CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4335|Reply: 14

Saya Minta Maaf... - Nabila Huda

[Copy link]
Post time 20-8-2014 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Malaysian Digest

.
Sedia maklum, sebelum ini Nabila Huda merupakan seorang yang agak terbuka untuk berkongsi tentang kehidupannya. Paling ketara, selain berkongsi mengenai perkembangan aktiviti lakonannya, aktres yang mesra dengan panggil Abil ini juga tidak lokek untuk berkongsi mengenai percintaanya. Malah dia sering memuat naik foto-foto aktiviti di masa lapangnya menerusi laman sosial Instagram.

Namun semenjak dia memadamkan kesemua gambar di lnstagramnya beberapa bulan lalu, ternyata Abil kini seorang yang sangat berahsia dan enggan lagi berkongsi apa-apa tentang perihal peribadinya kecuali tentang kerjaya lakonan sahaja.

"Tiada apa yang nak dikongsikan. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya minta maaf... sila bagi soalan lain", katanya.

Biarpun diasak dengan pelbagai pertanyaan berhubung berita dia dan bapanya, Amy Search, yang sudah kembali pulih, Nabila, 30, tetap mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Kehidupan sekarang? Alhamdulillah...", tuturnya ringkas tatkala diajak berkongsi mengenai kehidupannya kini.

Laporan media sebeum ini menyebut pada 1 Syawal lalu, Amy Search meluahkan rasa syukur apabila Abil akhirnya telah kembali kepangkuan beliau selepas beberapa lama mereka tidak bertemu gara-gara kontroversi dan isu panas yang mengaitkan nama Abil sebelum ini. Ramai yang gembira dengan berita mengenai perdamaian dua beranak itu.

Perkembangan lain, dia bakal muncul menerusi filem biografi Allahyarham Puan Sri Saloma berjudul 'Saloma' arahan Melissa Saila. Nabila dipertanggungjawab menghidupkan watak biduanita negara itu.

Menurut Nabila, sejak dari awal pengarah Melissa Saila menghubunginya dan memujuknya untuk hadir ujibakat, dia cuba mencari jalan untuk menolak. Ini kerana ketika itu dia kurang yakin untuk membawakan watak biduanita kesayangan ramai itu.

Bagaimanapun, kepercayaan yang diberikan oleh pengarah iaitu Melissa Saila dianggap sebagai satu cabaran.

"Saya ni nampak saja seorang yang yakin. Tapi sebenarnya saya ada sifat rasa tidak yakin pada lakonan saya. Lebih-lebih lagi bila diberikan watak Saloma. Ia tanggungjawab sangat besar dan mencabar bagi saya. Saya sampai terfikir kalau saya tersalah langka, apa akan jadi nanti?.

"Sejak awal lagi, bila kak Lis (Melissa Saila) minta saya datang ujibakat, saya teragak-agak. Ikutkan hati meang saya tak mahu pergi ujibakat itu. Tapi saya kenangkan kak Lis yang beberapa kali menghubungi saya dan beliau sangat berarap pada saya. Semasa di ujibakat pun saya buat tidak bersungguhh-sungguh. Baca skrip pun macam nak tak nak. Miming pun berterabur. Tapi kak Lis banyak yakinkan saya yang saya boleh bawa watak ini.

"Dua minggu lepas ujibakat, saya dimaklumkan yang saya dapat watak Saloma. Saya terkejut tapi saya ambil sebagai cabaran. Saya diberi biografi Saloma dan saya buat kajian sendiri, saya tengok Youtube. Memang sukar sebenarnya sebab saya bukan lair dizaman Saloma. Saya kenal Saloma pun hanya menerusi filem-filem beliau", katanya

Jelasnya lagi, sebagai persediaan dia banyak melakukan kajian mengenai Saloma dan merujuk kepada ahli keluarga Allahyarham untuk memastikan dia berjaya menterjemahkan watak berkenaan dengan baik.

"Di set, saya banyak mendapat tunjuk ajar daripada kak Lis dan mummy (Mariani). Mereka ajar saya lenggok menari betulkan dialog-dialog, cara bercakap dan berjalan. Tapi sebenarnya saya tak praktis sangat pun macam nak bawakan watak Saloma ni. Cuma bila saya dah pakai kostume, dah make-up, dengan sendirinya saya dapat jiwai watak itu dan rasa yang Saloma begitu dekat dengan diri saya", katanya.

Selain Nabila, filem yang bakal ditayangkan menerusi Astro First Eksklusif pada 28 Ogos ini turut menampilkan Tony Eusoff sebagai Tan Sri P. Ramlee, Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).




http://www.malaysiandigest.com/h ... af-nabila-huda.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 11:10 AM | Show all posts
hari tu ada tengok teaser kat ig azhan rani.. macam jelmaan saloma gitu..agak jadi la sheols bawak watak Allahyarhamah...cuma agak seram sebab mcm hampir serupa sangat...

dulu pernah kan ada cerita masa salima af4 nyanyi lagu Allahyarhamah pastu mcm ada jelmaan ke ape..i pon x ingat
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:47 AM | Show all posts
dia ni nak kwen kan??
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:55 AM | Show all posts
tak sabar nak tengok cerita ni..azhan rani pon menjadi je bawak watak Tompel.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:56 AM | Show all posts
cemolot posted on 20-8-2014 11:10 AM
hari tu ada tengok teaser kat ig azhan rani.. macam jelmaan saloma gitu..agak jadi la sheols bawak w ...

ahaaa!! tu la pasal..aku tgk pon cm..huyooo!! dkt nak sama.aku tgk gmbar2 kt IG dia pon mmg nampak lain.

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:58 AM | Show all posts
ala2 Nicole Scherzinger plak aku tgk si Nabila dlm gambar ni..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2014 11:59 AM | Show all posts

http://scontent-a.cdninstagram.c ... 66_1257765285_n.mp4 Last edited by camflo03 on 20-8-2014 12:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 01:39 PM | Show all posts
semoga mendapat kemaafan seadanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 01:45 PM | Show all posts
babydoll posted on 20-8-2014 11:56 AM
ahaaa!! tu la pasal..aku tgk pon cm..huyooo!! dkt nak sama.aku tgk gmbar2 kt IG dia pon mmg nampak ...

meremang ok masa bukak ig azhan rani tu..huhu tp cam best laaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazzy falak mariani , yg tak syok tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 01:55 PM | Show all posts
tony eusuff jadi pramlee? i cant digest plak rasa
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 02:25 PM | Show all posts
kalau aruahnya Hani Mosin masih ada harus dia terlibat sama dengan teater ni..


al fatihah utk Hani Mohsin..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah tu Nabila Huda. All the best to you.

Setuju. Antara filem yang sgt x sabar nak tonton sbb lain darpd yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 02:37 PM | Show all posts
Alaa you sebut Hani Mohsein. The reason why I terjebak kat Cari ni dulu sebab nak ucap takziah atas pemergian Hani la kat thread Cari. Huhu ;(
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 02:40 PM | Show all posts
cantik makeup dia kat sini tapi tak suka tengok gigi dia karat sebab heavy smoker ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.081866 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list