CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1867|Reply: 19

[Tempatan] Edisi Tunjuk Marah Kena Tutup Muka ke Dekkk

[Copy link]
Post time 21-8-2014 12:18 PM | Show all posts |Read mode


Siswi Inspi memijak bendera sambil menggenggam tangan untuk menzahirkan kebencian terhadap Israel.
        KEMAMAN – Kekejaman tentera Zionis yang terus membedil Gaza turut mendapat cemuhan kira-kira 300 penuntut Institut Pengajian Islam (Inspi) Kemaman yang bertindak mengadakan himpunan aman dan memijak bendera Israel, malam semalam.

        Himpunan aman itu diadakan selepas selesai program Roadshow Penerangan Isu Palestin sempena Bulan Kemarahan Ummah anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) Cawangan Kemaman.

        Pengerusi Pembina Cawangan Kemaman, Nurul Azmir Nadzar berkata, himpunan itu tidak dirancang sebaliknya siswa dan siswi terdorong untuk mengadakannya berikutan rasa marah terhadap rejim Zionis.

        Katanya, penjelasan mengenai keadaan terkini di Palestin yang disampaikan Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Kemaman, Mohd Zulkifli Ibrahim memberi gambaran kepada siswa dan siswi tentang beban derita yang dihadapi rakyat di negara itu.

“Ini siri ‘roadshow’ pertama di IPT yang kita adakan dan selepas ini kita akan adakan di IPT lain pula seluruh daerah.

“Pada program ini juga kita dapat maklum balas yang sangat baik daripada golongan siswa serta siswi dan ramai antara mereka berminat untuk jadi sukarelawan dalam usaha kita mengadakan himpunan aman sepanjang Bulan Kemarahan Ummah,” katanya.

        Nurul Azmir berkata, pihaknya turut membuat penerangan mengenai Pembina yang merupakan sebuah NGO dan turut mempromosikan Projek Pemuda Al-Qassam untuk membentuk belia yang mempunyai sifat terpuji seperti yang dimiliki tentera Al-Qassam.

“Selain di Inspi, roadshow ini juga dirancang diadakan di Institut Latihan dan Pendidikan Ranaco (Reti), Kolej Vokasional Ranaco dan Kolej Universiti Tati (Tatiuc). Kita juga mengalu-alukan mana-mana IPT lagi di daerah ini yang berminat untuk kita singgah ke tempat mereka,” katanya.

Read here: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/siswi-inspi-tunjuk-kemarahan-1.309816


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 12:27 PM | Show all posts
cemuh.. marah.. lepas tu? balik tidoooo
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 12:31 PM | Show all posts


Peel serupa Indon ske pijak2 pastu bakor2 bendera org...     byk la ko nye Jihad..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 12:38 PM | Show all posts
Saya sokong siswi Inspi. Protes aman yang tidak radikal itu penting. Ya, masalah di Gaza tak akan selesai dgn hanya protes, tapi itu tanda kita prihatin dgn cara kita sendiri yang tidak radikal.

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 12:45 PM | Show all posts
kdg2 x faham..protes2 mcam ni..ambil2 gambar..
bgtahu satu dunia..
hasil nya apa..
bukan ker lebih baik berkumpul ramai2 buat solat hajat & berdoa
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 12:49 PM | Show all posts
hak memasing nak wat camner pabila memrotes
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2014 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
haryatie posted on 21-8-2014 12:45 PM
kdg2 x faham..protes2 mcam ni..ambil2 gambar..
bgtahu satu dunia..
hasil nya apa..

Kumpul ramai ramai solat hajat n doa apa plak hasilnya..macam lagi xde hasil je??

Rasa kempen boikot paling beri kesan..tapi nampaknya mc d je yang di boikot..kalau terus macam ni ada harapan mc d tutup dekat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 12:50 PM | Show all posts
topeng ker purdah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 12:52 PM | Show all posts
motip nak tutup muka bagai.....tutup la mata skali
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 01:14 PM | Show all posts
Malu nak tunjuk muka sebab ikut protest berani2 segan kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 01:26 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 21-8-2014 12:49 PM
Kumpul ramai ramai solat hajat n doa apa plak hasilnya..macam lagi xde hasil je??

Rasa kempen b ...

Jangan underestimate solat hajat dan doa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 01:26 PM | Show all posts
dah mungkin mereka asalan berpurdah

tema purdah pada mlm itu sedondon

masalah ke kalu pepurdah asalan?

dan mengikuti tema? tak de hal lah

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 01:28 PM | Show all posts
Orang berpurdah nak pijak bendera Israel pun jadi isu? Ikut sukati lah, ini demokrasi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 01:40 PM | Show all posts
Daripada korang buat Roadshow "Membenci" ni, sampai pijak bendera Israel, bakar bendera, apa kata korang buat TOUR dkt semua IPT untuk kutip dana, tunjukkan kemurlian ISLAM, bukan keganasan. Salahuddin dulu pun larang askar2 ISLAM bunuh Crusader Christian walaupun Crusader ni dah bunuh penggal umat Islam. Sampai sekarang beliau dihormati dan dikagumi dkt Western. Ini solat tunggang terbalik, tapi perangai buruk tak guna jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 07:54 PM | Show all posts
Buat ni dapat apa? Dapat masuk paper pastu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 07:58 PM | Show all posts

Foto Opp Je Ni

Biarlah dorang nak berniqab..  Kalo kat Timur Tengah takdenye heran orang tengok dorang ni.

Kita je yang jakon macam berok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tengok diorang...harap2 ada ummah reporters give a damn....yang penting berpurdah nk tutup muka takut malu kelaurga katanya...boikot mcd mcm mana sis? Dah menganggur ke smua pekerja mcd? Kalo menganggur boleh berasyukur ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:19 PM | Show all posts
Muslim pijak bakar bendera kira pprt.  Kokesen buat kira maju. Kepala hangguk kau lah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry erk apa untung nya buat begini...adakah dgn buat cmni israel akan hancur..sebesar hama pon israel xheran rasanya..

Saya xpasti apa dlm fikiran diorg puak2 cmni...lebih baik belajar rajin2 kuasai ilmu sains dan teknologi utk jd mcm muslim trdahulu mndahului zaman kekdahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:13 PM | Show all posts
Bagus lah budak budak tunjuk marah terhadap kemungkaran yang dilakukan oleh Yahudi.

Bak kata Tuan Haji Mustafa Ali, Setia Usaha Agong PAS lah.... Kita mustilah melawan kemungkaran...... tak boleh dengan tangan kalu dengan kaki ka apa ka...... tak dapat jugak kalu. kita lawan dengan hati...itu lah selemah lemah iman.


Tn. Haji Mustafa Ali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.077917 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list