CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44716|Reply: 382

[Jenayah] Geng MLM kuat menipu

[Copy link]
Post time 16-8-2014 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,
Adakah anda anti MLM? Saya yakin ramai yang menjawab YA! Jikalau anda bertanya kepada saya ? saya akan jawab YA!!! Kerana itulah saya tidak hairan kalau ramai yang anti MLM kerana pendekatan beberapa jenis MLM di Malaysia yang sangat agresif dan tidak bertimbang rasa. Saya juga begitu walaupun saya adalah pengusaha MLM yang memperoleh 5 angka sebulan. Kenapa?



Ini adalah kerana saya ada banyak kenangan pahit tentang rakan-rakan atau orang asing yang mengajak saya join MLM pada waktu dahulu. Paling parah orang yang kenakan saya ni dari Kuantan Pahang. Minta maaf saya sebut nama MLM ni iaitu Elken. Saya dan Juli diajak datang ke Kuantan oleh seorang caller ni dengan alasan mahu join bisnes kami. Berbekalkan harapan yang tinggi kerana makcik ni beriya sangat katanya nak join bisnes, kami pergi juga ke Kuantan tumpang Dr. Juhari. Kami bermalam 1 malam di Kuantan. Semuanya menggunakanperbelanjaan sendiri. Masa tu duit belum mahsyuk lagi so, bagi kami yang merupakan pelajar dan baru je nak mula bisnes memang agak sempitlah keadaan masa tu. (masa tu kami belum ada kenderaan ? baru sangat dalam hal bisnes ni). So, kami berjumpalah makcik tersebut dan suaminya yang menjemput kami di tempat kami menginap. Dalam kereta bukan main beriya bertanya hal bisnes kami dan katanya nak bawa kami sembang-sembang di suatu tempat yang lebih aman. Tapi anda tahu tak ke mana dia bawa kami? Ke bangunan Elken! Tapi kami ok lagilah walaupun agak terkejut kerana makcik langsung tak beritahu kami apa-apa tentang Elken ni. So, mula-mula sembang di meja bulat, masa tu orang-orang di sana senyum-senyum pada kami dan tanya pada makcik ‘orang baru ke’? makcik jawab ‘ya dari KL’ (sambil sengih-sengih). (owh tolonglah masa tu kami sangat mentah nak tahu trick macam ni. Makcik ni pulak macam bangga betul dapat perangkap orang dari ‘KL’).


Tiba-tiba datang seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘cikgu’ alih-alih dia tunjuk cek komisen dia pada kami. Eh apahal pulak ni? Kiterang datang bukan nak tengok duit/ cek dia. Saya ingat lagi cek tersebut nilainya RM3000 tapi saya tak hairan pun sebab dah mula rasa ‘tertipu’. so, slow-slow makcik ni mula cucuk jarum. Ok sabar-sabar…..



Setelah beberapa lama kami dengar cerita makcik ni dia ajak kami masuk dewan. Masyaallah, rupa-rupanya tengah ada ceramah Elken lah. Saya dan Juli berpandangan sebab kenapa pulakkami kena dengar ceramah Elken! Patutnya makcik tu yang dengar penerangan kami tentang bisnes yang kami buat! Saya mula panas punggung dan ajak Juli keluar. Kami keluar dan makcik tu ikut. Kami diajak duduk lagi di meja bulat dan tiba-tiba anda tahu tak apa berlaku! Aduhhhhhh. Tiba-tiba kami didatangi beberapa orang upline makcik yang berbangsa Cina dan bawa borang ahli. Owh, kami dikerumuni macam gula dan dipaksa-paksa sign atas borang tu. Makcik senyum-senyum kerana dah dapat perangkap saya dan Juli. Kami pun tak nak lah sign sebab bukan tujuan kami nak masuk Elken. Keadaan bertambah panas apabilasuami makcik tu pulak macam mula nak naik angin. Muka makcik juga dah berubah jadi sedih. Kami disuruh keluarkan I/C pulak tapi kami mestilah tak nak. Kami tetap tak mahu sign. Bukan kerana kami kata Elken tak bagus tetapi adalah kerana makcik dan suami dah TIPU kami yang datang jauh dari Bangi! Tergamaknya makcik ni!!


