CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9760|Reply: 46

Pengalaman tengok kawan hasben

[Copy link]
Post time 15-8-2014 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum,

Salam hormat,kepada otai2 senior,moderator2,beginner2 dan sebagainya lagi.....

Nie cumalah pengalaman ciput jer...mungkin dah banyak thread2 kot berkisar tentang kerasukan,dan di rasuk...aku cuma
nak kongsi pengalaman ciput tengok orang yang kesurupan / kerasukan / disihir nie...Sorry kalau tulisan aku nie agak2 merepek
(sila tanya kalau tak faham) eleh bajet bagus pulak aku nie kan ...cepatla mula mesti korang tengah geram dengan mukadimah
tah hapa2 nie sila baca ke perenggan seterusnya...okehhh

Kisah nie masa aku belum kahwin lagi...dan masih berpacaran dengan hasben aku.. dalam tahun 2010 la...hasben aku nie seorang
tukang masak,tokey dia membe dia juga,so hasben aku nie...memang rapat la dengan tokey dia..ada satu hari tu..laki aku kerja la seperti

biasa tengah2 menggoreng tuh,tokey dia panggil dia keluar depan kedai,tergesa gesa la gayanya tu...lupa pulak nak intro masa nie,
aku saja2 la datang menempek kat kedai tu...saja tengok bf katakan....aku pandang dari jauh jer,tokey tu,tarik tangan laki aku g
tengok kawan dia datang bawa kereta,kawan tokey nie,membe jugala dgn laki aku,dia nie memang di kenali di area utara,sebab
dia nie geng tarik keta @ gengstar la juga gamaknya........nak di jadikan cerita,kawan diorang nie bawa 2 orang pompuan dlm keta,
dan yang menjadi serius kes nie bila ketiga-tiga orang termasuk membe tokey dia nie kena rasuk,yang hairannya boleh pulak bawa
keta sampai kedai diorang nie...

Perghh... masa tu juga laki aku decide dgn tokey dia nak bawa 3 org nie g rumah seorang perawat nie,bayangkan laki aku bawa keta,
membe diorang yang kerasukan 3 orang tuh,aku pulak naik kereta lain dengan tokey dia,dan dengan adik perempuan laki aku,(adik laki aku nie keja
cashier kat kedai tu,adik ipar la sekarang),adik ipar nie penakut yang amat....(sory kejap hasben,kejap laki,janji korang paham).Laki aku bawa
keta yang ada kawan2 yang kena rasuk tu didepan,yang aku bersama tokey dan adik ipar ikut di belakang,bayangkan kereta tu,naik highway
jer nampak semacam dari belakang seperti berat dan macam melelong (macam aligment lari tuhh),slow jer pulak,kami yang follow belakang
pun slow2 jer takut jadi pa2 kat hasben aku yang sorang2 bawa pesakit2 tu...

masa nak lalu g rumah perawat tu pun dah naik seram dah,dengan kiri kanan hutan bendang tinggal tak ada lampu,jalan sebatang jer,sampai2
jer umah perawat tu aku decide nak duduk dlm keta ja dgn adik ipar aku,tapi lepas tokey dan laki aku bawa masuk pesakit2 tuh,laki aku datang balik kat kami  panggil aku dan adik ipar masuk,dia kata perawat tak bagi kami duduk di luar,takut jadi apa2 dah la gelap gelita....so kami
decide untuk masuk dalam rumah dan mengikuti apa yang berlaku kepada pesakit2 yang kerasukan itu.Masa kami masuk tuuu...apa yang
kami lihat keadaan pesakit....ok poss sikit aku sambung lagi



Last edited by rockysha69 on 15-8-2014 05:49 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2014 05:43 PM | Show all posts
Kawan diorang nie yang lelaki,sedang merangkak sebijik macam harimau,mencakar sana sini,mengaum...adeh dia merangkak merata rata...sampai aku jenuh beralih tempat duduk dah,adik ipar aku lagi teruk,dok peluk aku macam nak nangis,seorang pompuan nie aku tengok macam sedang merintih pun ada macam merengek pun ada,asyik kata sakit...sakitt...sakitt...
macam orang tengah cucuk badan dia,dia mcam separuh sedar je la...yang kawan diorang sorang lagi tu...dia tunduk jer bawah sekejap2 pandang perawat tu...

perawat tu dia ada buat macam ritual pelik sikit...dia berasap kemenyan dan bercakap bahasa jawa,kadang2  dia macam tergelik kecil pulak
aku tengok dia cakap sorang2,macam sedang bersembang dengan seseorang la...dia buat tak tahu
jer dengan kawan diorang yang asyik merangkak,mengaum,mencakar sana sini tu....tapi keadaan terkawal la juga,encik harimau tu tidak mencenderakan sesiapa..cuma menakutkan ja la reaksi muka dia tu.....

