Kapal terbang yang bakal mendarat tidak lama lagi mendebarkan aku. Tiba tiba perasaan ini berkecamuk kembali. Bagaimana andai aku masih tidak dapat menerima takdir itu? Takdir yang membawa seorang aku jauh dari bumi Malaysia bagi mencari ketenangan. Kenangan setahun lalu tentang aku dan dia. Dia yang memberi salam cinta.
Abah, Angah, aku merindukan kalian. Abah, seseorang yang mengajar seorang aku erti kehidupan. Angah, seseorang yang sentiasa memberi nasihat disaat aku memerlukannya dan seseorang yang berkongsi rasa sedih bersamaku atas kematian mak dan along. Aku. Aku yang bernama Arya Khalisah Binti Amran kini kembali berdiri di bumi nyata.
--------
"Lisa, nanti pukul 4 tolong Angah cari baju untuk office punya annual dinner esok malam, boleh?" Ahh, ada ada sahaja Aniq Khuzair ini! Bukannya dia tidak tahu aku sedang banyak kerja. Tetapi, kalau nak dibandingkan dengan pertolongan angah selama ini, tidak mampu untuk aku membayarnya. Aku hanya mampu mengangguk. Angah kembali menonton televisyen yang sedia terpasang.
Dalam aku sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Prof. Mikail, telefon bimbitku berbunyi nyaring. Aduh, siapa lagi yang kacau aku time aku tengah sibuk ni! Haih, terpaksa aku memberhentikan pekerjaanku dan menjawab panggilan tersebut. Ianya panggilan daripada Medina. Kawan sekuliahku merangkap kawan baik dunia dan akhirat. Mungkin. Well, everything is possible.
"Assalammualaikum Dina. Yes, what do you want from me? Aku tengah busy ni." Terdengar salamku disambut di hujung talian
"Lis, I lost my report. Ada copy tak? Sorry Lis, tak berniat nak susahkan kau, aku tahu kau busy. Can you help me?" Nada suaranya bergetar. Takut mungkin. Medina, seorang yang lemah lembut. Tapi aku suka. Dia suka beri aku nasihat
"Yes, i have it. Babe talk to you later, nanti aku singgah rumah kau. Kebetulan aku nak keluar dengan angah. Okayy? See ya! Assalammualaikum." Talian dimatikan. Haih. Keluhanku terlepas lagi. Selamat kerjaku semakin selesai. Tinggal print out beberapa bukti nak tunjuk kat prof je.
Now, i'm done. Lagi 30 minit bakal menginjak ke angka 4. Sebelum tu, aku nak copy report dulu. Nanti tak adalah nak kelam kabut sangat nak seterika baju lagi. Angah nampaknya dah memanjat tangga naik ke atas. Kebetulan abah tak ada kat rumah. Pergi rumah kawan katanya. Memanglah kami boring kat rumah ni. Aku berkemas bagi melaksanakan apa yang bermain di kepalaku.
--------
Last edited by Natiqah on 16-8-2014 07:53 AM
|