Akhirnya setelah kami puas dipujuk dan tak mahu sign kami pun pulang. Dah sampai di tempat kami menginap makcik tu pujuk lagi supaya join Elken. Kami pun buka cerita pasal bisnes yang kami jalankan (at least kami share juga tentang our bisnes kan) walaupun badan dah mula longlai dan geram juga lah dengan makcik dan suaminya tu. Tetapi, as what has been expected ? makcik memang tak mahu join bisnes kami dengan alasan tak ada duit. Kami tak hairan pun dengan kata makcik tu sebab dia memang pandai buat trick kan.



Begitulah salah satu (baru satu ? ada banyak lagi) pengalaman saya yang di tipu oleh orang MLM. Sebab tu lah ramai yang anti MLM dengan adanya orang seperti makcik ni yang menipu macam tu. Kerana itulah apabila saya serius dalam bisnes Lifestyles, saya TIDAK sekali-kali menipu rakan-rakan saya atau sesiapa sahaja berkenaan bisnes yang saya jalankan. Jikalau saya menjemput mereka untuk taklimat dan sebagainya, saya akan nyatakan secara jelas apa bisnes yang saya lakukan, syarikat apa, berasal dari negara mana, apa agenda nya etc supaya mereka bebas membuat pilihan nak datang atau tak (kerana inilah yang diajar oleh Syarikat Lifestyles). Saya tahu perasaan orang yang tertipu gara-gara MLM ni dan tak mahu orang lain terkena juga. Saya lihat sekarang ini ada beberapa jenis MLM yang ‘malu-malu’ nak nyatakan mereka tu MLM apa dalam brochure dan sms yang dihantar (kenapa malu kalau anda memang syarikat dan MLM yang bagus?). Umpan mereka ialah MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEBULAN lah / UBAH NASIB KELUARGA ANDA lah/ JADI JUTAWAN KERJA DARI RUMAH lah/ TAK PAYAH JUAL BARANG lah dan macam-macam lagi yang berunsurkan WANG dan KESENANGAN tetapi tidak sebut sikit pun apa bisnes yang dijalankan.Kalau kita call pula, si penjawab akan kata”Datang lah dahulu ke ceramah ni, lain dari yang lain” tetapi tak cakap pun dia tu bisnes Syarikat Cap A etc. Aduhai.


Ok kesimpulannya, untuk berniaga MLM buatlah dengan cara yang betul jangan memburukkan lagi status MLM yang sebenarnya bagus dan eksklusif! Buktinya saya TAK PERNAH buat ‘trick’ macam makcik tadi dan tak buat sms atau iklan yang samar-samar tetapi masih boleh memperoleh pendapatan 5 angka sebulan. Kejujuran itu asas kejayaan. Anda mampu mengubahnya. Wassalam.
p/s: Saya tidak kata produk Elken tidak bagus. Ada juga pengedar Elken yang saya kenali bagus dan bermoral. Cuma makcik dari Kuantan tu je yang menjejaskan imej Elken dalam hati saya. Itu adalah pandangan dan pengalaman peribadi sahaja. Harap maklum.
p/s 2: Juli, I love you. Harap kita semakin kuat menjalankan bisnes yang penuh onak dan duri ni. You are the best!

Last edited by CiliPadiSedap on 16-8-2014 10:39 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2014 10:34 PM | Show all posts
samdol....... tak reti buat perenggan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 10:35 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 10:36 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 10:36 PM | Show all posts
Adam..napa x guna nick lama jaa...apa jd ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2014 10:38 PM | Show all posts
Acong posted on 16-8-2014 10:34 PM
samdol....... tak reti buat perenggan?

kau diamlah cina tak sunat, jap nak edit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2014 10:39 PM | Show all posts
Syarikat Lifestyles tu pun direct selling......... bongok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2014 10:40 PM | Show all posts
tobby posted on 16-8-2014 10:35 PM

Elken punya geng2 sama dengan hai o penipu. target mereka buat loan gov, staf gov. sama dengan cosway. cosway putrajaya je berjaya lain2 sendu. sebab tu cosway iklan tak keluar tv. bisnes tak laku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2014 10:40 PM | Show all posts
hahaha... ular kena tipu ular..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 10:40 PM | Show all posts
Bagus isu ni. Walaupun dah dibincang berulang kali tetapi masih banyak yang tak tahu.

