CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3989|Reply: 94

[Tempatan] Tak benar Khalid buat keputusan sendiri - PAS

[Copy link]
Post time 20-8-2014 09:23 PM | Show all posts |Read mode
Tak benar Khalid buat keputusan sendiri

20 Ogos 2014

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services



  • Dr Halimah Ali
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


SHAH ALAM - Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali menafikan dakwaan PKR sebelum ini bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat keputusan pentadbiran kerajaan negeri secara bersendiri.

Sambil menyifatkan Abdul Khalid sebagai sangat berhati-hati dan bertanggungjawab berkaitan soal kewangan, katanya beliau tidak pernah melihat Abdul Khalid membuat sebarang keputusan tanpa berunding lanjut dengan barisan Exco terlebih dahulu.

"Daripada pengalaman saya, apa saja keputusan yang dibuat olehnya (Abdul Khalid), semua mesti tentang rakyat sebab dia akan tanya butiran sama ada ia akan beri manfaat pada rakyat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dr Halimah berkata sepanjang berkhidmat lebih enam tahun dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, tuduhan dibuat PKR terhadap menteri besar itu lebih berkaitan dengan masalah dalaman parti itu.

"Kami berada dalam situasi ini (kemelut politik Selangor), kami (Exco Pas) tidak mahu perkara ini berlaku...bila sudah berlaku, kami sekarang kena pastikan kerajaan stabil dan kakitangan kerajaan tidak huru-hara untuk memastikan ia (pentadbiran) berjalan lancar," katanya.

Dr Halimah berkata, sejak enam Exco daripada PKR dan DAP dipecat minggu lepas, kerajaan negeri kini membuat sebarang keputusan berkaitan portfolio keenam-enam Exco tersebut secara kolektif menerusi mesyuarat yang dijalankan sepanjang minggu.

Usaha itu adalah untuk memastikan urusan dan perancangan kerajaan negeri dapat berjalan seperti biasa termasuk semua projek pembangunan serta pentadbiran kewangan, katanya.

Pada 9 Ogos lepas, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan untuk memecat Abdul Khalid daripada parti malah menteri besar itu disifatkan sebagai 'open defiance' atau menunjukkan keingkaran secara terbuka.

Antara keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang didakwa diingkari Abdul Khalid adalah menangguhkan proses dan perbincangan projek Loji Rawatan Air Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan Adun Selangor.

Dr Halimah berkata dalam isu penstrukturan semula industri air Selangor, Abdul Khalid pernah membentangkan perkara tersebut ketika mesyuarat Exco malah menyatakan isu berkenaan telah berlarutan sejak lima tahun lepas. - Bernama


P/s:- Jadi siapa cakap benar?....PKR dan DAP kata Khalid buat keputusan sendiri..sekali PAS nafikan plak..lebih2 lagi kan exco PKR dan exco DAP ada dlm meeting tu..ke depa semua tido?..ka depa kasi salah maklumat kat LGE dan Abg NON?..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2014 09:34 PM | Show all posts
Exco PAS Selangor pertahankan Khalid sebagai MB Rakyat
20 OGOS 2014         BY QURNISHA HAMKA

Nampaknya tak surut juga cerita mengenai krisis politik di Selangor walaupun sudah masuk minggu ketiga... rally yang panjang orang kata. Tan Sri Abdul Khalid tetap bertahan sebagai MB Selangor, disebalik sudah macam-macam hal PKR cuba buat kat dia.
Apa yang menarik untuk diperhatikan adalah biarpun PAS Pusat sudah menarik sokongan terhadap Khalid, namun kekaguman ahli dan sebahagian pemimpin PAS terhadap beliau tidak surut begitu sahaja.

Pada Rabu, Exco PAS Selangor Dr Halimah Ali mempertahankan Abdul Khalid sebagai seorang yang tegas dalam urusan pentadbiran negeri.

