CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ResellerMaxis

[Tempatan] Tun Dr Mahathir Menarik balik sokongan terhadap Najib

[Copy link]
Post time 18-8-2014 02:37 PM | Show all posts
biarla dia nak komen ape pon...
sian bijan byk btl dugaan utk dia thn ni..
ditmbh lg dgn kritikan tun ni...tp tetap hulur sana sini
agak2 x leh bertabah...letak la jawatan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 02:38 PM | Show all posts
Che Det nak bantai wan azizah sebenarnya, jadi proxy anwar jer nanti kalau dia jadi MB...
tapi sebelum tu kena bantai najib dulu yang jadi proxy FLOM..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 02:38 PM | Show all posts
highcastle posted on 18-8-2014 01:37 PM
2 x 5.. Anwar & Mahathir baik bersara lah..............Kedua2 mahu keluarga dia orang yg naik.. Ni j ...

TDM memang dah bersara pun. Dia luahkan apa yg dia rasa seperti yg pernah dia buat dgn Tunku Abd Rahman atau dlm buku Dilema Melayu. Secara zahirnya,  TDM tak ada dokongan  mana2 pihak. Takkan ler pemerintah perlu risau atau tergugat dgn kata2 orang tua berumur dekat 90 tahun.

DSAI still aktif sebagai YB Dewan Rakyat. Obviously, secara zahir dan rasmi, visi politiknya didokong PR. Kerana dia ketua parti2 pembangkang, parti pemerintah perlu risau.

Jauh bezanya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 02:38 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 18-8-2014 01:06 PM
Di saat BN sedang galak menyerang PKR berkenaan krisis Selangor..Tun Dr Mahthir tiba-tiba menyerang  ...

Kami ummah Suni Semalaysia nak ROSMA jadi PM
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 02:38 PM | Show all posts
smlm yidin ckp berdegar-degar kata pr lintang pukang, bos dia pun dah lama teruk, direndamkan aje
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 02:39 PM | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 18-8-2014 01:46 PM
it is a bird. burung punai !

no laaaaaaa

apa2 ajelah abg aji nie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2014 02:41 PM | Show all posts
kelana36 posted on 18-8-2014 01:12 PM
Nak percepatkan kenaikan Mukriz la ni...

PKR jadi parti anak beranak bising, tapi tak sedar  ...

kroni2 org tua neh miss soru kot kebelakangan neh..tu yg mengelupor semcm.sblm neh dia bising jugak psl khazanah nak amik MAS....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 02:42 PM | Show all posts
nak jugaaak petik nuat. takdak life tui
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 02:46 PM | Show all posts
shamsadis posted on 18-8-2014 02:17 PM
Polis asik kejar orang Melayu je...si mata sepet dibiarkan bebas mana orang tak puas hati

ini pun salah satu isu tiada
ketegasan
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 02:48 PM | Show all posts
Loxlaxman posted on 18-8-2014 01:46 PM
Jeng jeng jeng .....  .

Ok, korang ada idea tak camner fabricate & pitnah Najib supaya d ...

ko fabricate ler konon ajib dah ilang tloqqq

tloq dia semah curik masa dia tertidoq tenguk mek jena nya konsert akustika..siaran lama ajib dok ulang2

tloq dia semah buat implant kasik mendada lagi so ajib tak mungkin sedaq dia dah ilang dua tloq
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 02:55 PM | Show all posts
alesandra posted on 18-8-2014 02:41 PM
kroni2 org tua neh miss soru kot kebelakangan neh..tu yg mengelupor semcm.sblm neh dia bising juga ...

khazanah memang own MAS pun la bodoh..so camna kazanah nak amik MAS

depa own 70 percent..kuattttt da tuh.. kalo float dan simpan lai 40 percent pun majoriti shareholder sure lelain kene turut

tambah kazanah tu chairman dia  pm mesia, petronas tu chairman dia pm mesia haa

apsal bodoh nak fully privatised MAS? kalo niat sebeno nak jual part2 dalam MAS..ada mas kargo, ada mas engineering so minoriti holder tokleh bebel so tak jadi SENSASI kan kan kan? jual senyap2 tau2 mas dah togel haaa..kalo bising2 silap2 abang nazir kene pecat dek ahli amno

dulu ada mas catering juai kat adik badawi dan kendian ikat kontrak 25 taun beribu2 juta rm deal ngan brahim badawi tuh nya kompeni..sapa untung?

peh tu bebel nasik lemak MAS satu hari beratus2 rm.. kalo depa ni btuiiiiiiiiii oang islam.. ni dah kira riba..duit depa cekik darah harga seme tu duit riba

brahim sekoge makan duit haram !!!! ko paham ka bodoh

sibuk nak cite pasal politik..terhegeh2 tapi apah tak tau....oang jerit ko jerit , oang kentot ko kentot..oang tenguk ko ko tenguk depa..ahahaha bodo
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 03:14 PM | Show all posts
ni betul ke baru  kuar statement ni??? aku mcm dah pernah baca je sebelum ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 03:21 PM | Show all posts
Kalau salah mmg patut di tegur supaya x berterusan melaku kan kesilapan. DS Najib tak perlu takut dgn pembangkang. Do what u think is right utk benefit rakyat as a whole n negara. U cant please everyone. ISA mmg tak patut dimansuhkan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 03:22 PM | Show all posts
calon utama tanpa bertanding.....







Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 03:22 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 18-8-2014 01:32 PM
Tun dan LKY adalah gang sama. Bijak,tegas tapi kuku besi. Bezanya, satu mamak satu sepet.

satu selet pakai air, satu selet pakai tisu
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 03:23 PM | Show all posts
banyak urang cakap hasmah botak so pakai wig
banyak urang cakap azizah botak so pakai tudung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis posted on 18-8-2014 01:06 PM
Di saat BN sedang galak menyerang PKR berkenaan krisis Selangor..Tun Dr Mahthir tiba-tiba menyerang  ...

Ok la tu....twgur menegur....tgk pok jib melatah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 03:27 PM | Show all posts
becir posted on 18-8-2014 01:42 PM
Aku rasa kedudukan dia sbg mantan PM buat dia layak nak menegur i.e kalau orang lain tu, kang kene ...

dulu almarhum tunku komen masa che det jadi pm selamba badak jer dia tunjal arwah orang tua tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 03:32 PM | Show all posts
fealefea posted on 18-8-2014 01:20 PM
sila baca blog beliau sbb tulisan yang tt buat ni disusun mengikut sukahati tt sahaja. tajuk blog to ...

betul...betul....betul...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 03:33 PM | Show all posts
tlg copy....

1. Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan pemerintahannya.

2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.

3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.

4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.


5 Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.

6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.

7. Jawab mereka, “Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku.”

8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.

9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya.
Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.

10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.
11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.

12. Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.”

13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.

14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.

15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut disini:
“Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”
Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
“Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan”


16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.

17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.

18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.

19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.

20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua ini akan pergi.” Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.

21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.

22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.

23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.

24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.

25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.

26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.

29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.
30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.

31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.131342 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list