Cakap pasal MLM, siapa yang pernah dengar UFUN Club? Bukan main lagi cikgu cikgi di FB promote benda ni kat sy, sy buat derk sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 10:42 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 16-8-2014 10:38 PM
kau diamlah cina tak sunat, jap nak edit

ko nak kena sunat lagik?!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2014 10:43 PM | Show all posts
Acong posted on 16-8-2014 10:39 PM
Syarikat Lifestyles tu pun direct selling......... bongok

scammer lain nama dia noor azlan firdaus



budak johor bahru , kerja hidup menipu orang suruh melabur forex dan join skim cepat kaya. sekarang dia berniaga dynamic pencil. sila jauhi penipu ini. dulu dia rekrut orang melalui USANA dan young dynamic club.

noor azlan firdaus master penipu duit orang ramai. jauhi azlan firdaus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2014 10:45 PM | Show all posts
Tok_Batin posted on 16-8-2014 10:40 PM
Bagus isu ni. Walaupun dah dibincang berulang kali tetapi masih banyak yang tak tahu.

Cakap pasal ...

ufun club dah sendu sebab kalau google ufun club thread2 dalam cari forum meletup. budak2 ufun club mengaku tauke dia warren buffet asia penipu besar.

ufun gold rekrut artis. akak dah tak percaya ufun club, tp masih ada artis join skim cepat kaya ni.

jutawan2 ufun club sekarang mampu senyap je, tak de siapa tampil mengaku jadi jutawan. dulu bukan main promote 8 bulan jadi jutawan. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 16-8-2014 10:40 PM
Elken punya geng2 sama dengan hai o penipu. target mereka buat loan gov, staf gov. sama dengan cos ...

yeke cosway x laku?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2014 10:46 PM | Show all posts
HOHA posted on 16-8-2014 10:40 PM
hahaha... ular kena tipu ular..

owner yang kena rekrut ELKEN tu dia bisnes lain rasanya. bisnes tone excel tone excel MLM bertemu MLM ELKEN masing2 kena tipu

akak duk tepi mampu ketawa
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 10:48 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 16-8-2014 10:43 PM
scammer lain nama dia noor azlan firdaus

jika forex senang untung, siapa yg rugi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2014 10:49 PM | Show all posts
caprut posted on 16-8-2014 10:46 PM
yeke cosway x laku?

cosway bandar tun husin on income rm 5 ribu je, cosway lain bawah rm 10 ribu, cosway putrajaya je claim income sampai 6 angka. sebab tu berderet deret makcik2 pakcik2 join cosway sebab nak income 6 angka. bila buka kedai siap semua? sendu je.

dia MLM modus operandi, kalau tak capai target sales kena kick daripada owner kedai tau. modal rm 15 ribu.

rm 5 ribu beli produk cosway, rm 10 000 deposit.

cosway tiada marketing yang betul sebab semua kena dengar daripada upline, kalau upline kaki sembang? kuat menipu? ramai2 karam di lautan.

tu risiko MLM , upline kaki sembang tujuan nak rekrut downline dpt untung dan makan bonus.

plan marketing buat downline tamak dan kabur mata.

jadi nak berniaga tgk produk bukan plan marketing. ni lah silap org nak kaya. last2 bangkrupt loan beli produk MLM tak mampu bayar. balik kampung tanam ubi rebus
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 10:50 PM | Show all posts


akak ..  kita kena faham MLM ini sebenarnya menjual konsep .

dan produk just sekadar satu alat pendekatan .  dan bila  dah cebur ,

dah tentu pun kena buat kerja .  cari downline bagai .

pun bukan semata2 menipu ,  ada gak yg berjaya .

yg percaya pada konsep dan sanggup tebal muka ,

mereka2 ini akan berjaya .


cuma bagi yg hanya memikirkan ia cara cara mudah untuk senang ..

mungkin mereka2 ini yg akan terkandas ,  MLM perlukan modal ,  jaringan dan paling

penting masa .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2014 10:51 PM | Show all posts
Acong posted on 16-8-2014 10:48 PM
jika forex senang untung, siapa yg rugi?

forex yang untung broker , yang untung hedge fund dan bank.

forex ni boleh manipulate, setiap broker chart mt4 xsama. kalau buka broker dynamic fx dan insta forex?

insta forex dah sell, dynamic fx masih buy? so macam mana? dia orang dh manipulate chart. broker dh untung dulu.

jadi nak buat duit kat forex kena cerdik daripada broker.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2014 10:51 PM | Show all posts
dess402 posted on 16-8-2014 10:50 PM
akak ..  kita kena faham MLM ini sebenarnya menjual konsep .

dan produk just sekadar satu ala ...

akak xsuka MLM kecuali akak duk atas sekali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.856208 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list