Menurut beliau, kemelut yang berlaku di Selangor sekarang adalah berpunca dari ahli politik dan bukanlah dari orang dalaman mahupun pentadbir negeri itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan cubaan menjatuhkan Khalid sebagai MB Selangor yang semakin meruncing hari ini.

“Jangan tanya saya soal politik, sebab saya di sini bekerja untuk rakyat.

“Kami di dalam situasi yang kami tidak mahukannya pun, kami bukan nak kepada situasi ini.

“Kalau apa juga soal politik, kamu semua tanya pada orang politiklah,” katanya di dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Exco di Bangunan SUK Selangor, pada Rabu.

Malah jelas Halimah lagi, Khalid merupakan seorang menteri besar yang sentiasa memikirkan rakyat dalam setiap keputusan yang diambil ketika menjalankan urusan pentadbiran.

Itu dapat dilihat ketika ramai yang mendakwa Khalid kedekut untuk membelanjakan wang simpanan yang berbillion ringgit melalui rizab Selangor.

“Ya (Khalid berhati-hati soal kewangan), sebab itu duit rakyat. Beliau bertanggungjawab ke atas duit-duit itu, dan beliau perlu teliti betul-betul dan siapa yang nak minta, kena yakinkan beliau lah.

“Selama enam tahun pengalaman saya bersama menteri besar, keputusan yang dia buat semua untuk rakyat, dan beliau akan pastikan rakyat mendapat manfaat dari apa yang diputuskan.

“Itu bagaimana dia berfikir sebelum ini, yang lain saya tak tahu,” tambahnya lagi.

Halimah juga menjelaskan bahawa selagi mana Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan dan MB tidak meletakkan jawatan, mereka akan tetap meneruskan tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka seperti biasa.

Beliau juga menolak adanya unsur-unsur politik di dalam hal pentadbiran negeri sepanjang ianya berada di bawah seliaan Khalid selama dua penggal ini.

“Kami adalah yang terakhir dari PR yang sedang menjalankan urusan pentadbiran negeri, (kalau soal) politik itu orang politiklah punya cerita, pimpinan politik lah yang akan buat keputusan.

“Saya yang menurut perintah, mereka suruh saya duduk sini, saya duduk sini. Jaga elok-elok rakyat Selangor, saya duduk elok-elok jaga rakyat Selangor. Kalau tak nanti yang RM3 billion habis sekejap sahaja,” tegasnya kepada wartawan. -bnbbc.my
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 09:34 PM | Show all posts
Tak khennn lobainita PAS nak menifu plak... Tak tahaluf Siyasi lah cenggitu.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 09:35 PM | Show all posts
see.... wa dah cakap... PAs dan hadi mmg sokong khaliddd
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 09:36 PM | Show all posts
Perjanjian air dengan kerajaan pusat jugak bersama2 dgn exco2nya


Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha...dah contradict sesama sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2014 09:43 PM | Show all posts
Nak tengok setakat mana bijaknya PAS dalam permainan politik di Selangor.
Setakat ni setia jadi macai alias bar**a PKR dan DAP je. Satu parti yang kerusinya lagi banyak dari PKR tercirit-cirit takut dengan AlJubr. Disuruh duduk........duduk. Disuruh berdiri........berdiri. Itulah taraf PAS. Ini ke parti yang gebang pasal Isle je yang kuat???
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 09:47 PM | Show all posts
scorpionkiki posted on 20-8-2014 09:37 PM
Ha...dah contradict sesama sendiri.

umno byr la tu tak paham2 lg....
pas buat u turn psl taknak berpecah dr pakatan.... abg non dah bg kata dua....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 09:47 PM | Show all posts
Kena lantik MB dari kalangan anak selangor agar lebih berjiwa terhadap negerinya,
maka kepentingan rakyat selangor akan lebih diutamakan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 09:48 PM | Show all posts
batu kikir posted on 20-8-2014 09:43 PM
Nak tengok setakat mana bijaknya PAS dalam permainan politik di Selangor.
Setakat ni setia jadi mac ...

hbis umno takut ngan mca tu apa cite.... tetiba....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 09:49 PM | Show all posts
Aku kekadang kesian kat PAS ni.. Samdol Ketum punya pasal, dia orang jadi kambing hitam & serba salah buat keputusan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
highcastle posted on 20-8-2014 09:49 PM
Aku kekadang kesian kat PAS ni.. Samdol Ketum punya pasal, dia orang jadi kambing hitam & serba sala ...

