CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11030|Reply: 171

[Tempatan] Kanak-kanak mati dalam kereta

[Copy link]
Post time 21-8-2014 08:30 AM | Show all posts |Read mode
sumber http://www.utusan.com.my/utusan/ ... k-mati-dalam-kereta

ALOR SETAR 20 Ogos - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas ditinggalkan bapanya secara tidak sengaja selama lebih lapan jam di kawasan letak kenderaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Kuala Nerang dekat sini hari ini.
Difahamkan bapanya, Adnan Salleh, 40-an, yang merupakan guru agama sekolah itu meninggalkan mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan di dalam kereta tersebut sebaik sahaja sampai di sekolah untuk mengajar kira-kira pukul 7.30 pagi.
Beliau bagaimanapun hanya menyedari kehadiran mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik selepas selesai bekerja iaitu kira-kira pukul 4 petang.
Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri lalu dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang, tetapi disahkan telah meninggal dunia sebaik sahaja tiba di situ.
Saudara mangsa, Soaid Adam, 45, berkata, bapa mangsa dipercayai tidak menyedari anak lelakinya itu yang sedang tidur tertinggal di kerusi belakang kereta itu.
Katanya, Adnan bersama isterinya, Asiah Abu, 30-an yang merupakan seorang guru di SMK Dato' Syed Ahmad, Kuala Nerang dan anak mereka keluar dari rumah di Kampung Padang Durian, Pendang, kira-kira pukul 6.45 pagi.
"Selalunya Adnan akan melalui jalan Pokok Sena, kemudian akan menghantar anaknya dahulu ke tadika dan selepas itu barulah menghantar isterinya ke SMK Dato' Syed Ahmad, manakala dia pula akan ke SMK Kuala Nerang.
"Tetapi entah kenapa rutin Adnan bertukar hari ini, beliau melalui jalan Naka dan menghantar isterinya dahulu lalu terus ke SMK Kuala Nerang. Beliau mungkin terlupa untuk menghantar anaknya ke tadika tersebut," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB) di sini hari ini.
Menurut Soaid, jarak tadika berkenaan dengan tempat Adnan mengajar tidak jauh iaitu kira-kira 150 meter.
"Saya memang terkejut apabila Adnan maklumkan hal ini kira-kira pukul 7.30 malam. Saya tidak sangka hal ini akan menimpa keluarga kami," jelasnya.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
"Punca kejadian masih belum dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140821/je_04/Kanak-kanak-mati-dalam-kereta#ixzz3AywPc63m
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2014 08:31 AM | Show all posts
kalau pun anak tertinggal tak dihantar ke tadika
kan ke tadika balik awal - pkl 12 dah setel - takkan dia tak jemput anak dia?
pkl 4.30 baru sedar hal ni - macam fishyyy
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:31 AM | Show all posts
Buat anak jer pandai. Jaga anak tak pandai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:32 AM | Show all posts
xphm btol mcm mane parents blh terlupe anak sendiri
ank senirik kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:33 AM | Show all posts
dh ada thread sejak semlm..sila la rajin baca thread2 sblm buka yg baru la
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Again..
Muak dah aku berita mak bapak lanai ni..
Bebudak Malaysia asyik mati ditangan mak bapak sendiri..
Buat ja undang-undang macam China,limit bilangan anak..
Kalau dak mak bapak sokmo lalai,telupa anak dalam kereta la hapa la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2014 08:34 AM | Show all posts
belum ada ke lagi undg2 menghukum ibubapa cuai?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:39 AM | Show all posts
kucen_miang posted on 21-8-2014 08:34 AM
belum ada ke lagi undg2 menghukum ibubapa cuai?

konpius sgt klu keta mpv mngkn x perasaaan klu anak tido kerusi belakang...tapi...x tau nak ckp la mngkn dah sampai ajal

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2014 08:39 AM | Show all posts
bluehedgehog posted on 21-8-2014 08:33 AM
dh ada thread sejak semlm..sila la rajin baca thread2 sblm buka yg baru la

ala ni berita penuhh - kira halal lahh
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:42 AM | Show all posts
kesiannyer budak tu..
x faham la..
kenapa boleh lupa kat ank sendiri..
buat ank x pernah lupa lak..x pasal2 lak aku celupar di pagi hari ni..

bila lg nak ada undang2 menghukum parent yg cuai ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:43 AM | Show all posts

Ummah Meleisia tak pandai2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:46 AM | Show all posts
speechless i. minta dijauhkan dari terjadi lagi.

fikir apalah sampai terlupakan anak???

???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:47 AM | Show all posts
cikgu lagi??
dulu cikgu jugak kan??
stress sgt ke cikgu  ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:47 AM | Show all posts
ujongs people dok menyibuk napa? benda ni pon berlaku di seluruh dunia
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:49 AM | Show all posts
nape boleh tak sedar atau lupa anak dalam kete....sepanjang dlm perjalanan tu tak berborak ke dengan anak... ke anak tido?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:50 AM | Show all posts
encikWawad posted on 21-8-2014 08:31 AM
kalau pun anak tertinggal tak dihantar ke tadika
kan ke tadika balik awal - pkl 12 dah setel - takk ...

Time rehat dia sibuk berporem kot... kan ke cikgu cikgi ramai gak dlm porem ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Profesion yang sama dgn kes seblom..
Modus operandi yang sama..lari dari rutin harian...

doa doa je laa moga kita tak buat mistake yang sama...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
dlm kepala tu byk sgt benda yg difikirkan agaknya...kadang manusia ni sibuk tp tak tahu apa yg disibukkan.....nauzubillah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:54 AM | Show all posts
al fatihah.. dh banyak kes camni berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 09:07 AM | Show all posts
bapak dia berangan ke sampai lupa nk hantar anak g tadika
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.094128 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list