Tiba-tiba perawat tu yg tgh buat ritual tu,menegur kawan diorang yang
dirasuk harimau nie..."Tok...minta tolong keluar sat tok...(loghat utara hihi)
dan tokey dgn laki aku pun menurut ikut juga kata benda yg sama kat kawan diorang tu...Kawan diorang hanya memberi salam"Assalammualaikum" terus jer keluar dari badan dia,tapi cuma sekejap saja,dalam masa hampir 4 jam,asyik keluar dan masuk balik ja...

Perawat tu menegur pulak si pompuan yg sakit merengek tu..."hg nie kenapa,pasaipa",pompuan tu cuma balas lemah sambil merengek.."sakit...sakit...sakit...",perawat tu bawa kain kuning mana tah ada ayat2 macam pukul belakang pompuan tu...pompuan tu lagi teruk merengeknya.....

baca dulu k....adeeehhhh
Last edited by rockysha69 on 15-8-2014 05:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 07:00 PM | Show all posts
okay jgn lupa sambung tt
nak tau apa jadi ngan 3 org yg kene rawat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 09:33 PM | Show all posts
sambung lg ye TT.. i will wait
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu saja ka?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mane sambungan...jangan lelame nnti org bosan mnunggu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2014 04:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu??
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 09:32 AM | Show all posts
Pantang btol aku kalau jenis yg bukak benang citer sekerat2 pstu sambungan ntah kmne..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2014 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Jngn lupa sambung yer
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 10:42 AM | Show all posts
Sweetnye posted on 16-8-2014 09:32 AM
Pantang btol aku kalau jenis yg bukak benang citer sekerat2 pstu sambungan ntah kmne.. {:beat ...

i feel u bro... dia rasa mcm tgh feeling b***k, tapi tetiba s**t xnak kluar habes...  
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 11:35 AM | Show all posts
lahai..brsambung.....





Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 01:34 PM | Show all posts
sambungggggggggggggggggggggggggg
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 06:53 PM | Show all posts
Hapa punya thread main separuh separuh mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt sedang buat cakar harimau
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 11:03 PM | Show all posts
mana sambungannyaaa...!?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 11:07 PM | Show all posts
cepat sambungggggggggggg.. eksited nak baca nii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 09:29 AM | Show all posts
khaira01 posted on 16-8-2014 11:35 AM
lahai..brsambung.....

sarang cute..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2014 10:51 AM | Show all posts
Sweetnye posted on 16-8-2014 09:32 AM
Pantang btol aku kalau jenis yg bukak benang citer sekerat2 pstu sambungan ntah kmne.. {:beat ...

jangan la maree.......hehe okeh ini sambongannya...

rentetan lepas pompuan yang di pukul dengan kain kuning dan merengek tu,perawat tu decide pada kami yang sebenarnya
tiada jin yang berada dlm tubuh pompuan nie,tapi pompuan nie dipercayai di 'disakitkan' dari jauh,penyihir dari Thailand,memuja
patung atau melakukan ritual pada patung mungkin cucuk jarum atau sbagainya...sebab itu dia merengek2 macam tu...macam kena
bedal belakang badan....

pompuan yang seorang lagi tu...misteri sikit asyik tunduk diam jer...bila perawat tanya kenapa,langsung x nak panggung kepala
asyik mengangguk2 sambil tunduk...dalam masa tu,kami nie dikejutkan pulak si lelaki kawan diorang nie,bila saka harimau berantai,masuk
balik lagi sekali,setiap kali dia masuk balik dalam badan lelaki tu,lelaki tu tengah berbaring tiba-tiba bangun merangkak,mengaum,dia
berdialog pendek dengan perawat tu "Assalammualaikum,tok....biar saya tolong ubatkan dia....sambil tunjuk dekat pompuan yang disihir,
dari jauh sambil merengek2 tu..",lelaki cakap lambat2 bunyi garau mcam harimau .....korang imaging la...perawat tu  pun bagi  laline untuk
datok harimau tu buat,sekali dia bagi air taruk dalam gelas,apa benda tah datok harimau tu mengaum,merangkak pergi dekat pompuan
yang merengek2 tu..cuba sapu dari atas ubun sampai dada pompuan tu....masa tu geli hati sikit... pompuan tu pakai blaus leher luas,
sekali dia lurut sampai nak luruh baju dia....yang si tokey kawan hasben aku...tengok...sambil nak tergelak...cilako toi!,tapi datok
harimau macam tak berjaya,lepas dia sapu air tu,dia yang merangkak tu jatuh ketepi sambil kata pada perawat "tak berdaya saya tok",
perawat tu pun kata"dah sudah,tok harimau tolong keluar sat",datok harimau pun beri salam lagi "Assalammualakum" dan pengsan.

