CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2704|Reply: 6

Momoi berusia 111 tahun, lelaki paling tua dunia

[Copy link]
Post time 20-8-2014 04:59 PM | Show all posts |Read mode
TOKYO: Seorang bekas pendidik Jepun berusia 111 tahun yang meminati puisi diberi pengiktirafan sebagai lelaki paling tua dunia yang masih hidup.

Sakari Momoi menerima sijil daripada Guinness World Records pada satu majlis di sini hari ini. Beliau menggantikan Alexander Imich dari New York, yang meninggal dunia Jun lalu pada usia 111 tahun, 164 hari.

Manusia paling tua di dunia juga seorang rakyat Jepun: Misao Okawa, seorang wanita berusia 116 tahun dari Osaka.

Momoi dilahirkan pada 5 Februari, 1903 di Fukushima di mana beliau menjadi seorang guru. Beliau berpindah ke Saitama, di utara Tokyo, selepas Perang Dunia Kedua dan berkhidmat sebagai pengetua sekolah tinggi sehingga bersara.

Pada majlis yang disiarkan menerusi televisyen, Momoi memakai kot hitam dan tali leher, dan rambut putihnya disikat ke belakang. Beliau berdiri dari kerusi rodanya dan berganjak ke kerusi sebelah tanpa banyak bantuan.

Ditanya apa perasaannya mengenai anugerah itu, Momoi menegakkan badannya dan berkata beliau ingin hidup lebih lama.

"Mungkin dua tahun lagi," katanya.

Momoi, yang menyatakan beliau minat membaca, terutama puisi Cina, mempunyai lima anak dan tinggal di rumah jagaan di Tokyo. - AP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 06:05 PM | Show all posts
Nampak cam atuk je tak rupa moyang pun
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:29 PM | Show all posts
orang2 jepun ni umur panjang...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:05 PM | Show all posts
sihat lagi..
mmg biasa kot dorang letak fmily kt rumah  jagaan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 02:31 AM | Show all posts
Ketua Pemimpin Asia apa kurangnya

Mahathir - 89
Lee Kuan Yew - 90
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 10:42 AM | Show all posts
Hajat hati dia nak hidup 2 tahun lagi tu..... larat kee?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2014 01:49 PM | Show all posts
makan mknn sehat kot...tu psl umo pnjg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.061869 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list