CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4946|Reply: 15

FITNAH KES BANK ISLAM TERHADAP KHALID IBRAHIM DIJAWAB

[Copy link]
Post time 21-8-2014 05:36 AM | Show all posts |Read mode
FITNAH KES BANK ISLAM TERHADAP KHALID IBRAHIM DIJAWAB

Kes bank islam khalid berdasarkan forum semalam. Ini simplified version memandangkan fakta kes dan rentetan makamah sangat2 panjang dan meletihkan.Info ni keluar dr mulut Azrul Azwar (pegawai tugas2 khas ekonomi & kewangan MB Selangor)

Bank Negara dah ada ura2 nak abolish produk Bai’ Bi Samanin Ajil (BBA) di semua bank negara ni. Sebab ianya diwartakan sebagai xpatuh syariah esp di timur tengah. Sedangkan majoriti loan pelanggan islamic banking ni negara ini adalah BBA. Dan sistem BBA ni sangat digemari oleh bank memandangkan ianya mudah diurus dan ‘menyerupai’ loan konvensional bank.Sewaktu Khalid masih lagi CEO PNB, beliau ditawarkan utk beli saham Guthrie. Selepas setuju, maka dia gunakan loan bank Islam (BBA). Namun berlaku pelbagai masalah kompleks (bleh rujuk video rakaman forum) menyebabkan berlaku kes saman menyaman nih.

Bank Islam yg MEMULAKAN langkah pertama utk Out Of Court Settlement dengan Khalid semenjak 2008 lagi. Dan Azrul Azwar (sewaktu tu masih lagi penganalisis di Bank Islam) telah diarahkan oleh bosnya di Bank Islam utk hubungi Khalid utk langkah ini memandangkan bosnya juga tahu yang Azrul Azwar adalah ahli PKR. Namun Khalid xsetuju dan ini menyebabkan kes ini diteruskan penghakiman di mahkamah.

Antara tuntutan Khalid adalah untuk memohon supaya mahkamah memutuskan BBA adalah tidak patuh syariah dan ini akan menyebabkan tuntutan Bank Islam terhadap Khalid secara automatiknya tak valid memandangkan Khalid buat loan utk beli saham berkenaan adalah menggunakan kaedah BBA.

Kemudian datanglah Al-Rajhi Bank menawarkan utk setelkan hutang Khalid dengan Bank Islam di luar mahkamah. Sebab apa Al-Rajhi nak tolong Khalid? Sebab Al-Rajhi takut Bank Islam kalah dalam kes ini. Kalau Bank Islam kalah, bermakna BBA adalah produk tak patuh syariah dan kesemua pelanggan yang ada buat BBA dgn islamic banking boleh buat tuntuan mahkamah dan menyebabkan bank2 rugi. Maksudnya Al-Rajhi nak jaga kepentingan BBA ni sebab tu dia offer utk setelkan hutang Khalid. Azrul Azwar juga cakap Khalid x dpt nak cerita benda ni memandangkan sebelum ni transaksi antara beliau dan al-rajhi ni ada non disclosure agreement.

Apa kaitan ngn tan sri manaf? Xdak kaitan. Menurut Shazni Munir, SetPol Khalid yang kononnya bagi maklumat pada Rafizi bahawa Khalid ada jumpa Rashid Manaf utk setelkan hutang ini telah menafikan seluruh dakwaan tentang wujudnya pertemuan khusus untuk selesaikan hutang Bank Islam.

https://www.youtube.com/watch?v=ObWxlz97TF8





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2014 05:38 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 05:44 AM | Show all posts
Ameno World
AW dibayar oleh UMNO BARISAN NASIONAL. AW dibayar oleh PR. AW dibayar oleh PAS,PKR, DAP. AW dibayar oleh FREEMASON, SYIAH, ATHEISME. Takde sesiapa dalam dunia ini TIDAK PERNAH TIDAK MEMBAYAR AW. Sebagai manusia, aku la manusia paling hipokrit, keji gila babik, jijik habis, munafiq, neraka la tempat aku, kerana dibayar oleh semua pihak untuk melakukan propaganda. Tolong la, kutuk.

