CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: changa=famri7

Diana Johor bakal disaman? (pengarah dipecat , #80)

[Copy link]
Post time 20-8-2014 11:00 AM | Show all posts
fossil posted on 19-8-2014 07:25 AM
Oh ye ke...nape dia tak pernah nampak  kt rumah puan seri mcm bekas isteri jejai?...hubungan bekas ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 03:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape diana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 12:19 AM | Show all posts
Uik...bagus dengar artis yg dah mula jd penerbit, mmg le mula2 banyak dugaan, semoga semua masalah selesai dgn baik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik dan manis sungguh diana ni brtudung..senyap je dia pas brcerai..rupanya diam2 dh jd pnerbit...kiranya dia ni risk taker lah..berani labur buat filem...sdgkn ada mat haron jijang pon blum tentu org g tgk movie tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Changa posted on 20-8-2014 02:37 AM
Beliau ini menantu yg di bencikah dgn ex mertua beliau. Sebab macam tak cium molot sgt dgn keliarga  ...

Tak dia ok saja dgn PS..ada juga PS tanya psl prkmbangn dia di IG...even PS puji lg dia cantik bertudung...

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 08:12 PM | Show all posts
Kalau tak salah,Ayah sheols bekas pengurus besar hotel 5 star di terengganu,primula
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2014 10:31 PM | Show all posts
nama filem pn dhh seiras sentap mmg jd kes sentapp tahap sendu di hatiku rindu hatimu lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:51 AM | Show all posts
Dulu dia ni Model kertas A4 ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2014 07:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2014 09:55 AM | Show all posts
UALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) memberi tempoh selama dua minggu kepada syarikat produksi Unique Twins Sdn Bhd milik pelakon yang dikenali sebagai Diana Johor dan adiknya Lina Johor bagi menyelesaikan kemelut yang melanda produksi tersebut.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya akan mencari jalan untuk membantu produksi itu terutamanya dalam menyelesaikan masalah berkaitan pembayaran kepada pelakon dan organisasi yang telibat dengan penggambaran filemRentap.

"Kami beri tempoh dua minggu supaya pihak produksi menghubungi Karyawan bagi memudahkan kami mencari jalan penyelesaian masalah ini.

"Kalau mereka ada masalah kewangan boleh beritahu dan sama-sama berbincang mencari jalan penyelesaiannya dan bukan dengan cara bersembunyi seperti ini,

"Setakat ini kami terima aduan daripada pelbagai pihak yang menanggung kerugian secara keseluruhannya lebih RM100,000," ujarnya kepada mStar Online.



[size=0.75em]Freddie Fernandez


Freddie Fernandez berkata demikan dalam satu sidang media bagi mendedahkan kemelut artis dan organisasi yang terlibat dalam filem Rentap apabila mereka tidak mendapat bayaran sepenuhnya akibat penangguhan filem itu.

Pihak juga akan mengambil tindakan dan membawa perkara tersebut ke pengadilan jika tidak mendapat sebarang maklum balas deripada pihak produksi dalam tempoh diberikan itu.

"Karyawan sudah beberapa kali cuba menghubungi mereka, namun gagal. Jika mereka beri kerjasama kita akan tolong apa yang sepatutnya.

"Kita tunggu dua minggu ini, jika dia masih berdiam dan bersembunyi kita akan berbincang dengan peguam untuk ambil tindakan," katanya.

Sementara itu, pelakon Azliyuszaini Mohd Noor atau Yuzz berkata, tunggakkan baki pembayaran sebanyak 50 peratus masih lagi belum dijelaskan selepas filem tersebut tertangguh.

Dia cuba menghubungi pelakon dan penerbit filem tersebut bagi mendapatkan penjelasan tentang penangguhan dan bayaran baki, namun tidak dilayan.

[size=0.75em]Azliyuszaini Mohd Noor atau Yuzz



"Saya terima tawaran untuk berlakon dalam filem ini awal Jun lalu dan sudah diberi kontrak yang mana ternyata tempoh sembilan hari penggambaran di Ulu Perdik, Hulu Langat Selangor dan Kuala Tahan, Pahang.

"Saya berada di sana mengikut jadual yang diaturkan, malang sekali sepanjang penggambaran kebajikan kami tidak terbela, malah mereka tidak mementingkan keselamatan kepada pelakon yang cedera ketika penggambaran.

"Sepanjang penggambaran juga terlalu banyak masalah sehingga secara tiba-tiba mereka memberitahu mahu menangguhkannya kepada satu tempoh masa yang tidak dijelaskan," ujarnya.

Sementara itu, pengarah Fertwork Productions yang menguruskan pelakon tambahan iaitu Nabila Ibrahim berkata, pihaknya terpaksa menanggung kerugian lebih RM20,000 selepas terpaksa membayar 30 orang pelakon tambahan yang diminta produksi tersebut.

