlash.

"Layoffs are not easy. It's an emotional subject as it's about one's livelihood. The airline wants to be very careful in deciding who will be laid off, who can be trained or redeployed and those who need to retire," the source added.

The cuts will be done in a just manner.

"If Khazanah is prepared to pay a decent sum to take MAS private, then it's a given that employees who will be taken off will be offered a morally fair sum. The airline is not going to simply shaft people. Also, it wants to avoid the political noises that may arise," said the source.

On Friday, Malaysia's sovereign wealth fund Khazanah proposed to take MAS private by offering remaining shareholders 27 sen per share - an exit plan for minority shareholders that will cost RM1.4 billion (S$550 million) and deemed fair by the analyst fraternity. It is a relatively more preferred option to total collapse or bankruptcy.

The airline's last downsizing took place eight years ago and cost nearly RM500 million in payouts to some 2,600 employees.

A 19 per cent reduction in workforce and 10 per cent capacity cut could nearly halve MAS' estimated losses in fiscal 2015 of RM767 million, according to RHB Research.

Yet, there are major hurdles. One of them is the fear that a big cut could lead to disgruntlement among a workforce whose morale has already been beaten down by the recent tragedies, and, in turn, trigger political ramifications at the polling booth.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 05:31 PM | Show all posts
MH17: Identiti 15 jenazah rakyat Malaysia hanya diketahui 22 Ogos - TPM

PUTRAJAYA: Identiti membabitkan kumpulan jenazah pertama terdiri daripada 15 rakyat Malaysia yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10 pagi, 22 Ogos ini hanya akan diketahui pada hari berkenaan.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas menghadiri taklimat Jawatankuasa Koordinasi Persediaan Pelaksanaan Istiadat Penerimaan Jenazah Warganegara Malaysia berhubung tragedi pesawat MH17, Bangunan Perdana Putra, di sini, sebentar tadi.
Sementara itu, beliau berkata, usaha untuk mengenal pasti jenazah lain akan tetap diteruskan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 05:32 PM | Show all posts
MH17: Jenazah akan dibawa pulang secara berperingkat mulai 22 Ogos - TPM

PUTRAJAYA: Jenazah mangsa nahas pesawat MH17 akan dibawa pulang secara berperingkat dari Amsterdam ke tanah air mulai 22 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia membabitkan kumpulan jenazah pertama terdiri daripada 15 mangsa, dijangka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10 pagi.
Katanya, ketibaan mereka akan disambut menerusi satu Upacara Istiadat Penghormatan ringkas dan turut dipancarkan secara langsung menerusi televisyen.


Upacara ketibaan jenazah di Kompleks Bunga Raya KLIA itu akan disempurnakan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah serta dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, semua mangsa berkenaan akan dibawa pulang menggunakan pesawat khas.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat
Jawatankuasa Koordinasi Persediaan Pelaksanaan Istiadat Penerimaan Jenazah Warganegara Malaysia berhubung tragedi pesawat MH17, di Bilik Mesyuarat di pejabatnya di sini, sebentar tadi.
Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Tan Sri Joseph Kurup dan Datuk Dr Wee Ka Siong serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Semalam, Joseph Kurup mengesahkan 10 daripada 16 mayat rakyat Malaysia terdiri daripada penumpang dan kru pesawat MH17 yang sudah dikenal pasti identitinya, disahkan bukan beragama Islam.

Seramai empat wakil agama bukan Islam dari Malaysia juga sudah berlepas ke Amsterdam, Belanda malam tadi untuk menguruskan mayat rakyat Malaysia bukan beragama Islam yang terkorban dalam nahas penerbangan MH17.

Penerbangan MH17 membawa 298 penumpang termasuk anak kapal, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas - dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Russia pada 17 Julai lalu.

Sebanyak 43 warga Malaysia antara penumpang dan anak kapal pesawat itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2014 05:45 PM | Show all posts
perkembangan lain

Penswastaan MAS langkah terbaik

PENSWASTAAN Malaysia Airlines (MAS) merupakan pilihan terbaik untuk syarikat penerbangan nasional itu melaksanakan penyusunan semula utamanya, seperti yang dilakukan oleh Japan Airlines pada 2010.
   