Jawapan Untuk Rafizi : Isu Penyelesaian Bank Islam - TSKI!

ISU BANK ISLAM DENGAN TAN SRI KHALID TIADA KAITAN UMNO

Dakwaan Rafizi Ramli yg menuduh berlakunya penyelewengan Tan Sri Khalid dalam kesnya dengan Bank Islam adalah satu fitnah besar apatah lagi berniat jahat dengan mengaitkannya dengan UMNO.

Kes Bank Islam vs Tan Sri Khalid amat dekat dengan saya kerana keterlibatan saya secara aktif dalam industri kewangan Islam. Saya sendiri pernah ditawarkan menjadi saksi pakar bagi pihak Bank Islam pada tahun 2009 sebelum Akta Bank Negara 2009 dipinda yg memberi kuasa kepada Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara selaku badan tertinggi dan pemutus dalam hal ehwah Syariah yang menyentuh institusi2 kewangan termasuk perbankan dan takaful. Di bawah Akta ini, pandangan pakar luar tidak lagi diperlukan kerana Mahkamah harus terus merujuk kepada MPS Bank Negara.

Dalam kes Tan Sri Khalid isu penyelesaian di luar mahkamah langsung tiada kaitan dengan penyelewengan mahupun perjanjian 'bawah meja'. Ia melibatkan dua isu besar iaitu: (1) perselisihan mengenai isu2 Syariah yang menyentuh kontrak Bai' al-'Inah dan kaedah perlaksanaannya termasuk isu 'inter-conditionality', 'pre-signed documents' dan muwaataah. (2) keabsahan Akta Bank Negara 2009 khususnya melibatkan kedudukan MPS yang terkait dengan isu Perlembagaan iaitu pemisahan kuasa (separation of power) antara badan kehakiman, eksekutif dan legislatif.

Beberapa kerumitan yang terkait dengan isu2 inilah yang akhirnya menjurus kepada persetujuan kedua2 pihak untuk menyelesaikan perselisihan di luar mahkamah. Maaf selebihnya saya tidak dapat berkongsi kerana terkait dengan kerahsiaan dan kepentingan awam yang melibatkan pembangunan sistem kewangan Islam di Malaysia.

Persoalan besar yg perlu ditanya kepada Rafizi dan PKR, kenapa baru sekarang isu ini ditimbulkan walhal kes Bank Islam ini sudah berlarutan di pelbagai peringkat Mahkamah sebelum Tan Sri Khalid menjadi MB lagi? Mengaitkannya dengan UMNO juga adalah satu fitnah dan tohmah yang jahat dalam usaha mengkambing-hitamkan pihak ketiga dalam masalah dalaman kronik PKR yg bersungguh2 ingin menobatkan isteri Ketua Umumnya sebagai MB.

Oleh  

Asyraf Wajdi Dusuki

--------------------------------

Penyiaran tidak bermaksud sokongan. Ia hanyalah sekadar tindakan meraikan kepelbagaian dan hujah.

Dalam kurungan 1 merujuk kepada sistem perbankan BBA.

Ini je point yang aku nak tunjukkan. Ia senada dengan point Azrul dalam isu pembayaran hutang BANK ISLAM - TSKI. Yang lain2 pandai2 korang la nak tafsir sendiri. Aku tak campur.

Kbai.


http://www.amenoworld.net/2014/0 ... nyelesaian.html?m=1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 05:49 AM | Show all posts
celakalah orang2 yg munafik............!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 07:17 AM | Show all posts
MENEGAKKAN YANG HAQ DAN MELENYAPKAN YANG BATIL
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:26 PM | Show all posts
Cemanapun, kalau pat lawan bank ni, memang aku sokong. Kalau sesapa sampai berani saman mana-mana bank selalunya dia yakin dia betul. Mana ada bank nak ngaku salah ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2014 05:17 PM | Show all posts
apa produk al rajhi bank yang boleh bayar hutang orang lain? cuba bagitau

apa maksud kontrak al bainah? kalau macam tu kenapa tak di buka kepada umum . kan bagus hutang rm 67 juta bayar rm 15 juta.

siapa yang banyak hutang boleh belajar daripada khalid cara nak lupus hutang dengan jadi macai umno
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 05:19 PM | Show all posts
Sistem kewangan dan ekonomi kebanyakannya dimonopoli oleh institusi kewangan konvensional. Seperti sedia maklum, konsep konvensional semestinya tidak akan lari daripada unsur riba. Namun, hari ini institusi kewangan Islam telah mengorak langkah lebih jauh memperkenalkan banyak produk-produk kewangan yang berlandaskan Islam yamg mampu bersaing dengan institusi kewangan konvensional.