Masa perawat tu masih lagi meneruskan ritual dia tu,tiba-tiba pompuan yang tunduk dan diam tu bangun berdiri berlari ke pintu,apa yang
dia pandang kat pintu pun tak tahu,dia jerit kata apa benda tu! apa benda tu!,tokey laki aku,laki aku bangun pergi dekat pintu tengok,
ada sesuatu yang sebesar pokok berada di sebalik pokok di halaman rumah perawat tu,aku pun merangkak pelan2 gi kat pintu,aku sekali
jeling saja sebab aku cuak,aku nampak benda tu hitam tapi bercahaya,berlindung sebalik pokok,ada muka tapi seperti hancur macam kena
simbah asid,aku terus duduk balik,adik ipar aku merengkok peluk aku,dia takut teruk sangat.Sejurus tiba2 lelaki yang dah pengsan tadi,
bangun merangkak dengan laju dan mengaum berlari ke pintu tu,dia mengaum tengok benda yang di sebalik pokok tu,seolah olah macam
harimau yang menunjukkan kegarangan la,kalau kita kacau anak dia....sekali perawat tu,suruh tokey laki aku,dengan laki aku pujuk datok
harimau tu lagi suruh keluar,tapi banyak kali juga la...baru dia menurut,bagi salam,dan pengsan lagi.....

Perihal apa yg dilihat di halaman rumah tu,perawat tu kata itu adalah 'sesuatu' yang di hantar dari siam/thailand oleh penyihir yang menyihir
pompuan yang merengek rengek tu,untuk melihat dan memerhati siapa yang merawat pompuan tu.Tentang pompuan yang pendiam dan
misteri tu,lepas dia tengok jer 'benda' kat halaman rumah tu,dia terus sedar...dan dia diberi air yang telah 'dijampi'perawat tu...dia nie misteri
tak tahu kenapa mula2 dia diam dan tunduk jer...kami suspek dia takut kot...tapi macam mana dia tahu ada 'sesuatu' kat luar rumah
dan lari tengok,entahlah....dalam pada tu,aku juga disuruh perawat tu sapu air yang direndam kain kuning,pada pompuan yang merengek tu,
aku pun buat,sebab yang lain lelaki,adik ipar pulak takot...datok harimau tu excuse la hehe....


pompuan yang diam tadi tu,buka beg tangan pompuan yang merengek tu,tunjuk pada perawat satu bungkusan,aku tengok macam celak
celak mekah...dia kata pompuan merengek tu ambil selepas berjumpa perawat yang lain semasa dia tak tahan menanggung kesakitan
yang dia rasa sekarang nie,tiba-tiba datok harimau bangun lagi,bangun merangkak menggeleng2 kepala,macam harimau bangun tidur,
pergi dekat bungkusan tu pulak dia menengking "ini tipu! ini semua tipu! sambil tepis melayang bungkusan kecil tu!"perawat tu bangun dan
pegang kepala lelaki @ datok harimau tu.."tok tolong keluar betul2 tok..tolong tok...anak cucu kalau ada masalah..nanti dia panggil sendiri",
datok harimau mengalah lagi,bagi salam,jatuh badan perlahan dan pengsan...tanpa di minta pompuan yang diam dan tunjuk bungkusan
milik pompuan merengek tu bercerita,"dia (pompuan yang merengek tu la) kawan dgn suami orang,isteri dia yang sihir dia",terus perawat tu
mencebik "ha....bagusla! yang pi kawan dengan laki orang sapa suruh! dapat habuan",sekali dapat bagus punya motivate dari perawat tu..

Pengakhirannya...bila lelaki tu pun dah sedar...dan dah pasti itu diri dia...dia pun sembang dengan perawat yang dia selalu,akan sedar
di bawah katil,didepan rumah,di tandas,kerana datok harimau....jadi perawat minta lelaki tu sendiri membuat ritual sendiri,untuk
menggunakan khidmat datok harimau itu bila perlu,yang dimaklumkan lelaki nie,mewarisi saka harimau berantai dari keturunan yang
mampu mengubat juga,oleh kerana lelaki nie tak tahu,dia tidak pernah memperduli,jadi saka ini hanya mampu mengaum,tidak
berguna untuk sepatutnya..pompuan merengek tu pula diminta datang untuk kali kedua dan ketiga berjumpa perawat,untuk menghantar
balik sihir itu...pesan perawat tu yang aku ingat sampai sekarang,kalau ada orang di rasuk/disihir jangan sesekali,kita kata ianya kuat,
sebab sihir / atau jin itu akan bertambah kuat,walaupun datang dari tempat yang kuat,dan kami bertanya apakah dari siam/thailand nie
orang kata sihir yang kuat?? dia jawab paling kuat ialah sihir sakai (orang asli) dan sihir dari indonesia,lagi2 dari atas gunung.Berhati-hati
jika berurusan dengan mereka2 yang datang dari tempat ini,jaga lidah.Mereka cuma perlukan sehelai rambut kita.Namun Allah s.w.t yang
menentukan segalanya...berserah...

okeh...nanti i ada citer i sambung sini lagi okeh tak??? aku ada citer tapi ini citer laki aku pulak nanti,cerita kena santau di indonesia,membawa
ke Malaysia,sebelum aku kawen dgn dia dan blum knal dia,aku korek habis2 dari dia dulu baru aku buka baru sini okeh member2,
terima kasih sudi follooww...
leb u all......
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 12:15 PM | Show all posts
nak lagi nak lagi nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 02:25 PM | Show all posts
pjgnyaa aku x phm sgt le cite ko ni...ke sbb mata aku mamai x larat nk bc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.173861 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list