CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7322|Reply: 31

Kisah Mistik, Seram & Paranormal Di Timur Tengah

[Copy link]
Post time 19-8-2014 07:24 AM | Show all posts |Read mode
Apabila kita berbicara berkenaan Timur Tengah, kita membayangkan akan kesengsaraan, peperangan, krisis politik, pertembungan tamadun dan krisis kemanusiaan yang tidak berkesudahan.

Namun, tahukah kamu sekalian, bahawa di sebalik krisis yang begitu hebat pada mata pandangan dunia, jauh di satu sudut, terdapat misteri dan kisah paranormal yang agak menggetarkan jiwa..


Kisah paranormal di bumi Arab, agak asing bagi masyarakat Malaysia kerana budaya yang berbeza...

Namun, tahukah kamu sekalian bahawa selain lautan-sungai dan hutan belantara, padang pasir juga menjadi tempat kediaman entity paranormal di bumi Timur Tengah?




Aku ada pengalaman peribadi aku, dan pada masa yang sama, pelbagai cerita juga yg menarik ingin aku sampaikan berdasarkan kisah dari mulut ke mulut warga Arab ini..

Namun, jika kalian ada cerita  paranormal bersifat tegak bulu roma di Timur Tengah, bolehlah kongsikannya di sini. Last edited by SulurBidar on 20-8-2014 12:46 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2014 07:37 AM | Show all posts
Aku mulai dgn kisah benar yang diceritakan oleh para sejarawan Islam..
Pengalaman seorang sahabat Nabi yg bernama Abdullah ibn Zubair R.A

Suatu hari, Abdullah bersama rakan-rakannya ingin menuju ke suatu tempat. Mereka bertolak pada lewat pagi.

Apabila waktu sudah  tengahari, matahari memancar keras. Maka mereka ingin berehat seketika namun, mereka harus mencari satu tempat yang strategik

Tiba-tiba, mereka terlihat sebatang pohon yg besar di tengah-tengah padang pasir yang terbentang luas lagi lengang dan sepi.

Maka Abdullah dan rakan-rakannya menuju ke pohon besar itu utk berteduh dan berehat seketika dari terik matahari.

Tiba-tiba mereka disergah oleh beberapa lembaga yang tidak jelas kelihatan.
Abdullah yang terkenal dgn keberaniannya bertanya siapakah yg menyergah mereka..

Lalu, mereka menyatakan bahawa mereka adalah jin yg menetap di situ.

Maka pengsanlah rakan-rakan yang lain   kecuali Abdullah ibn Zubair R.A seorang.{:hero
Walaupun agak gusar dgn ancaman jin padang pasir itu, Abdullah memberanikan diri dgn menghalau jin-jin tersebut dari pokok dan melarang makhluk halus tersebut berada di pokok selama mana Abdullah dan rakan-rakan berehat di bawah pohon tersebut.

Setelah keadaan aman, Abdullah mengangkat rakan-rakan beliau yang pengsan tadi ke atas unta lalu meneruskan perjalanan ke destinasi asal.

Apabila rakan-rakan beliau terjaga, mereka bertanyakan kepada Abdullah, apa yg berlaku.

Abdullah menceritakan segalanya.


Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 09:12 AM | Show all posts
Lagi TT....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 11:14 AM | Show all posts
sila smbg..igtkan kisah sendiri di tanah arab..kt mana2 pun ada je jin berkampung.

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi sulur....awak masih dsana ka?lama mendiamkan diri.....! Selamat hari raya na.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 12:58 PM | Show all posts
saya ada kisah kezen y dirasuk jin zaman firaun lagi..da beribu2 tahun jin tu hidup,alih2 dirasuknya kezen saya sampai terpaksa extend study...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2014 03:31 PM | Show all posts
salmon-suki posted on 19-8-2014 12:58 PM
saya ada kisah kezen y dirasuk jin zaman firaun lagi..da beribu2 tahun jin tu hidup,alih2 dirasuknya ...

cerciter ~ cerciter macam best je

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 03:40 PM | Show all posts
Naurah_rik posted on 19-8-2014 03:31 PM
cerciter ~ cerciter macam best je

haha..nti ggu benang tt ni..nti ble sy ada masa,sy karang dulu,edit sket2 baru tampal kt cni..
skrg quite bz dgn keje...huuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2014 03:47 PM | Show all posts
lg tt......???
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 04:38 PM | Show all posts
mahu lgi...lgi2 citer ttg jin d zaman firaun...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 05:08 PM | Show all posts
salmon-suki posted on 19-8-2014 12:58 PM
saya ada kisah kezen y dirasuk jin zaman firaun lagi..da beribu2 tahun jin tu hidup,alih2 dirasuknya ...

bekas student medik ke ? mesti kat mesir la kan kejadian rasukan ablasa tu..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 05:14 PM | Show all posts
saladin780 posted on 19-8-2014 05:08 PM
bekas student medik ke ? mesti kat mesir la kan kejadian rasukan ablasa tu..hehe

bukan bekas sbb die still study lagi..dapat sambung study lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 05:14 PM | Show all posts
alaaaaa abang sulurbidar.. mana lagi ceritanya??
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 05:16 PM | Show all posts
salmon-suki posted on 19-8-2014 05:14 PM
bukan bekas sbb die still study lagi..dapat sambung study lagi

cepat2 citer tau..aku dah terbayang 2 kan citer the mummy dah ni..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 05:19 PM | Show all posts
saladin780 posted on 19-8-2014 05:16 PM
cepat2 citer tau..aku dah terbayang 2 kan citer the mummy dah ni..hehe

in sha Allah...this week quite busy (tp sempat je reply ek..pelik jgk)
maybe tpakse afk kejap from forum ni..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2014 09:59 PM | Show all posts
Pengalaman pertama...

Aku bersama rakan Arabku, telah ditugaskan utk berada di salah sebuah stesyen pengedaran gas jauh di tengah-tengah padang pasir pada waktu shift malam..

memeriksa dan meronda sambil memeriksa aliran gas, tekanan gas dan kebolehupayaan jentera utk berjalan merupakan sebahagian daripada rutin kami di dalam loji gas.

cuma malam itu suhu seperti biasa. Aku dan rakan Arabku (aku namakan Saleh bukan nama sebenar) berehat seketika melepas lelah.
tiada apa yg menarik perhatianku selain daripada stesyen gas yg cerah lagi terang benderang dan kegelapan yang hitam di padang pasir yg luas lagi terbentang.

Aku pun berehat bersama Saleh di dalam bilik kawalan. Kami berdua melayan perasaan kami.
Yang ada hanyalah bunyi-bunyian jentera dan aliran gas memecah kesunyian malam yg sepi lagi sunyi di tengah-tengah padang pasir..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2014 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
woh best ni.. terngiang2 bunyi irama padang pasir..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Intro je? Nak lg tt..!  
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 08:26 AM | Show all posts
lagi TT...intro pun dah best...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 08:53 AM | Show all posts
masih menunggu....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.303000 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list