Antara konsep penting yang diaplikasikan dalam produk-produk institusi kewangan Islam ialah Bai' Inah. Konsep Bai' Inah banyak digunakan dalam sektor perbankan yang berteraskan Islam. Kebiasaannya konsep ini diamalkan dalam produk pembiayaan (financing)


Apa itu Bai' Inah

Bai' Inah boleh diertikan sebagai satu kontrak/akad yang membabitkan urusniaga jualan dan pembelian semula aset oleh penjual. Dalam urus niaga ini, penjual menjual aset kepada pembeli secara tunai dan kemudian membelinya semula secara pembayaran tertangguh dengan harga yang lebih tinggi daripada harga jualan secara tunai. Ia juga boleh berlaku apabila penjual menjual aset secara pembayaran tertangguh dan membelinya semula secara tunai dengan harga yang lebih rendah.

Sebagai contoh di mana seseorang yang memerlukan wang tunai datang kepada seseorang yang lain untuk memohon pinjaman. Pihak pemiutang enggan memberikan pinjaman kecuali beliau akan mendapat keuntungan daripada pinjaman itu dan dalam masa yang sama beliau menyedari keuntungan itu akan menyebabkan kepada berlakunya riba yang jelas diharamkan oleh Islam.

Oleh yang demikian pemiutang mengambi inisiatif menjual sesuatu barang kepada penghutang dengan harga tangguh kemudian pemiutang membeli semula barang tersebut secara tunai dengan harga yang lebih rendah. Konsep inilah dinamakan sebagai bai’ inah.


Penjelasan

Kebiasaannya kaedah ini digunakan dalam produk pembiayaan peribadi. Secara konsepnya, ia mempunyai dua kontrak/akad. Pertama, kontrak jual beli antara bank dengan pelanggan. Bank akan menjualkan sesuatu aset kepada pelanggan dengan harga tangguh (ansuran). Kedua, kontrak pembelian semula aset yang dijualkan kepada pelanggan. Iaitu bank membeli semula aset tersebut dengan dengan harga tunai.

Dalam konteks ini, seolah-olah bank bertindak sebagai pemiutang dan akan mendapat faedah berdasarkan harga kredit dan harga tunai daripada transaksi itu. Namun ianya dihelahkan dengan berpindah daripada kontrak pinjaman kepada kontrak jual beli barangan yang dihalalkan oleh Islam dan dapat mengelak daripada unsur riba.


Dalil-Dalil Pengharusan Bai’ Inah

Walaupun kebanyakan ulama’ Timur Tengah berkeras mengharamkan Bai’ Inah, namun Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia mempunyai pendirian serta pendapat yang tersendiri dalam mengharuskan kontrak ini. Antara dalil-dalilnya ialah:

1)      Firman Allah Taala :

Maksudnya: “Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang kemasukan syaitan kerana gila. Yang demikian itu mereka berkata bahawa jual beli sama dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba…”  (Al-Baqarah: 275)

Dua perjanjian jual beli yang berlaku secara berasingan dan bebas, tidak berkaitan antara satu sama lain serta menggunakan lafaz jual beli yang berlandaskan syarak merupakan elemen-elemen penting dalam akad bai’ inah yang selari dengan tuntutan di atas. Oleh itu, dua perjanjian jual beli bai’ inah antara penjual dan pembeli berdasarkan elemen-elemen tersebut adalah sah di sisi syarak.

2)      Sebahagian fuqaha’ mazhab Syafie serta sebahagian daripada mazhab Hanafi seperti Imam Abu Yusuf berpandangan bahawa bai’ inah adalah harus.

