CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7256|Reply: 27

Mariah Carey bakal menjanda (dah failkan penceraian #20)

[Copy link]
Post time 19-8-2014 02:18 AM | Show all posts |Read mode
SETELAH tujuh tahun berrumah tangga, diva Mariah Carey dan suaminya Nick
Canon
didakwa bersetuju untuk mengakhiri perkahwinan mereka atas alasan yang tidak diketahui.


Kedua-dua mereka yang telah berbincang mengenai perkara itu dikatakan akan bersama-sama membuat kenyataan umum secara rasmi dalam masa terdekat.



Berita itu nyata menggemparkan peminat memandangkan Mariah dan Nick tidak pernah menunjukkan tanda-tanda mereka tidak bahagia.
Bahkan pada kebanyakan majlis dan aktiviti mereka selalu hadir bersama-sama malah kelihatan bahagia dan intim.



Sebelum ini kedua-dua mereka disenangi dan dilihat sebagai pasangan paling secocok dalam industri muzik antarabangsa sementelah kedua-duanya dikatakan saling mencintai.



Justeru apabila khabar angin mengenai perpisahan mula bertebaran kebelakangan ini, Mariah dan Nick tidak mampu menepis andaian-andaian pelbagai pihak bahawa perkara itu berpunca daripada orang ketiga.



Nick sebelum ini pernah membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah berlaku curang terhadap isterinya biarpun seringkali dituduh mempunyai wanita lain.



Selalu mengagumi dan memuji isterinya itu, Nick dikatakan pernah berkecil hati dengan tuduhan tersebut sehingga membawa diri pulang ke kediaman datuk dan neneknya buat seketika.



Beberapa kali menidakkan orang ketiga sebagai punca perpisahan, Nick dan Mariah mengakui kasih sayang antara mereka tidak pernah luntur.



Malah Nick pernah mengeluarkan kenyataan dan tidak pernah mengambil serius perihal kata-kata orang yang menganggap perkahwinan itu tidak patut berlaku kerana faktor jarak usia yang jauh lebih muda daripada Mariah.



Bagi Nick kasih sayang dan cintanya kepada penyanyi terkenal itu tidak melibatkan usia.



“Saya tak pernah fikir soal usia pun selama kami berkahwin biarpun saya sedar mengenai perbezaan itu. Saya tak pernah kisah.



“Sebelum ini dia pernah meminta saya agar tidak terlalu bercerita dengan orang mengenai hal rumahtangga kami, mengenai hubungan kami.
“Tetapi apabila orang bertanya, saya tak dapat halang diri untuk tidak menjawab. Lagipun tiada apa yang buruk mengenai kami. Semuanya bahagia. Jadi bagi saya tak salah untuk diceritakan," katanya.




Memiliki anak kembar bersama Mariah iaitu Monroe dan Moroccan yang berusia empat tahun, kedua-duanya bersetuju untuk sama-sama membesarkan anak mereka biarpun telah rasmi bercerai kelak.


Last edited by changa=famri7 on 5-9-2014 12:56 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2014 09:49 AM | Show all posts
cerai pulak.......
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 10:12 AM | Show all posts
i suka Nick..dia cool...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 10:19 AM | Show all posts
mrsLucky posted on 19-8-2014 10:12 AM
i suka Nick..dia cool...

suke die jd host america's got talent
layan jek peserta2 yg mcm2 tu

mariah plak nk dtg m'sia bln 10 ni
hrp xjejas tumpuan

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 10:24 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 19-8-2014 10:19 AM
suke die jd host america's got talent
layan jek peserta2 yg mcm2 tu

Yah i pon..dia ni natural...sesuai jadi host sebab dia peramah, real, humbe dan understanding...
dalam hati i..untung Mariah dapat him as husband...
apa pon i tengok derang cam bahagia di media, kasihan pulak bercerai..derang tak buruk2kan pasangan even nak bercerai..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 10:35 AM | Show all posts
betul ke ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2014 10:49 AM | Show all posts
Nak cerai betul ke? Sayangnya .. Padahal sweet je tngok diaorg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 10:53 AM | Show all posts
mungkin marriage diorg tak balance kot?mariah diva...nick neh apa la sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2014 02:58 PM | Show all posts
kesian la dekat anak kalau mak pak bercerai..hurmm
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 07:47 PM | Show all posts
kesiannn
anak la teruk nti
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 02:28 PM | Show all posts
cera pulop da...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 03:52 PM | Show all posts
org putih ape nk heran.. dah ade waris ok la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:28 PM | Show all posts
Nampak gaya cam jadi bercerai
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 01:46 PM | Show all posts
arira_arora posted on 20-8-2014 03:52 PM
org putih ape nk heran.. dah ade waris ok la tu...

orang putih? Nick Cannon tu African...Mariah pulak negro perasan mat saleh...heheh
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:29 PM | Show all posts
Mariah dikatakan sudah tidak pakai lagi cincin kahwinnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dah penah dengar kt radio. ada kaitan dengan kisah lama heolls dengan kim k.
gugel jah uolls akan tau puncanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 09:24 PM | Show all posts
Baru dgr lagu dia kat radio tadi - one sweet day

Best
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
cloudy_83 posted on 2-9-2014 05:13 PM
dah penah dengar kt radio. ada kaitan dengan kisah lama heolls dengan kim k.
gugel jah uolls akan t ...

kisah apa weh kim k kan dah kawen pun
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi posted on 3-9-2014 01:20 AM
kisah apa weh kim k kan dah kawen pun


kisah lama masa masing2 single gitew..
si nick ni pergi brag about ex2 lama heols dalam inteview dengan howard stern..

kalau i jadi mariah haruss juga marah.. barang yg lepas tak usah lah dikenang2 khen Last edited by cloudy_83 on 3-9-2014 01:24 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2014 12:55 AM | Show all posts
Mariah Carey Failkan Perceraian
[size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 12:10 AM

Mariah Carey
dan Nick Cannon tidak lagi tinggal sebumbung.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]NAMPAKNYA masalah rumah tangga pasangan Marian Carey dan Nick Cannon semakin parah!

Menurut laporan E! News, penyanyi itu benar-benar serius ingin mengakhiri perkahwinannya dan mereka dikhabarkan sudah memfailkan cerai.

"Mariah sudah pun mula memfailkan cerai terhadap Nick. Dia benar-benar tidak mahu hidup bersama lelaki itu lagi," kata sumber.

Bagaimanapun, Nick masih lagi berusaha ingin mempertahankan rumah tangganya dengan Mariah dan ingin membawa penyanyi itu berjumpa dengan pakar kaunseling.

"Sehingga kini Nick meminta peluang kedua dan ingin mengambil hati Mariah semula. Tetapi Mariah seperti tidak mengendahkannya," kata sumber lain pula.

Berita mengenai keretakan rumah tangga pasangan itu sudah lama didengar. Ogos lalu, Nick membuat pengumuman bahawa dia dan isterinya itu sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.101672 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list