CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6602|Reply: 122

[Tempatan] Keputusan PAS buat BN melopong

[Copy link]
Post time 21-8-2014 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Keputusan PAS buat BN melopong


PAS telah mencapai tahap toleransi tertinggi dalam usaha memperkukuhkan hubungan Pakatan Rakyat melalui persetujuan sebulat suara mesyuarat AJK Pas Pusat pada 17 Ogos 2014 lalu.

Kemelut ini menjadi pengajaran sangat berguna kepada kita semua dalam mengemudi hubungan komponen Pakatan Rakyat supaya lebih terarah dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam bentuk yang lebih harmoni dan rasional serta diputuskan secara bersama.

Keputusan ini juga menyebabkan Umno/BN terus terlopong dan menggigit jari dalam penantian hampa mereka selama ini untuk melihat kemelut ini berakhir dengan perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

Toleransi dan kebersamaan dalam tindakan ini menjadi asas utama dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan agenda murni rakyat Selangor khususnya.

PAS Selangor menyeru semua pihak agar lebih menumpukan kepada gerak kerja berkhidmat kepada rakyat daripada terlampau berpolitik. Rakyat sudah semakin muak dengan permasalahan politik yang bagai tiada penghujungnya.

Sifat mendesak, mengutuk dan mempertikaikan komitmen PAS adalah suatu yang sepatutnya dijauhkan sedangkan dalam masa yang sama PAS sentiasa membuktikan setiakawan dan sokongan dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Kurangkan ketegangan, rapatkan saf dan jangan terus menyalahkan dan mempertikaikan kesetiaan PAS dan rakan komponen PR yang lain apatah lagi melakukannya dalam keadaan yang terbuka.

Oleh itu, kita menasihati semua pimpinan Pakatan Rakyat supaya lebih menghormati PAS dan sesama rakan Pakatan Rakyat dalam perbezaan pendapat sekaligus berusaha untuk mencapai persetujuan bersama.

Pas Selangor mengharapkan agar rakan Pakatan menghormati keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat yang sebulat suara ingin mengekalkan empat exco PAS dalam kerajaan Selangor ketika ini dan mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar Selangor.

Semoga Selangor terus maju di bawah kepimpinan yang berjiwa besar serta fokus dalam melunaskan amanah dan harapan besar rakyat kepada Pakatan.

ZAIDY ABDUL TALIB adalah ketua penerangan PAS Selangor


...dan juga macai2 felda pprt kampungan meroyan sehingga la ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
bodoh punya statement. dah tentu umno dah bagitau tanak ape2 pun cuma sokong khalid jadi mb je. tapi kalau nak letak sape pun lantak kat pr lah. takde pun umno meroyan nangis2 nak khalid. yg nampak terdesak dan sanggup menjadi pak hangguk adalah pas.

come on pas just tell everyone u dont have a dignity anymore. dont shy2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangka pendek mmg la nampak ameno melopong tp secara panjang kes ni dah menunjuk kemelut2 dalaman pr....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
sahamboi posted on 21-8-2014 10:28 AM
bodoh punya statement. dah tentu umno dah bagitau tanak ape2 pun cuma sokong khalid jadi mb je. tapi ...

Bukan dignity lah..tapi virginity..abis dirogol oleh dap diliwat dek pkr..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:46 AM | Show all posts
Umno tak untung  dan tak rugi. Yang pasti rugi dr segi imej dn kredibiliti ada lah pas sendiri. Pengundi isle dah ramai yg lari kena mengemis undi cina le akan datang ni. Itu pun dgn syarat hukum hudud kunci dulu dlm peti besi
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:48 AM | Show all posts
tak kuaseee nak melopong..

lantak ngko lah..

melopong kunun..

yg melopong tu anuwat al-bontoti sebenarnya..

Macai cuba nak spin..

budusss ya amat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2014 10:49 AM | Show all posts
no need to beg pengundi non muslim. PAS ulama boleh terus gabung dgn UMNO saja. Just go ahead, idiot.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:53 AM | Show all posts
sahamboi posted on 21-8-2014 10:28 AM
bodoh punya statement. dah tentu umno dah bagitau tanak ape2 pun cuma sokong khalid jadi mb je. tapi ...

Betul ke tak nak apa apa?  Dulu statement Umno mengatakan nak ambik Selangor dengan apa cara sekali pun....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 10:59 AM | Show all posts
Ini kategori perasan tahap chronic dah ni

Aku harap kali ni Kak Ros dapat menunjukkan hasil shopping bersama suami tercinta di yurop yg di buat sewaktu kemelut pr ni terjadi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:02 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 21-8-2014 10:59 AM
Ini kategori perasan tahap chronic dah ni

Aku harap kali ni Kak Ros dapat menunjukkan hasil sho ...

kasihan sungguh dengan macai macai umno
hasrat nak tengok pakatan berkubur tidak kesampaian
akhirnya meroyan sahajalah di sini

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
ladydutch posted on 21-8-2014 11:02 AM
kasihan sungguh dengan macai macai umno
hasrat nak tengok pakatan berkubur tidak kesampaian
akh ...

Habis je pas buat u turn? tun mahathir sound najib. Kelakar pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:04 AM | Show all posts
mulot kata tak mau apa2...wa tak heran pun....tp dlm hati terbakar jua....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:06 AM | Show all posts

PAS memang bodoh ~ dulu, kini dan selamanya *sigh* lol.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Selangor terus maju di bawah kepimpinan yang berjiwa besar serta fokus dalam melunaskan amanah dan harapan besar rakyat kepada Pakatan.   
rasanya ayat diatas perlu dibetulkan sikit

@dino @Anak_Nogori
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:07 AM | Show all posts
Kita tengokmatas pagar camne
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:07 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 21-8-2014 11:04 AM
Habis je pas buat u turn? tun mahathir sound najib. Kelakar pun ada

Menunjukkan apa apa yg berlaku pada pr... diaorang tak ambik peduli pun kak cili... kalau ada plan dan teringin sangat tu,,, tentu dia cover baik punya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 11:09 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 21-8-2014 11:07 AM
Menunjukkan apa apa yg berlaku pada pr... diaorang tak ambik peduli pun kak cili... kalau ada plan ...

tak payah meroyan sangat lah buruk sangat nampak

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:10 AM | Show all posts
ladydutch posted on 21-8-2014 11:02 AM
kasihan sungguh dengan macai macai umno
hasrat nak tengok pakatan berkubur tidak kesampaian
akh ...

Dik.... apahal berkubur pulak... pergi ke pengkalan kubur..


Dik dah bayar ptptn bulan ni dik?. Bayar tau... nanti orang lepas adik pulak nak guna duit tu belajar
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:12 AM | Show all posts
UMNO jugak yang kena...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:13 AM | Show all posts
nalis posted on 21-8-2014 11:06 AM
rasanya ayat diatas perlu dibetulkan sikit

@dino @Anak_Nogori

terus terang..saya thread yg dibuka oleh tt PPRT ni tak pernah masuk pun..tapi bila nalis tag nama...satu je saya nak cakap...gambar menceritakan sejuta makna...ada kalanya kita tak perlu banyak cakap pun..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.077137 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list