3)      Imam Syafie telah menghuraikan tentang keharusan bai’ inah dalam kitabnya al-Umm seperti yang berikut :

“Apabila seseorang telah menjual sesuatu barang dalam sesuatu tempoh dan pembeli telah menerimanya, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dia membelinya semula  daripada orang yang telah membeli barang tersebut daripadanya dengan harga yang kurang”


persoalannya, kenapa hanya khalid saja berhak di bayar hutang oleh alrajhi bank? pelik tapi benar?

konsep albainah ni kena difahamkan dahulu takut rm 70 juta hilang . hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2014 05:22 PM | Show all posts
Konsep Akad dan Jenisnya dalam Muamalat Islam
Oleh: Abdul Muhaimin Mahmood
Penolong Pengarah
Cawangan Muamalat dan Sosio Ekonomi (CMSE)
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim

Akad dari sudut penggunaan bahasa Arab mempunyai makna yang pelbagai antaranya, janji, jaminan, kepercayaan dan ikatan (sama ada ikatan sebenar seperti mengikat tali atau ikatan simbolik seperti ikatan ijab dan qabul dalam akad jual-beli). Manakala Kamus Dewan pula memberikan pengertian akad sebagai janji dan perjanjian. Perkataan akad merupakan perkataan yang sinonim dengan perkataan kontrak.

Akad dari istilah fiqh ialah ikatan di antara ijab dan qabul yang dibuat mengikut cara yang disyariatkan yang sabit kesannya pada barang berkenaan. Dengan perkataan lain akad melibatkan pergantungan cakapan salah satu pihak yang berakad dengan cakapan pihak yang satu lagi, mengikut ketentuan syarak yang akan melahirkan kesan pada barang yang diakadkan. (al-Zuhaily,Wahbah, 2002, Fiqh & perundangan Islam, pent. Md. Akhir Haji Yaacob, Dewan Bahasa dan Pustaka, jld.4, hlm.83). Dari aspek undang-undang pula, kontrak didefinisikan sebagai semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah (Akta Kontrak, seksyen 10 (1)).

Akad terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut perbezaan sudut pandangan. Antaranya ialah pembahagian akad mengikut sifatnya dari aspek syarak, dan dari aspek ada atau tidak ada kesannya kepada akad yang dimenterai.

1. Pembahagian akad mengikut sifatnya dari aspek syarak, terbahagi kepada beberapa jenis iaitu sahih (صحيح) , batil (باطل), nafiz (نافذ), mauquf  (موقوف), lazim (لازم) dan ja’iz (جائز).

Akad sahih ialah kontrak yang sempurna semua rukun dan syarat yang ditetapkan syarak dan tidak ada sebarang unsur dan sifat meragukan yang boleh mengeluarkannya dari dikira sah dari segi pensyariatannya. Hukum kontrak ini ialah sah dan sabit kesannya serta-merta sebaik sahaja selesai ijab dan qabul jika tidak ada khiyar dalam jual beli.
Akad batil ialah kontrak yang tidak sempurna (cacat) syarat dan rukunnya. Hukum kontrak seperti ini ialah tidak sah dan tidak melahirkan sebarang kesan sedikit pun.
Akad nafiz ialah kontrak yang terbit dari seseorang yang mempunyai kelayakan dan kuasa untuk melakukannya. Hukumnya ialah kontrak seperti ini menerbitkan kesan segera sebaik sahaja ia dibuat, tanpa tertakluk kepada kelulusan dan keizinan seseorang.
Akad mauquf ialah kontrak yang terbit dari seseorang yang mempunyai kelayakan untuk berkontrak, tetapi dia tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya seperti kontrak yang dilakukan oleh kanak-kanak yang mumaiyiz bagi kontrak yang ada risiko untung dan rugi. Hukumnya ialah kontrak ini tidak boleh melahirkan sebarang kesan melainkan setelah mendapat kelulusan dan persetujuan oleh pemilik hak yang berkuasa melakukannya. Jika pemilik hak tidak mempersetujui atau meluluskannya maka kontrak itu menjadi batal.
Akad lazim ialah kontrak yang tidak membolehkan salah satu pihak yang memeterai kontak membatalkannya tanpa persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak sewa dan jual beli.
Akad jaiz ialah kontrak yang membolehkan salah satu pihak yang berkontrak membatalkannya tanpa sebarang persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak wakalah.
2. Pembahagian akad dari aspek ada atau tidak ada kesannya terhadap akad yang dibuat pula terbahagi kepada munjiz (منجز), muallaq (معلق) dan mustaqbali (مستقبلى).