Dia menggunakan duit sendiri membayar pelakon tambahan selepas produksi menagguhkan penggambaran secara tiba-tiba selepas diminta membekalkan pelakon berbangsa Inggeris.

"Syarikat saya memang membekalkan pelakon tambahan orang asing disebabkan itu juga saya terpaksa menggunakan duit sendiri terlebih dahulu untuk bayar kepada mereka.

"Saya ambil mereka daripada pelancong yang datang secara 'bag packers' dan bayar RM200 sehari seramai 30 orang.

"Produksi mahu selama beberapa hari, namun melihat keadaan seperti tidak yakin saya hanya membawa mereka selama dua hari sahaja, saya cuba hubungi produksi untuk membayar harga dua hari itu tetapi tidak berjawab," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi mangsa iaitu pemandu pelancong Abdullah Chik yang dilantik sebagai koordinasi lokasi penggambaran kerugian hampir RM50,000 selepas menempah 40 buah bilik di Kuala Tahan, Pahang sepanjang tempoh penggambaran.

Malah, dia juga turut diarahkan untuk membina sebuah rumah panjang sementara sebagai prop untuk filem sejarah itu.

"Hampir RM60,000 saya berhutang dengan pelbagai pihak termasuk bilik chalet di Kuala Tahan untuk penginapan kru produksi seramai 40 orang.

"Selain itu, mereka mahu sebuah rumah panjang dibina sebagai prop, sekarang orang yang membuat rumah itu serta chalet mencari saya supaya menjelaskan bayaran tersebut," ujarnya.

Filem Rentap terbitan Unique Twins Sdn Bhd arahan Hashim Rejab itu turut diterajui oleh Zachery Francis, Livonia Ricky dan Jasmine Chin.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 11:34 AM | Show all posts
banyak jugalah kos membikin pilem nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2014 03:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 03:48 PM | Show all posts
changa=famri7 posted on 2-10-2014 03:44 PM
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/10/02/diana-johor-bohong/

"Diana Johor Berbohong" - Freddie Fernandez
[size=0.75em]Diana masih lagi belum menghubungi pihak Karyawan untuk selesaikan kemelut produksi filem tersebut.



PETALING JAYA: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menganggap pemilik syarikat produksi Unique Twins Sdn Bhd iaitu Diana Johor dan adiknya Lina Johor berbohong dan cuba melepaskan diri daripada menjelaskan hutang selain kemelut lain dalam produksi terbabit.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, sehingga kini pihak produksi milik artis tersebut belum menghubungi persatuan bagi menyelesaikan isu berkaitan wang bayaran tertunggak kepada pelakon dan kru penggambaran secara baik.

"Kenyataan dia (Diana Johor) pada sebuah akhbar kononnya tidak pernah mematikan talian telefon adalah bohong sama sekali.

"Pihak kami sudah beberapa kali cuba hubungi dia sebelum ini sehingga saya meninggalkan mesej agar dia hubungi saya kembali, namun sampai sekarang tiada apa-apa reaksi untuk dia selesaikan isu ini, dia memang tidak menjawab panggilan telefon darpada kami.

"Mungkin dia hanya bercakap dengan wartawan yang baik dan mengenalinya sahaja," ujar Freddie ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Freddie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status perkembangan tuntutan bayaran oleh pelakon dan organisasi yang telibat dengan penggambaran filemRentap yang bernilai hampir RM100,000.
[size=0.75em]Freddie Fernandez


Diana pernah membuat kenyataan dalam sebuah akhbar yang antara lain kecewa dengan Karyawan kerana mendedahkan perkara berkenaan kepada pihak media tanpa berusaha untuk menghubunginya terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah.

Sementara itu, Freddie mengakui kesal dengan tuduhan pelakon itu yang menganggap Karyawan tidak profesional dan mengaibkan dirinya.

Jelas Freddie, sidang media yang dilakukan minggu lalu bagi mendedahkan perkara tersebut merupakan jalan terakhir selepas usaha menghubungi mereka yang berkenaan gagal.

"Kita bukan sengaja mahu mengaibkan dia, pihak kami sudah cuba selesaikan perkara ini secara baik terlebih dahulu, namun gagal. Bagi saya, dia yang tidak profesional dan tidak layak untuk menjadi penerbit dalam menghasilkan sebuah filem," ujarnya.

Dalam pada itu, Freddie memberi tempoh seminggu sahaja lagi untuk pelakon tersebut menghubunginya sebelum perkara ini dibawa kepada tindakan undang-undang.