Kenanga Research dalam nota penyelidikannya di Kuala Lumpur hari ini berkata, bahawa dalam pasca penswastaan, MAS dijangka 'menjalankan perniagaan seperti biasa'.
   
Namun, firma penyelidikan itu menjangkakan MAS akan mengurangkan bilangan pekerja (memansuhkan kesatuan sekerja) serta menamatkan operasi ke laluan yang tidak menguntungkan, selain rundingan semula kontrak, untuk mencapai struktur yang lebih baik.
   
Kenanga Research berkata, pelan penswastaan MAS tidak mengejutkan memandangkan langkah itu sudah dijangkakan sejak suku ketiga.
   
"Kami berpendapat bahawa harga tawaran pembayaran semula modal secara terpilih sebanyak 27 sen sesaham oleh Khazanah kepada pemegang saham minoriti, adalah berpatutan, berdasarkan harga tawaran 2.4 kali harga buku berbanding  11 sen nilai sesaham pada tahun kewangan 2014, mewakili 100 premium kepada wajaran industri.
   
"Oleh itu kami menasihatkan pemegang saham MAS supaya menerima tawaran Khazanah itu untuk membuka laluan kepada penswastaan. Ini berikutan rizabnya mungkin tidak mampu bertahan sehingga akhir tahun kewangan 2015 ekoran kerugian berterusan," katanya.
   
Sementara itu, Hong Leong Investment Bank berkata, unjuran ke atas MAS membimbangkan berikutan syarikat penerbangan negara itu mengalami kerugian asas sejak 2009.
   
"Prestasi suku kedua akan datang dijangkakan lebih buruk, disebabkan impak tragedi MH370 (Mac 2014) akibat faktor muatan dan pulangan pelanggan yang semakin rendah.
   
"Nahas MH17 (Julai 2014) pula memburukkan lagi permintaan penumpang," katanya, dalam nota berasingan.
   
Selepas penswastaan, bank pelaburan itu menjangkakan MAS akan mengurangkan laluan jarak jauh - dengan MAS memanfaatkan Oneworld Alliance - dan menumpukan operasi ke atas rangkaian domestik dan serantau yang lebih dekat, selain mengurangkan jumlah pesawat dan pekerja.
   
"AsiaAsia X dijangkakan menjadi penerima manfaat penstrukturan MAS manakala yang akan rugi ialah AirAsia, MAHB dan Brahim. Namun, kami mengulangi unjuran positif ke atas prospek jangka panjang MAHB berdasarkan permintaan untuk perjalanan udara yang semakin meningkat," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 05:45 PM | Show all posts
matamata posted on 13-8-2014 10:19 PM
Saja nak tepek balik clip ni...beautifully compiled by utube poster "MASWENG"
This was the exact pl ...

Nangis tengok vid ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2014 05:54 PM | Show all posts
Kami terlalu tua untuk ke Amsterdam - Keluarga Pramugara


BUKIT MERTAJAM: "Kami tidak sihat dan terlalu tua untuk membuat satu perjalanan yang jauh," kata Jagjit Kaur, ibu kepada Sanjid Singh Sandhu, seorang pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine bulan lepas.

Jagjit, 73, berkata dia dan suaminya Jijar Singh, 71, dan keluarganya memutuskan bahawa isteri Sanjid (Tan Bee Geok) dan adik akan pergi ke Amsterdam, Belanda untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai pengesahan mayat kemalangan MH17 yang mangsa.

"Pada masa ini, kita tidak tahu bila mereka akan pergi ke Amsterdam kerana kami tidak menerima sebarang maklumat mengenai ini.

"Biasanya, MAS akan memberi maklumat kepada isteri Sanjid ini, yang juga pramugari dengan syarikat penerbangan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Taman Selamat, di sini, paad Rabu.