Akad munjiz ialah kontrak yang dibuat dengan lafaz yang tidak digantungkan dengan sebatang syarat dan tidak disandarkan pelaksanaannya pada masa hadapan. Kontrak seumpama ini menerbitkan kesan segera ke atas kontrak sebaik sahaja ia dibentuk.
Akad muallaq ialah kontrak yang dikaitkan kewujudannya dengan wujudnya sesuatu yang lain. Sekiranya wujud perkara tersebut maka wujudlah kontrak, jika sebaliknya maka tidak berlakulah kontrak. Sebagai contoh si polan A berkata kepada si polan B, “jika aku jadi keluar negara maka engkaulah menjadi wakil ku”. Kontrak seumpama ini tidak akan terbentuk melainkan adanya syarat yang dikaitkan itu.
Akad mustaqbali ialah kontrak yang dibuat dengan lafaz penerimaan disandarkan pada masa yang akan datang. Hukum kontrak ini ia akan berlaku atau terbentuk segera, tetapi kesannya tidak ada kecuali pada waktu yang ditetapkan itu, iaitu waktu yang disandarkan berlaku. (al-Zuhaily,Wahbah, Fiqh & perundangan Islam, jld.4, hlm.235-248 dan al-Banhawi, Mohd Abdul Fatah, 1999, Fiqh al-Muamalat Dirasah Muqaranah, Jamiah al-Azhar, Tanta, hlm.11-14.)
Akad jual beli dan jenis-jenisnya

Perkataan al-bai’ (jual beli) dari aspek bahasa bermaksud menukar suatu barang dengan suatu barang yang lain. Dari sudut istilah syarak pula, al-bai’ mempunyai banyak pengertian yang diberikan para ulama. Menurut Mazhab Hanafi, jual beli ialah pertukaran suatu harta dengan suatu harta yang lain mengikut cara yang tertentu. Atau menukar sesuatu yang disukai dengan sesuatu yang lain yang juga disukai dengan dengan cara tertentu yang berfaedah iaitu dengan tawaran atau unjuk-mengunjuk. Menurut mazhab Syafie, jual beli ialah pertukaran sesuatu harta benda dengan harta benda yang lain, yang keduanya boleh ditasharrufkan (dikendalikan), dengan ijab dan qabul menurut cara yang diizinkan oleh syarak (al-Husaini, Abi Bakr ibn Muhammad, 2005, Kifayatul akhyar fi halli ghayat al-ikhtisar, Dar al-Salam, al-Qahirah, Misr, hlm.305). Al-Bai’ juga adalah kontrak pertukaran harta benda yang memberikan seseorang hak memiliki sesuatu benda atau manfaat untuk selama-lamanya, bukan dengan tujuan al-qurbah (mendampingi diri kepada Allah) (Mughni al-muhtaj, jld.3, hlm.2).

Pensyariatan jual beli ini telah sabit dengan nas al-Quran, hadis dan juga ijmak. Terdapat lebih daripada sepuluh jenis akad jual beli dalam Islam yang boleh berlaku dalam bentuk dan gambaran yang berbeza. Antara jenis-jenis akad jual beli tersebut ialah:

