CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1609|Reply: 4

Khalid: Inilah harga integriti yang dibayar

[Copy link]
Post time 19-8-2014 07:01 PM | Show all posts |Read mode
2:20PM - 19 Aug 2014
Khalid: Inilah harga integriti yang dibayar



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta maaf kepada rakyat kerana krisis pentadbiran Selangor.

Beliau berkata beliau kini membayar "harga" kerana menjadi seorang yang berintegriti.

Beliau mengulas demikian ketika dibelenggu kontroversi selepas dipecat PKR dua minggu lalu.

"Minta maaf kerana perhatian yang diberikan kepada anda.

"Saya mengambil keputusan menjadi ahli politik jadi saya kena hadapinya," kata beliau merujuk kehadiran lebih 20 media dalam majlis persidangan integriti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam hari ini.

"Inilah harga integriti," tambah beliau.

Dalam ucapan yang dihadiri kira-kira 100 penjawat PKNS itu, Khalid tidak merujuk kepada kes politik tetapi menyentuh keperluan untuk memegang amanah dengan integriti.

Beliau dalam ucapannya turut memetik hadis yang menyebut, bahawa kehancuran akan tiba apabila amanah tidak lagi dipegang teguh.

Khalid turut terus menutup mulut ketika diekori sekumpulan besar wartawan selepas seminggu ke setiap majlis sejak dipecat dari PKR dua minggu lalu.

Beliau bagaimanapun terus mendiamkan diri dan diiringi hampir 20 pasukan keselamatan yang menghalang wartawan bertanya menahan beliau.

Khalid sebelum ini dikenali sebagai mesra media hanya tersenyum tanpa sebarang kenyataan.

Beliau tampil dalam acara itu hari ini selepas membatalkan dua acara rasmi, iaitu pertemuan dengan penjawat awam negeri dan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Sepak Selangor semalam.

http://www.malaysiakini.com/news/272081


TSKI, bersyukurlah pd Allah kerana tunjukkan kemunafikan pemimpin PR.....

biar menjadi padang jarak padang tekukur, keadilan harus dituntut...

keadilan bukan milik papa KETUM seorg....





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2014 08:21 PM | Show all posts
maksud integeriti adalah, bila TSKI dah kumpul rizab negeri RM3 bilion, lepas tu kena bagi president parti ambil alih....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 09:35 PM | Show all posts
aku xpaham kenapa org nk turunkan dia... masa pemerintahan dia yg aku tgk yg jadi mslh adlh air je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2014 01:38 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 03:54 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.392802 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list