CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13043|Reply: 54

Nad Zainal Tepis Tuduhan Serang Hefny Sahad Di Lokasi Drama

[Copy link]
Post time 21-8-2014 03:17 AM | Show all posts |Read mode


Nad menegaskan dia dan Hefny tiada hubungan cinta.
        
        PETALING JAYA: Pelakon Nad Zainal menafikan tuduhan terbaharu kononnya dia telah menyerang pelakon Hefny Sahad di sebuah lokasi penggambaran drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna pada Selasa lalu.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, dia terkejut dengan gosip tersebut kerana sehingga kini dia tidak pernah pun mengganggu Hefny ketika  aktor itu sibuk di lokasi penggambaran.

"Dakwaan mengatakan saya serang Hefny mengarut dan tidak berasas kerana saya tidak pernah melakukan perbuatan itu.

"Lagipun siapa saya mahu serang dia? Saya bukannya kekasih dia! Benar kami rapat dan masih mengenali hati budi masing-masing tetapi kami belum sampai ke tahap bercinta,"  katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

   


Gosip terbaharu timbul apabila Nad dikatakan menyerang Hefny di satu lokasi penggambaran drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna terbitan Zeel Productions di Jalan P.Ramlee di sini pada Selasa lalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 malam itu dikatakan turut disaksikan oleh kru drama berkenaan apabila Nad dipercayai meluru ke kereta milik Hefny sebaik sahaja pelakon itu tiba untuk menjalani penggambaran drama berkenaan.

mStar Online difahamkan berlaku pergaduhan kecil diantara pasangan itu sehingalah mereka membuat keputusan untuk memutuskan hubungan walaupun selama ini mereka menafikan mempunyai peraaan cinta antara satu sama lain.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu apabila mereka didapati telah mengeluarkan gambar-gambar kemesraan bersama dalam akaun Instagram
masing-masing.

Sementara itu, Nad berharap isu itu tidak dipanjangkan lagi kerana gosip tersebut adalah tidak benar dan merupakan khabar angin semata-mata.

"Sudah-sudahlah, tiada motif pun saya nak bergaduh dengan dia.

"Lagi satu saya ingin tegaskan di sini, ramai yang keliru apabila kami dianggap  bercinta tetapi hakikatnya kami baru nak kenal hati budi. Belum lagi jadi pasangan kekasih.

"Sehingga kini, saya mahupun Hefny boleh keluar dengan sesiapa sahaja yang kami mahu," tegasnya.

Hefny yang di hubungi mStar Online pula enggan mengulas lanjut berhubung insiden itu yang seolah-olah menggambarkan ia sememangnya benar-benar terjadi.

"Saya tidak mahu cakap apa-apa dah kerana yang nampak buruk tetap saya. Cuma apa yang saya boleh katakan, dakwaan diserang itu merepek," katanya.

Terdahulu, Hefny dikatakan menjadi punca keretakan hubungan cinta Nad dengan aktor Azwan Kombos, 29, apabila mereka dikatakan menjalin hubungan cinta selepas terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama yang turut diterbitkan oleh Zeel Production.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 05:00 AM | Show all posts
dia ni yang tak dapat jadi pengacara Jodoh 2 itu bukan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 05:58 AM | Show all posts
akak syak nad zainal ni bermasalah... jdkan hefny kambing hitam sajo utk putus dgn mamat kombos...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 06:25 AM | Show all posts
RatuDunia94 posted on 21-8-2014 05:58 AM
akak syak nad zainal ni bermasalah... jdkan hefny kambing hitam sajo utk putus dgn mamat kombos...


sebut pasal baja kombos nim, dia cakap Fadlan Hazim hensem tu cute

http://instagram.com/p/rpCgjjLBfi/?modal=true



http://websta.me/p/786170643240196066_19787820


Last edited by kakikuDibibirmu on 21-8-2014 06:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 06:38 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 21-8-2014 06:25 AM
sebut pasal baja kombos nim, dia cakap Fadlan Hazim hensem tu cute   

http://instagram.co ...

motif dh berpaling arah!
hope fadzlan x layan!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 07:05 AM | Show all posts
sesuatu sangat nad nih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2014 07:38 AM | Show all posts
mcm problematic je si nad ni...
tak habis2 gossip psl jantan..
kejap putus kejap becinta...
tak de citer lain dah ke psl minah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka lakonan Nad. Tp x berkenan dgn kontroversi psl jantan je memanjang. Dulu2 x mcm ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 08:33 AM | Show all posts
dan2 tukar pengakuan bla3
sebelum ni sakan masing2 bg statement kat wartawan khennnn..nak2 si hefny itew
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:35 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 21-8-2014 06:25 AM
sebut pasal baja kombos nim, dia cakap Fadlan Hazim hensem tu cute   

http://instagram. ...

kaka tak risau fadzlan dicaraskah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:37 AM | Show all posts
ellZack posted on 21-8-2014 08:35 AM
kaka tak risau fadzlan dicaraskah?

Fadlan sis, eja betul-betul

akak redho jah sis, kalau Fadlan Hazim hensem bahagia, akak pun bahagia tengok Fadlan Hazim hensem bahagia siapa lah akak nak menackle retis, akak hanya sekadar rakyat marhaen biasa
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:44 AM | Show all posts
Nad ni comel
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:51 AM | Show all posts
fuh .. kombos memuji pakwenya kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 21-8-2014 05:00 AM
dia ni yang tak dapat jadi pengacara Jodoh 2 itu bukan?

Aah kaka,dia ni la yg ade hati dgn elle masa jodoh 1 ..dlm jodoh 2,nora gantikan dia dgn elle jadi pengacara
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 09:07 AM | Show all posts
tp nad cute..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Poyo la nad ni, makin menyampah dgn kisah2 cinta dia yg ntah hape2 tu.. saje nk up kn diri pas diri dah xde job ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 09:20 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 21-8-2014 06:25 AM
sebut pasal baja kombos nim, dia cakap Fadlan Hazim hensem tu cute   

http://instagram. ...

Mohtip die puji fazlan begitu skali? Takkan kecewa dgn nad terus berpatah ke same jenis
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 09:27 AM | Show all posts
Mak teh restu jah azwan kombos+fadlan ni
Cute couple
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 09:29 AM | Show all posts
Masalahnya hubungan cinta 4 segi ini, yg lebih nampak lgbt nya ialah so hefny bf baru nat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 09:42 AM | Show all posts
balasan pade kekasih yg tak setia..keluo mulut rimau..masuk mulut nage
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 1.097015 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list