Sementara itu, pengarah filem tersebut, Hashim Rejap yang dihubungi tidak dapat memberikan sebarang komen berikutan masih menunggu perkara tersebut diselesaikan oleh pihak pengurusannya iaitu Metrowealth.

"Maaf sangat saya tidak boleh beri komen sehingga pihak pengurusan saya selesaikan perkara ini dengan produksi tersebut. Insya-Allah lepas dapat persetujuan daripada pengurusan nanti baru saya buka mulut," ujarnya yang turut didakwa gagal menjalankan tanggungjawab sebagai pengarah filem itu sehingga mengakibatkan kerugian.

Terdahulu pada 25 September lalu, tiga individu yang terlibat dengan filem Rentaptampil dalam satu sidang media anjuran Karyawan mengenai soal kewangan yang perlu dijelaskan produksi terbabit.

Manakala, pelakon tersebut turut membuat penjelasan di sebuah akhbar bahawa tindakan persatuan Karyawan membuat sidang media tersebut hanya mengaibkan dirinya dan tidak profesional.

Usaha mStar Online untuk menghubungi Diana Johor gagal apabila panggilan telefon yang dibuat tidak dijawab.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 04:15 PM | Show all posts
urmmm tertanya-tanya lak aku nape Diana Johor bercerai dulu.....kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 05:04 PM | Show all posts
pilot posted on 19-8-2014 09:29 AM
sebab sheols tak sempat nak bg cucu....

btol3... n bkn kesygan pn... eehh333
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2014 05:23 PM | Show all posts
maxim posted on 2-10-2014 03:48 PM
"Diana Johor Berbohong" - Freddie Fernandez Diana masih lagi belum menghubungi pihak Karyawan untu ...

Thanks sbb tolong tempek...ahkak susah nk tempek kerana online dgn smartphone
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2014 08:55 PM | Show all posts
dia dah delete fb diaaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian diana dan lina cm kena buli.mselalunya producer in control everything...bcz dia punya power is money yg dia keluarkn...
Ni mcm kena aniaya dan xtahu apa2 psl penerbitan and production team...
Btw hashim rejab??bkn ni pngarah cerita kelakar ke under mr david???boleh ke buat cerita sejarah??
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 10:20 PM | Show all posts
dia ni bukan bekas kelurga mertua fasha ka?
ex laki dia dah kawen lain dgn azura model tu kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2014 10:38 PM | Show all posts
Hashim Rejab dipecat sebagai pengarah
ENTAH di mana silapnya, percaturan yang dibuat oleh pelakon Diana Johor dan adiknya, Lina Johor menerusi syarikat penerbitan mereka, Unique Twins Sdn. Bhd. untuk menerbitkan sebuah filem epik berjudul Rentap harus melalui jalan berliku.


Filem yang mengangkat kisah pahlawan Sarawak bernama Rentap menentang Raja Putih James Brooke pada tahun 1844 itu berhadapan pelbagai masalah.
Pada satu sidang akhbar yang dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bagi mendedahkan kemelut yang melanda produksi itu pada 24 September lalu, pasangan kembar tersebut didakwa tidak menjelaskan bayaran sebanyak RM20,000 kepada pemilik agensi pelakon tambahan Fertwork Productions, Nabilah Ibrahim.


Selain itu, mereka juga dikatakan tidak melangsaikan bayaran kepada koordinator lokasi penggambaran yang dilantik, Abdullah Chik, sehingga individu itu terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM50,000.
Dalam perkembangan terbaharu, pengarah yang dipertanggungjawabkan untuk mengemudi filem yang mendapat dana daripada kerajaan sebanyak RM3.5 juta itu, Hashim Rejab dikatakan telah digugurkan daripada produksi filem tersebut.




Hashim yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu arahannya, Kelibat di Mutiara Damansara baru-baru ini mengakui, dia diberitahu oleh pihak Unique Twins bahawa khidmatnya sebagai pengarah filem tersebut telah ditamatkan.
Atas sebab-sebab tertentu, pengarah filem Longkai itu bagaimanapun tidak dapat memberi jawapan mengapa namanya digugurkan. Dia menutup mulut mengenai masalah yang dihadapi syarikat produksi tersebut.



Kosmo!: Benarkah nama Hashim telah digugurkan daripada kerusi pengarah untuk filem Rentap?

HASHIM: Ya, menerusi e-mel yang diterima dua hari lepas. Saya telah diberitahu oleh pihak Unique Twins bahawa khidmat saya sebagai pengarah filem Rentap telah dihentikan.

Adakah anda diberitahu mengapa khidmat anda tidak lagi diperlukan dalam produksi tersebut?
Maaf, atas sebab-sebab tertentu, pihak pengurusan saya iaitu MIG, tidak membenarkan saya memberikan sebarang kenyataan lanjut berhubung konflik tersebut.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.138419 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list