Betul...mcm kena buli dgn pkr dan dap. Asalnya pas terutama penyokongnya baik baik tp bila masuk politik ni terpaksa nak kotorkan diri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2014 09:56 PM | Show all posts
rashiman posted on 20-8-2014 09:36 PM
Perjanjian air dengan kerajaan pusat jugak bersama2 dgn exco2nya

Lagi pelik..Teng yg dalam gambar tu selepas partinya bersama Abg Non minta Khalid bertaubat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:01 PM | Show all posts
dino posted on 20-8-2014 09:47 PM
umno byr la tu tak paham2 lg....
pas buat u turn psl taknak berpecah dr pakatan.... abg non  ...

apa matlamat dan pejuangan PAS.
kalau tujuan hanya utk bersama Pakatan, atau bertujuaan menentang BN atau UMNO, memang betullah tindakkan yg diambil oleh PAS, menurut saja kehendak PKR dan DAP walaupun parti ini menentang perlaksanaan hukum islam, berjuang utk kepentingan individu tertentu, berjuang utk parti.

tapi kalau PAS berjuang untuk islam, berjuang untuk kepentingan rakyat sepatutnya tindakkan menyokong tidak terikat dengan mana2 parti atau mana2 pakatan sama ada PKR ataupun UMNO atau parti2 lain jika pejuangannya selari dgn pejuangan PAS.


Last edited by rashiman on 20-8-2014 10:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:05 PM | Show all posts
scorpionkiki posted on 20-8-2014 09:37 PM
Ha...dah contradict sesama sendiri.

pantang nampak bekas janda bergaduh laki bini.... terus nak masuk line
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:06 PM | Show all posts
dino posted on 20-8-2014 09:47 PM
umno byr la tu tak paham2 lg....
pas buat u turn psl taknak berpecah dr pakatan.... abg non  ...

kalau bukan jenis melaga2kan og... bukan umno namanya

gila talak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2014 10:07 PM | Show all posts
batu kikir posted on 20-8-2014 09:43 PM
Nak tengok setakat mana bijaknya PAS dalam permainan politik di Selangor.
Setakat ni setia jadi mac ...

dalil baru PAS dah ada...pemuda PAS yg jumpa.

http://forum.cari.com.my/forum.p ... d=824917&extra=

Lepas ni...tak tahulah kot Nik Aziz plak jumpa dalil yg baru sekirannya sultan tak perkenankan bini peliwat tegar tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:07 PM | Show all posts
batu kikir posted on 20-8-2014 09:43 PM
Nak tengok setakat mana bijaknya PAS dalam permainan politik di Selangor.
Setakat ni setia jadi mac ...

puas PAS dihina dikeji... tapi  dgn dap pkr gak ko nak kawan

menciiiiiiiiiiiiii
macai
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman posted on 20-8-2014 10:01 PM
apa matlamat dan pejuangan PAS.
kalau tujuan hanya utk bersama Pakatan, atau bertujuaan menentang ...

Kalau umno berjuang untuk melayu? Umno patut keluar daripada BN.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:08 PM | Show all posts
rashiman posted on 20-8-2014 10:01 PM
apa matlamat dan pejuangan PAS.
kalau tujuan hanya utk bersama Pakatan, atau bertujuaan menentang ...

bila pas tak terikat dgn mana mana .... senang la umno dan mengorat dan nak buli kalau perlu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.077832 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list