Bai’ al-sil’ah bi al-naqd (بيع السلعة بالنقد): iaitu jual beli sesuatu barang dengan mata wang. Jenis ini adalah yang paling meluas berlaku dikalangan manusia. Contonya ialah membeli sehelai baju dengan Ringgit Malaysia atau US Dollar dan seumpamanya.
Bai’ al-muqayadhah (بيع المقايضة): iaitu jual beli sesuatu barang dengan barang, seperti menjual baju dengan beg atau menjual binatang ternakan dengan beras dan sebagainya.
Bai’ al-salam (بيع السلم): ialah jual beli sesuatu barangan secara tangguh dengan bayaran harga secara tunai, seperti menjual barangan yang telah disifatkan butiran bentuk, spesifikasi, kualiti dan kuantiti secara terperinci dengan bayaran harganya dibuat secara tunai, manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkan.
Bai’ al-sharf (بيع الصرف): iaitu jual beli mata wang dengan mata wang yang sama atau berbeza jenis, seperti menjual emas dengan emas, perak dengan perak atau emas dengan perak, ringgit Malaysia dengan rial Saudi dan sebagainya.
Bai’ al-murabahah (بيع المرابحة): iaitu jual beli sesuatu barangan pada harga kos bersama tambahan margin keuntungan, seperti menjual sesuatu barangan berharga RM100 dengan harga kos dan ditambah pula margin keuntungan sebanyak RM10 yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Bai’ al-wadhiah (بيع الوضيعة): ia adalah lawan kepada jual beli secara murabahah, iaitu jaul-beli yang dibuat atas sesuatu barangan dengan harga yang lebih murah dari harga kos, seperti harga barangan adalah RM10 dan dijual dengan harga RM9 atau lebih rendah.
Bai’ al-tauliah (بيع التولية): ialah jual beli sesuatu barangan dengan harga kos tanpa ada lebih mahupun kurang dari harganya. Seperti barangan berharga RM100 dijual dengan RM100.
Bai’ al-urbun (بيع العربون): iaitu satu bentuk jual beli dimana pembeli membayar sejumlah wang pendahuluan. Sekiranya jual beli diteruskan maka wang pendahuluan ini akan menjadi sebahagian daripada harga barangan. Jika tidak, maka wang yang ini tidak akan dikembalikan kepadanya.
Bai’ al-talji’ah (بيع التلجئة): ialah suatu bentuk jual beli yang dibuat oleh penjual yang dalam kesempitan (terpaksa) kerana kuatir dan takut hartanya diambil oleh orang lain. Bagi menyelamatkan hartanya, ia bersepakat dengan seseoarang bagi menzahirkan akad jual beli dan menyembunyikan tujuannya yang sebenar. Seperti menjual rumah untuk mengelak dari dilelong oleh bank atau permiutang.
Bai’ al-wafa’ (بيع الوفاء): iaitu jual beli barangan dengan syarat apabila penjual membayar semula harga barangan yang dijual maka pembeli akan mengembalikan semula barangan yang dijual kepada penjual.
Bai’ al-istishna’ (بيع الاستصناع): iaitu jual beli dalam bentuk tempahan perbuatan barang tertentu dengan spesifikasi yang tertentu yang menghendaki penjual, pemaju, pengilan atau orang lain membuatkan barangan yang ditempah tersebut untuk pembeli. 
Bai’ al-inah (بيع العينة): iaitu jual beli yang berlaku antara penjual dan pembeli, di mana penjual menjual asetnya kepada pembeli dengan harga tangguh lebih tinggi, kemudian penjual membeli semula aset tersebut daripada pembeli dengan harga tunai yang lebih rendah. Keadaan sebaliknya boleh berlaku.
Kesimpulannya, kepelbagaian bentuk dan jenis-jenis akad, khususnya akad jual beli menunjukkan keunikan sistem muamalat dalam Islam. Kepelbagaian bentuk dan jenis ini tidak lain adalah untuk memenuhi hajat dan maslahah yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan didunia ini. Semoga tulisan ini memberikan manfaat dan panduan kepada kita ke arah memahami akad dan kontrak dalam syariat Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bai' al cekiq, Bai' al belit, bai' putaar....semua ada akad,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2014 01:00 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 30-8-2014 05:19 PM
Sistem kewangan dan ekonomi kebanyakannya dimonopoli oleh institusi kewangan konvensional. Seperti s ...

puiii........! bank zionis

@Maideen.   ada pejuang isle yg keliru...... ko mai kasik pelempang sedas dua
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 01:26 AM | Show all posts
apam posted on 30-8-2014 07:38 PM
Bai' al cekiq, Bai' al belit, bai' putaar....semua ada akad,

Hahahaha.....bai al cekik dan Bai al belit!

