CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Semua diminta berpakaian gelap - Menteri

[Copy link]
Post time 21-8-2014 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat keje aku ni pun dh keluar pekeliling. Selalu nyer t-shirt hitam cimpany pakai utk hari sabtu jer. Tapi esk diminta pakai t-shirt hitam n sabtu diberi cuti. Sbb salah sorang dari mayat yg sampai esk adalah ahli keluarga Director.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 02:38 PM | Show all posts
elnor_81 posted on 21-8-2014 02:36 PM
Dh.keluar pekeliling bru.hanya bendera separuh tiang je.yg lain x  dh terbatal..

ada terbaca pekeliling tu. tapi terpulang lah masing2.
Last edited by tapibukanaku on 21-8-2014 02:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 02:39 PM | Show all posts
MsCinderella posted on 21-8-2014 02:34 PM
nak gelak lak baca...

dah tu, kalau semua gelap, mau nya nampak gigi je. jenuh bos nak trace sorang2, ramai lak yg ponteng curik2 balik rumah tengok tibi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 02:39 PM | Show all posts
Pasal pakaian gelap pun sampai mintak fatwa? No wonder Islam becomes a laughing stock. Yuks

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 02:41 PM | Show all posts
tak ada dlm islam... menteri ni pun satu...rujuk lah dulu dgn ulama...

Hukum berkabung kerana kematian pembesar negara

Soalan:
1. Apabila berlaku kematian membabitkan pembesar negara. Kita sering melihat sebahagian rakyat memakai pakaian tertentu seperti baju hitam/sokong berlilit putih dan sebagainya. Adakah amalan ini ada dalam ajaran Islam?

2. Sebagai kakitangan kerajaan, adakah wajar saya mematuhi arahan ini sekiran bukan daripada ajaran Islam?

Jawapan 1:
Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234, maksudnya:

“Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, 10 hari..”.

Dalam hadis Nabi SAW bersabda:

“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan 10 hari.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Berkabung dengan pantang larangnya mempunyai latar sejarah yang tersendiri yang berasal daripada amalan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. Walau bagaimanapun, Islam membuang amalan buruk yang ada padanya dan mengekalkan atau menambah nilai-nilai baik agar dapat menjaga serta memelihara nama baik seorang isteri.

2. Hadis Nabi SAW:

“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa selain isteri, tidak dibolehkan berkabung melainkan keizinan atau kelonggaran kepada wanita yang kematian keluarga, dengan syarat tidak lebih dari tiga hari. Sebab itu dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata,

“Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi SAW ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah SAW : Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan 10 hari.”

3. Telah wafat Rasulullah SAW sedangkan para sahabat baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabat Nabi SAW yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam juga tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung –jika diizinkan.

Generasi mereka lebih faham dan menghayati Islam dibandingkan kita. Telah meninggal ramai ulama yang sangat besar dan berjasa seperti para tabi’in, para imam hadis dan fekah, tidak pula umat Islam berkabung. Apakah ada sesiapa yang lebih mulia dari mereka semua untuk kita berkabung?

4. Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah SAW dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah SAW, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka? Sama sekali tidak.

Jawapan 2:
Sabda Nabi SalLahu alayhi wasallam :

"Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat pada Khaaliq (Allah)" - Hadis Riwayat Ahmad, Syaikhan, Abu Daud, Nasaie dan Ibnu Majah.

Saudara tidak wajar untuk mematuhi arahan yang bercanggah dengan syariat (sekalipun arahan tersebut datang daripada pemimpin Islam). Cubalah sedaya upaya untuk tidak terlibat dengan sebarang perkara yang tidak terkandung dalam ajaran Islam  seperti berkabung dan juga program yang melalaikan umat Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok semua staff opis akan pakai baju Itam


Naseb baik aku ada sehelai jubah itam..dah la aku tak minat warna itam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2014 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tapibukanaku posted on 21-8-2014 02:38 PM
ada terbaca pekeliling tu. tapi terpulang lah masing2. kami kat sini, memang esok memilih utk mema ...

Mcm kami terpulang la pd masing2.pentadbir pun x ckp ape2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 02:45 PM | Show all posts
Manakala, adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salaf. Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini.

Ini menunjukkan ia tidak syar'ie. Dan lebih dibimbangi amalan umpama ini diceduk daripada adat masyarakat bukan Islam. Sedangkan kita dilarang meniru adat mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 02:46 PM | Show all posts
hmm sedey dan sayu..

akan diingati sepanjang hayat anak cucu cicit Malaysia

Akan berhitaman ke opis esok
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 02:46 PM | Show all posts
tak dpt tgk live

aku booking record awani jah
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 02:47 PM | Show all posts
elnor_81 posted on 21-8-2014 02:42 PM
Mcm kami terpulang la pd masing2.pentadbir pun x ckp ape2.

eh kat sini pekeliling yg terbatal tu hanya melibatkan makluman "Hanya bendera Malaysia saja dikibarkan separuh tiang". Bendera negeri tak payah.



Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 02:51 PM | Show all posts
kita berkabung bukan nak ikut budaya agama lain, tapi sekadar menghormati situasi dan mangsa
rasanya tak salah pun kan?? toksah lah nak complicated sgt kot.


just my doplohsen.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 02:56 PM | Show all posts
truly posted on 21-8-2014 02:39 PM
Pasal pakaian gelap pun sampai mintak fatwa? No wonder Islam becomes a laughing stock. Yuks

bidaah , batil katanya, isap rokok haram tu terang2 tak batil pulok kan...!!






Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tapibukanaku posted on 21-8-2014 02:47 PM
eh kat sini pekeliling yg terbatal tu hanya melibatkan makluman "Hanya bendera Malaysia saja dikib ...

Ni yg aku bce. Sbnrnya aku pun x tgk pekeliling asal.sbuk kursus bru ni..yg pasti baju aku mmg warna gelap yg byk..xde sgt baju yg ceria..


19 August 2014

SEGERA DAN PENTING – PERUBAHAN PERATURAN TERKINI



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.



Yang Berbahagia Datuk / Dato’ / Tuan / Puan,



Dengan hormatnya saya ingin memaklumkan perubahan terkini mengenai peraturan yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua sempena HARI PERKABUNGAN NEGARA pada  JUMAAT,  22 OGOS 2014,   iaitu :



Hanya Bendera Malaysia sahaja yang perlu dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan;

  

2.         Manakala, peraturan lain yang dinyatakan dalam emel terawal pihak Unit Komunikasi Korporat , Ruj: JPM.100-16/1 Jld 12 (57) dengan ini TERBATAL.



3.         Kerjasama Yang Berbahagia Datuk / Dato’ / Tuan / Puan amat dipohon untuk memastikan peraturan mengibarkan bendera Malaysia separuh tiang sempena HARI PERKABUNGAN NEGARA dilaksanakan di peringkat Kementerian / Jabatan / Agensi termasuk di negeri-negeri yang berada dibawah pengawasan masing-masing.

4.      Atas sebarang kesulitan yang timbul mengenai perkara ini didahului dengan ucapan maaf. Seterusnya, ucapan terima kasih atas keperhatinan dan kerjasama Yang Berbahagia Datuk / Dato’ / Tuan / Puan dalam memastikan HARI PERKABUNGAN NEGARA berjalan dengan lancar.



Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 03:00 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 21-8-2014 02:51 PM
kita berkabung bukan nak ikut budaya agama lain, tapi sekadar menghormati situasi dan mangsa
rasany ...


kalau nak ikutkan berwirid dan berdoa lepas sembahyang jemaah pun bidaah, doa masing2...imam doa untuk dia, jemaah berdoa untuk diri masing2

zaman nabi tak buat,


sedangkan benda itu elok, dan tgk pada keadaaan...

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 03:00 PM | Show all posts
elnor_81 posted on 21-8-2014 02:58 PM
Ni yg aku bce. Sbnrnya aku pun x tgk pekeliling asal.sbuk kursus bru ni..yg pasti baju aku mmg war ...

aku pun dapat pekeliling ni. tak berapa nak faham. tapi depa kata, makluman pasal bendera malaysia je.


Last edited by tapibukanaku on 21-8-2014 03:15 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 03:00 PM | Show all posts
crossfire posted on 21-8-2014 02:56 PM
bidaah , batil katanya, isap rokok haram tu terang2 tak batil pulok kan...!!

Itu sebab nak muntah. Benda macam ni pun konon dorang particular sangat la.

Dosa lain terang terang tak apa. Sekali nak hormatkan jenazah tragedi ni, konon mintak fatwa.

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 03:02 PM | Show all posts
crossfire posted on 21-8-2014 03:00 PM
kalau nak ikutkan berwirid dan berdoa lepas sembahyang jemaah pun bidaah, doa masing2...imam doa ...

jadi, tak salah utk kita menggunapakai istilah berkabung untuk menghormati mangsa dan situasi memandangkan mangsa adalah dari berlainan agama?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 03:02 PM | Show all posts
pittjie posted on 21-8-2014 02:20 PM
warna gelap ke suram? pakai warna2 suram pun dah memadai la kan. like cream ke, kuning cair je, biru ...

tipikal lady....
mesti nk detail2 kan?
xnk tny ke, bling2 warna gelap blh pakai dak?

























Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 03:03 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 21-8-2014 02:21 PM
kalau da gelap tu, jgn lah pakai lagi baju gelap. bertambah gelap. pakai lah suram2 je.

berkabung katenye

nape, risau xnmpk abam kj ke esk?























Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.091214 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list