View: 1943|Reply: 9
|
Edisi cari cepat sape kencing: Khalid tak buat keputusan sendiri
[Copy link]
|
|
http://www.sinarharian.com.my/po ... an-sendiri-1.309698
Tak benar Khalid buat keputusan sendiri
20 Ogos 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services?
[url=]<[/url] 1 / [url=]>[/url]
SHAH ALAM - Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali menafikan dakwaan PKR sebelum ini bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat keputusan pentadbiran kerajaan negeri secara bersendiri.
Sambil menyifatkan Abdul Khalid sebagai sangat berhati-hati dan bertanggungjawab berkaitan soal kewangan, katanya beliau tidak pernah melihat Abdul Khalid membuat sebarang keputusan tanpa berunding lanjut dengan barisan Exco terlebih dahulu.
"Daripada pengalaman saya, apa saja keputusan yang dibuat olehnya (Abdul Khalid), semua mesti tentang rakyat sebab dia akan tanya butiran sama ada ia akan beri manfaat pada rakyat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dr Halimah berkata sepanjang berkhidmat lebih enam tahun dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, tuduhan dibuat PKR terhadap menteri besar itu lebih berkaitan dengan masalah dalaman parti itu.
"Kami berada dalam situasi ini (kemelut politik Selangor), kami (Exco Pas) tidak mahu perkara ini berlaku...bila sudah berlaku, kami sekarang kena pastikan kerajaan stabil dan kakitangan kerajaan tidak huru-hara untuk memastikan ia (pentadbiran) berjalan lancar," katanya.
Dr Halimah berkata, sejak enam Exco daripada PKR dan DAP dipecat minggu lepas, kerajaan negeri kini membuat sebarang keputusan berkaitan portfolio keenam-enam Exco tersebut secara kolektif menerusi mesyuarat yang dijalankan sepanjang minggu.
Usaha itu adalah untuk memastikan urusan dan perancangan kerajaan negeri dapat berjalan seperti biasa termasuk semua projek pembangunan serta pentadbiran kewangan, katanya.
Pada 9 Ogos lepas, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan untuk memecat Abdul Khalid daripada parti malah menteri besar itu disifatkan sebagai 'open defiance' atau menunjukkan keingkaran secara terbuka.
Antara keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang didakwa diingkari Abdul Khalid adalah menangguhkan proses dan perbincangan projek Loji Rawatan Air Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan Adun Selangor.
Dr Halimah berkata dalam isu penstrukturan semula industri air Selangor, Abdul Khalid pernah membentangkan perkara tersebut ketika mesyuarat Exco malah menyatakan isu berkenaan telah berlarutan sejak lima tahun lepas. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
justice for papa KETUM only
|
|
|
|
|
|
|
|
tuition politik pree untuk 1-2 minggu ni
tak kira sapa betul .. sapa salah .. sapa jujur .. sapa auta..
sedikit demi sedikit mula terbongkar
orang tu ngata orang ni ..
orang ni ngata orang tu ..
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN posted on 21-8-2014 06:00 AM
tuition politik pree untuk 1-2 minggu ni
tak kira sapa betul .. sapa salah .. sapa jujur .. sa ...
TSKI adalah org korporat...... mana boleh lawan puak2 politikus yg munafikun?
#istandwithkhalidibrahim
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin muak aku dgn politik sel |
|
|
|
|
|
|
|
dari pembacaan kita la bang @Acong
nak jadi ahli politik ni ..
kena hati kering
kena pandai kumpul2 bukti
kena pandai bermuka2
paling penting kena pandai membodek
perghhh!~ kalau jadi pelakon ni ..
boleh dapat award pelakon terbaik
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN posted on 21-8-2014 06:14 AM
dari pembacaan kita la bang @Acong
nak jadi ahli politik ni ..
ts khalid nie tadbir ikut buku.....
mmg masak laa......
harap tan sri saman si rafizi sampai bangkrap
|
|
|
|
|
|
|
|
@Acong
tak mustahil la kan bang ..
selepas ni ..
hehehe walau kamceng macam mana sekali pun ..
mesti ada yang akan simpan2 bukti
rakam2 bukti
yer la ..
arini kawan
maner tau tup2 sok lusa jadi lawan
persediaan kena ader |
|
|
|
|
|
|
| |
|