Biar Maideen terangkan sekali lagi konsepnya"

"....they say that trade is like riba but Allah has permitted trade and forbidden riba..." translation of Al Baqarah (2): 275.

Maka oleh kerana Allah membenarkan jual beli dan mengharamkan riba, apabila sesebuah Bank itu mahu makan riba hendaklah dia menjual mesin ATMnya dengan harga RM10,000.00 dengan cara pembayaran tertangguh selama 2 tahun dan serta merta membeli semula mesin ATM itu dengan harga RM5,000.00 tunai! Dengan cara itu pelanggan dapat cash RM5,000.00 serta merta dan membayar RM10,000.00 secara ansur ansur selama 2 tahun. Ini namanya "Bay al Inah"....hehehehehe

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 01:40 AM | Show all posts
Acong posted on 31-8-2014 01:00 AM
puiii........! bank zionis

@Maideen.   ada pejuang isle yg keliru...... ko mai kasik pelempa ...

Aisehman Chong.

Kalau setiap kali ada lobai baru masuk kampong cuba tunjuk terer dia cut and paste hang seru aku, susah lah.

Dah bertahun dah dan dah  berapa banyak thread dah aku bagi penerangan pasal perbankan Isle nih (termasuk dalam Thred "Ulamak terkenal selamat menikah bini nombor 2 dia." tuh.... , kenapa ianya hanya di pakai di Malaysia Indonesia dan Brunei, bagaimana ia kena gelak di Jurisdiction lain, bagaimana Mahakamah pakistan terus mengatakan ianya harom dsbnya....

Bulan depan kalau sorang lagi lobai mahu tunjuk terer register, hang seru aku lagi. Letih lah aku Chomg.....

Maideen~ Akuuuuuuuuu bukan lah seorang perwiraaaaaaaa....gagah menghunus senjataaaaa, kemana akan ku bawakan  da da da da da di du dada

              Akuuuuuuuuuuu bukan lah seorang perwiraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa da da dudu dada duududu....



Last edited by Maideen. on 31-8-2014 01:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. posted on 31-8-2014 01:40 AM
Aisehman Chong.

Kalau setiap kali ada lobai baru masuk kampong cuba tunjuk terer dia cut and  ...

Lobai baru nak up to deen.....hehehe....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2014 08:27 AM | Show all posts
Maideen. posted on 31-8-2014 01:40 AM
Aisehman Chong.

Kalau setiap kali ada lobai baru masuk kampong cuba tunjuk terer dia cut and  ...

Kekekeke......! Terima kaseh maidennnn........!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2015 09:25 PM | Show all posts
PKR minta maaf fitnah Khalid Ibrahim
FMT Reporters | August 14, 2015
PKR mengaku dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ bukan bukti muktamad bahawa Khalid melakukan apa-apa perlakuan rasuah atau salah laku.



PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengeluarkan dokumen yang memfitnah beliau.

Permohonan maaf itu dipersetujui kedua-dua pihak bagi penyelesaian saman yang difailkan Khalid terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan PKR kerana mengeluarkan dokumen itu.

Persetujuan itu dicapai di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, M Gunalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir dalam prosiding itu sebagai saksi.

Saifuddin, bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf itu bagi pihak PKR dan dirinya.

“Dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.

“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta tanpa syarat memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mahkamah Mulia ini bahawa kenyataan-kenyataan tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan-tuduhan dalam dokumen tersebut dan apa-apa kandungan yang berkaitan dengan dokumen tersebut,”.

Dalam kenyataan penerimaan maaf, Abdul Khalid berkata, sempena bulan Syawal beliau juga memohon maaf zahir dan batin jika ada menyinggung perasaan mana-mana pihak termasuk Saifuddin dan ahli PKR yang lain.

Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin dan PKR pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

Dokumen itu dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan beberapa isu termasuk penyelesaian hutang Bank Islam, penstrukturan semula air, dan penjualan tanah kepada EcoWorld.

Khalid ‘dipaksa’ meletak jawatan Menteri Besar pada 21 September 2014 selepas melalui kemelut politik berpanjangan yang dimulakan menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang atau Langkah Kajang.


- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com ... thash.GbwB18cZ.dpuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.376223 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list