CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3284|Reply: 20

Rancang miliki 1,000 anak tumpang

[Copy link]
Post time 18-8-2014 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Bangkok: Seorang lelaki warga Jepun yang disyaki menjadi bapa kepada sekurang-kurangnya 15 anak tumpang di Thailand merancang untuk menjadi bapa seramai 1,000 kanak-kanak lagi.

Mitsutoki Shigeta, 24, berkata, dia mahu menghasilkan antara 100 dan 1,000 kanak-kanak, menurut seorang pengasas bersama sebuah pertubuhan yang menyediakan khidmat ibu tumpang di Thailand dan beberapa negara lain.

“Perkara paling baik yang boleh saya lakukan untuk dunia ini ialah meninggalkan seberapa ramai anak,” kata Mariam Kukunashvili dari Rangkaian Kehidupan Baru Global, memetik kata-kata Shigeta.

Menurut Mariam, dia enggan memperkenalkan Shigeta kepada lebih ramai ibu tumpang, sebaliknya melaporkan rancangan lelaki itu kepada kedutaan Jepun dan Interpol, lapor akhbar The Japan Times.

Polis Thai mula menyiasat Shigeta selepas bukti menunjukkan dia membawa keluar tiga bayi dari negara itu tahun lalu.

Penyiasat berkata, ujian DNA mengesahkan sembilan bayi yang ditemui di sebuah kondominium di Thailand minggu lalu juga dilahirkan mengguna spermanya.

Rangkaian Kehidupan Baru Global menyediakan khidmat ibu tumpang di Thailand, Georgia dan beberapa negara lain.

Mariam mengesahkan, pertubuhan itu memperkenalkan dua ibu tumpang kepada Shigeta.

Mereka melahirkan tiga anak, termasuk sepasang kembar, tahun lalu.

Mariam kemudian mendapat tahu lelaki Jepun itu cuba menghasilkan tiga lagi anak di tempat lain pada masa yang sama.

Menurut Mariam, dia tidak pernah menemui Shigeta, tetapi lelaki itu memberitahu pertubuhannya yang dia mahu mempunyai 10 hingga 15 anak setahun, lapor The Japan Times.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 01:12 PM | Show all posts
macam-macam
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 01:50 PM | Show all posts
gile ke hape
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2014 02:00 PM | Show all posts
SApe yang nak bagi sara hidup anak tumpangan dia nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 02:06 PM | Show all posts
melambak2 sperma heols eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2014 02:11 PM | Show all posts
cikatilia posted on 18-8-2014 02:06 PM
melambak2 sperma heols eh

DAripada membazir sperma tu baik di jadikan hasil (anak).....
Orang kira banyak yang membazir sperma di tandas tandas.....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2014 02:17 PM | Show all posts
wahhhh..

macam2 la rupe anak die nnt..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 02:37 PM | Show all posts
bengong.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 03:39 PM | Show all posts
dh mcm citer ni
derma sperm punya psl

http://www.kurdcinama.com/wenekan/Delivery%20Man%20(2013).jpg
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 04:42 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2014 04:46 PM | Show all posts
Tak nampak macam Jepun sangat pun....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 06:24 PM | Show all posts
Kos rasa hidup macam mana tak terfikir ke dek dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 09:36 PM | Show all posts
cmne ngn kos sara hdup anak2 tu ngn spnjg kehamilan ibu tumpang tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 09:47 PM | Show all posts
Kerja dia cuma memberi sperma je ke??
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 10:57 PM | Show all posts
Nnti terkawin adik beradik
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 07:00 AM | Show all posts
dia nak sedekah lah tuh kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2014 11:31 AM | Show all posts
rosak keturunan
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 12:26 PM | Show all posts
dia ingat sedekah sperma semudah sedekah darah ke? adehla... habis rosak keturunan nanti. tgk muka baby2 tu memang dah iras2 antara satu sama lain.. masing2 dari ibu berbeza... kang terkahwin... pastu berpenyakit pelik lak nanti. dah mcm sumbang mahram
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 06:51 PM | Show all posts
umur baru 24... dah ada 15 anak di thailand SAHAJA... di negara lain tak tau lagi.... Umur panjang lagi nak bagi cukup 1000....



adoyai...macam2 orang jepun ni..pelik2 semua dari negara diorang
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 08:51 PM | Show all posts
bagus dia ne. simpanan hari tua.. nati bila anak2 dia da besau panjang.. banyak duit leh pau dari anak..
goyang kaki je dok rumah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.074657 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list