Sanjid Singh adalah antara 15 anak kapal Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di Donetsk di timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia, pada 17 Julai.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu dari negara yang bergolak itu, tetapi setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Jagjit berkata setakat ini ahli keluarganya belum dimaklumkan lagi sama ada mayat Sanjid ini telah dikenal pasti tetapi difahamkan bahawa beberapa barang-barang peribadinya telah dijumpai.

Beliau berkata ahli keluarganya telah menjalankan beberapa ritual, termasuk solat untuk Sanjid.

"Saya sebagai ibu Sanjid percaya dia aman di sana dan kami berharap semuanya berjalan dengan lancar," katanya, tetapi enggan memberitahu di mana pengebumian akan diadakan.

Jagjit juga berharap media tidak akan mengganggu keluarga dan cuba memahami keadaan yang telah berlaku kepada mereka.

Sanjid yang telah berkhidmat sebagai pramugara MAS sejak 19 tahun lalu tinggal di Selangor dan mempunyai seorang anak berusia 10 tahun, Hans Singh Sandhu.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... -pramugara-41878?cp Last edited by biggirlduncry on 14-8-2014 05:55 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 05:55 PM | Show all posts
MH17: Pembantu juruterbang antara 16 mayat dikenal pasti


KUALA LUMPUR: Jenazah pembantu juruterbang Muhammad Firdaus Abdul Rahim adalah antara 16 mayat warga Malaysia dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang telah dikenal pasti dan akan dibawa pulang seawal-awalnya minggu depan.

Bapa saudara Muhammad Firdaus, Azman Ibrahim berkata pihak MAS memaklumkan perkembangan itu kepada ibu dan kakak mangsa yang menetap di Shah Alam semalam, namun masih belum diberikan tarikh sebenar jenazah akan tiba di Malaysia.

"Kami diberitahu jenazah mangsa dikenal pasti menerusi padanan DNA. Kami juga diberitahu keluarga akan dibawa ke Amsterdam untuk mengiringi jenazah balik ke Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Rabu.

Tambahnya walaupun keluarga masih bersedih dan tidak tahu keadaan jenazah mangsa, mereka lega kerana sekurang-kurangnya dapat menyempurnakan jenazah selain menunaikan hasratnya untuk disemadikan di sebelah kubur arwah ayahnya di Teluk Intan, Perak.

Sebaliknya keluarga enam beranak Tambi Jiee tetap redha walaupun tidak mendapat sebarang perkhabaran daripada MAS berhubung nasib Tambi, isterinya Ariza Gazalee serta empat anak pasangan itu.

Sepupu Ariza, Zurusdi Mohamad Hol berkata keluarga masih menyimpan harapan untuk membawa pulang keenam-enam jenazah ke Semariang, Sarawak.

Turut sama menyimpan hasrat itu isteri pramugara Shaikh Mohd Noor Mahmood, Madiani Mahdi.

Madiani berkata pihak MAS menyuruh beliau bersedia namun masih belum menerima sebarang maklumat jika jenazah suaminya antara 16 yang akan dibawa pulang.

Tambahnya, pihak keluarga telah sepakat untuk mengebumikan arwah di kampungnya, di Klang jika jenazah mangsa berjaya dibawa pulang ke tanah air.

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 05:58 PM | Show all posts
MH17: Malaysia declares national day of mourning on Aug 22


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
biggirlduncry posted on 14-8-2014 05:58 PM
MH17: Malaysia declares national day of mourning on Aug 22

so cuti ke? or semua kena pkai hitam?
sedihnyaa bergenang air mata baca benang nih
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuti lah..boleh tengok live depan tv kat rumah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
22 ogos cuti tak ni???
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 08:26 PM | Show all posts
ntah ada kata tak cuti pon


belanda ngan australia coti kan hari berkabung??
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 08:27 PM | Show all posts
Suchi posted on 14-8-2014 06:19 PM
so cuti ke? or semua kena pkai hitam?
sedihnyaa bergenang air mata baca benang nih

Tak silap, tiada cuti umum tapi ada siaran langsung utk upacara tu nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2014 08:38 PM | Show all posts
rasa nk amek cuti je nxt friday nk tgk tv upacara ketibaan mayat ni.....bleh lyn syahdu dpn tv
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 09:26 AM | Show all posts
First batch of MH17 victims due back Aug 22
By AZURA ABAS AND KOI KYE LEE - 15 August 2014 @ 8:05 AM

PUTRAJAYA: The final journey home for Malaysians who perished in the MH17 tragedy will start with the first batch of 15 remains to be flown back on Aug 22.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin yesterday declared Aug 22 a national mourning day in honour of the 298 passengers and crew killed when the Malaysia Airlines plane flight MH17 crashed in eastern Ukraine on July 17.

