View: 4014|Reply: 73
|
[Tempatan]
Pilihanraya Kecil Parlimen Bandar Tun Razak? (Khalid Ibrahim akan letak jawatan)
[Copy link]
|
|
Khalid Ibrahim Letak Jawatan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak
Shah Alam – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat.
Menurut sumber terdekat Abdul Khalid yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, Menteri Besar itu dikatakan kecewa dengan perkembangan politik terkini pakatan.
“Tan Sri sangat kecewa dengan pimpinan pakatan rakyat khususnya PAS yang dikatakan belot disaat akhir.
“Namun perletakkan jawatan tersebut hanya melibatkan kawasan parlimen sahaja” ujarnya kepada SuaraTV.
Menurut sumber tersebut bagi jawatan ADUN Perlabuhan Klang, Abdul Khalid perlu mengadap Sultan Selangor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
“Setakat ini hanya jawatan beliau sebagai ahli parlimen Bandar Tun Razak selain daripada itu saya tidak pasti.
“Mungkin Tan Sri ingin selesaikan isu Selangor dahulu dan mengadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat dan perkenan Tuanku” katanya lagi.
Beliau turut menjelaskan hasil perjumpaan awal dengan kepimpinan PAS sebelum ini, Khalid yakin dapat terus mentadbir kerajaan negeri.
“Dengan sokongan yang diberikan oleh Presiden PAS, Musyidul Am dan sokongan Majlis Ulama PAS, Tan Sri yakin boleh terus berkhidmat sehingga habis penggal.
“Namun atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan, sokonagan tersebut ditarik balik di saat akhir” ujarnya lagi.
Menurut sumber itu juga, ada baiknya semua pihak menunggu pengumuman yang akan dibuat oleh Khalid dalam masa terdekat ini.
Sekiranya Khalid meletakkan jawatan, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari.
Di dalam pilihanraya umum ke-12, Khalid berjaya mengekalkan kemenangan kerusi PKR di Bandar Tun Razak dengan pertambahan undi 10,300 mengalahkan calon BN dari MCA, Datuk Tan Chai Ho dan dua calon Bebas dengan majoriti 2,515 undi.
Khalid memperolehi 28,123 undi berbanding 25,608 undi yang diperoleh oleh Chai Ho yang merupakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu pada masa itu. |
|
|
|
|
|
|
|
pulak dah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kita fahan Taski kecewa kerana kes ini ... Rakyat selangor pun kecewa dgn permainan politik bang non ne. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena siasat kes sebegini |
|
|
|
|
|
|
|
kwsn cina byk tu...
so far aku tgk cina tak byk affect sgt pendirian mereka ttg krisis mb ni, melayu jek dh tukar balik sokongan...
kalau letak calon cina PKR, mungkin leh menang lagi tp ngan reduced majority
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedangkan teluk intan pun boleh kalah. Lebih baik khalid bubarkan dun sahaja, dan tumpukan diperingkat parlimen |
|
|
|
|
|
|
|
DTECCONAN posted on 20-8-2014 01:17 AM
Sedangkan teluk intan pun boleh kalah. Lebih baik khalid bubarkan dun sahaja, dan tumpukan diperingk ...
betoi tu...pas tu jadi 'BN friendly'..... Mana tau lepas ni kot boleh jadi CEO kat GLC
|
|
|
|
|
|
|
|
syok jugak ... nak tengok respond rakyat selepas apa yg pkr buat di selangor. |
|
|
|
|
|
|
|
dauswq posted on 20-8-2014 01:03 AM
kwsn cina byk tu...
so far aku tgk cina tak byk affect sgt pendirian mereka ttg krisis mb ni, melay ...
X jugak ...melayu cina dekat nk sama banyak ....aku jd PACA utk TSKI 2 kali PRU dah .....TSKI kalah kat 2 tempat majoriti melayu (flat bandar tun razak) ngan undi pos je ...lain sapu bersih ....dr dulu MCA yg antar calon....tan chai ho pastu baru ni anak dia plak lawan tski tapi kalah lagi teruk ....b4 2008 antar chandra muzaffar pon tak bole kalahkan tan chai ho tu walaupun dia ckp melayu pon x reti ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Undi lagik. Adakah ini salah satu daripada perlaksanaan langkah kajang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Maideen. posted on 20-8-2014 12:41 AM
PAS bukan belot... depa Tafuhal Siyasi ka apa ka........
Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ...
Tahaluf Siyasi la.... tapi bagi aku apa yang PAS buat tu Tolol Siyasi....
|
|
|
|
|
|
|
|
adun pengkalan kubur baru je kosong....nak ditambah plak ngan abg khalid.....leloh SPR |
|
|
|
|
|
|
|
Maideen. posted on 20-8-2014 12:41 AM
PAS bukan belot... depa Tafuhal Siyasi ka apa ka........
Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ...
setuju tu
PAS bukanlah belot
mereka cuma ber Bahalul Siasia |
|
|
|
|
|
|
|
membelot dalam politik itu tidak berdosa kerana ia adalah salah satu strategi politik - RBA |
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 20-8-2014 09:00 AM
Tahaluf Siyasi la.... tapi bagi aku apa yang PAS buat tu Tolol Siyasi....
apa-apapun bagi aku Pas sepatutnya ambil jawatan MB...bukan serah bulat2 kat PKR...
dah banyak kali Pas terlalu berlembut dan mengalah...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|