Post time 27-8-2014 06:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Makin hari makin banyak kejadian rogol. Kalau dulu nak sebut rogol pun rasa malu. Sekarang dah terlalu kerap dengar sampai lali telinga ni. Sampai bila la lelaki dalam malaysia ni nak pandang perempuan hanya sebagai tempat melampiaskan nafsu. Kenapa tak boleh tengok perempuan itu sebagai manusia. Apa cara untuk ajar lelaki di malaysia hormat wanita bukan hanya menginginkan wanita. Apa pula cara nak ajar wanita di malaysia harga diri bukan hanya terletak pada nafsu keghairahan lelaki terhadap dirinya?
IndahNian posted on 27-8-2014 06:23 PM
Makin hari makin banyak kejadian rogol. Kalau dulu nak sebut rogol pun rasa malu. Sekarang dah terla ...
bg ai lah kan, pendidikan dr rumah yg penting dlm membentuk peribadi lelaki.
anak lelaki sepatutnya diajar dari kecil menghormati perempuan, layan mereka seperti manusia... bukannya pembantu rumah, kilang anak, tempat melepaskan nafsu etc. Hubungan ibu bapa yg baik; anak2 lelaki akan tengok cara layanan bagaimana si ayah dgn emak. kalau tetiap hari tengok bapa memukul ibu dan mengeluarkan kata2 kesat, tak mustahil derang pon akan hilang rasa respek dgn wanita. Tak ubah spt objek sebegitu.
Dan juga layanan terhadap adik beradik perempuan. Budaya kita memang suka betul merajakan anak lelaki. Bayangkan anak2 lelaki membesar melihat ibu bapa derang yg expect kakak dan adik perempuan membantu menguruskan rumah, siap lagi dgn kata2 hikmah spt; "orang pompuan mesti pandai memasak/berkemas/jaga adik, kalo tak mana ada lelaki nak berbinikan ngko." so automatik, tertanamlah idea bahawa wanita nih lemah, second class citizen dan tidak berguna tanpa lelaki. Seandainya lelaki diajar utk melihat dan melayan wanita seperti manusia setaraf spt mereka, ai rasa jenayah seks mungkin berkurangan.
btw ai pernah terbaca buku seorang bekas agent FBI... menurutnya, utk menilai peribadi bakal boyfriend atau suami, lihat bagaimana hubungan dia dengan ibunya sendiri.