It was believed to have been shot down by a missile.

"The 15 remains comprise six Muslims and nine non-Muslims. We have also obtained approval to bring home one a Dutch citizen who wanted to be buried in Malaysia,” he said after chairing a meeting on the official ceremony to receive the remains yesterday.

"The remains will arrive at the Bunga Raya Complex at 10am and a special dignified official ceremony to honour the remains will be held there," he said, adding that the national mourning day would, for now, not be declared a public holiday.

Muhyiddin said arrangements had been made to fly the bodies back on a special flight. Each coffin will carried by the armed forces personnel, before they are placed into 16 hearses.

The ceremony, he said, would be a simple official affair, manner, and the nation would observe a moment of silence upon the arrival of the 16 bodies.

The national mourning day would also be attended by the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah and his consort Tuanku Haminah Hamidun.

Of the 15 Malaysian remains, Muhyiddin said the families of two victims had requested for the bodies to be cremated in Netherlands and their families would be present for the final rites.

Muhyiddin said several families and next-of-kin had also requested for their loved ones to be buried in their hometown, with the government providing transport.

"The government will provide Hercules (Charlie) C-130 transport aircraft for long-distance destinations like Sarawak, and Nuri helicopters for those heading to different states in the Peninsula.

"Once the bodies have arrived at the respective states, the state governments will take over and it is up to them to hold a simple mourning ceremony before the burial rites," he said.

The identities of the 15 victims would be released on the day of arrival.

Muhyiddin said the Women, Family, and Community Development Ministry, and the the Rural and Regional Development Ministry were getting in touch with the victims’ families in Perak, Selangor, Negri Sembilan, Sarawak, Johor and Federal Territory to assist the government in transporting the remains back to their respective hometowns.

On the number of families and next-of-kin who would attend the official ceremony, Muhyiddin said he could not confirm this as it was up to the families to determine how many would turn up.

"They will be given a place to stay the night before the ceremony, and we will notify them in one or two days’ time," he added.

Since the remains would arrive on a Friday, Muhyiddin said all mosques would also be asked to hold the "solat jenazah ghaib” (prayers in the absence of the remains) while the Friday sermon would touch on the MH17 incident.

To date, Muhyiddin said 24 Malaysians have been identified by the Dutch team, and the repatriation of the nine other remains would be announced soon.

"The nine bodies need to undergo several processes before they could be repatriated and we are waiting for the confirmation."

The remains identified so far comprise 14 passengers and 10 crew members. Two of them were identified on Aug 4, 14 on Aug 8, six on Aug 12, and two on Aug 13.

Also present were Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Transport Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai, Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Shafie Apdal; Women, Family, and Community Development Minister Datuk Seri Rohani Abdul Karim and Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Joseph Kurup.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 09:42 AM | Show all posts
Bila uk nak release data blackbox n voice recorder.keadilan mesti ditegakkan.yg teraniaya harus dibela. Yg bersalah harus menanggung akibatnya bukannya senang2 melarikan diri meletak jawatan bila rancangan tak berjaya!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
aechae posted on 13-8-2014 07:57 PM
aku rasa mcm smbutan hri kemerdekaan tahun ni di smbut dgn kepulangan mayat2 mangsa air crash ni...s ...

Mana boleh sis..nanti cmana artis feveret ummah meleis nak terkinja2 atas stage sambil laungan merdeka ala tunku..penari2 matnyah tradiaional pon sedih xbleh bejoget atas jln.
Selayaknya kena cancel.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.334535 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list