View: 45933|Reply: 451
|
[Tempatan]
Model kompak terbaharu Proton Iriz dilancarkan dgn harga RM42K - RM62K
[Copy link]
|
|
Jumaat, 22 Ogos 2014 @ 5:14 PM
Model kompak terbaharu Proton dengan 6 beg udara
Oleh Mohd Zaky Zainuddin
zaky@bh.com.my
SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd (Proton) akan melancarkan dalam masa terdekat model kompak pertamanya dengan kod nama PCC.
Proton Compact Car (PCC) dalam segmen B, dihasilkan menerusi dua penekanan utama iaitu tahap keselamatan terbaik dan ekonomi bahan api tetapi ditawarkan pada harga mampu milik.
PCC dibangunkan menerusi platform terkini Proton menggunakan enjin terbaharu VVT bersesaran 1.3 dan 1.6 liter dengan transmisi manual serta automatik ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.
Selain itu, PCC juga akan menggunakan omboh, blok dan injap baharu, pertama seumpamanya bagi model Proton, sekali gus bakal menampilkan model terbaik keluarannya setakat ini.
Ketua Pegawai Teknikal Proton, Abdul Rashid Musa, berkata pengenalan model kompak itu yang memberi nilai kepada wang rakyat Malaysia mendapat pengiktirafan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP) dan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).
"PCC dilengkapkan dengan enam beg udara dan sistem ABS, EPS dan hill hold assist serta enjin VVT 10 peratus lebih menjimatkan minyak berbanding Campro sebelum ini," katanya dalam taklimat di sini baru-baru ini.
PCC menjana 110 kuasa kuda (hp) dan kilas 148 Nm selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 kilometer sejam.
Enjin VVT (injap pemasa berjujukan) yang digunakan pada PCC adalah permulaan kepada generasi enjin baharu yang akan digunakan pada model akan datang kenderaan Proton bagi menggantikan Campro.
PCC juga akan menggunakan stereng kuasa elektrik hidraulik yang menjadikan stereng lebih ringan pada kelajuan rendah dan berat serta seimbang pada kelajuan tinggi.
"Harga dan spesifikasi lain akan diumumkan pada pelancaran PCC tidak lama lagi," katanya sambil menambah PCC bukannya model yang menggantikan model Savvy sebaliknya segmen baharu bagi Proton.
Mengikut Abdul Rashid, penggunaan teknologi terkini dalam rekaan dan keselamatan pada PCC yang ditawarkan dalam tujuh pilihan warna, adalah sejajar dengan apa yang dimahukan pelanggan Proton.
Sementara itu Ketua Reka Bentuk Proton, Azlan Othman, berkata PCC dibangunkan dalam tempoh dua tahun selepas prototaipnya dibangunkan pada tahun 2010.
Last edited by NIXAR on 25-9-2014 12:56 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
so Perodua Axiah punya ada brapa beg udara? |
|
|
|
|
|
|
|
fuh..180km/h max speed utk kereta segment B gini.. boleh terbang melayang2 lah kalau gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
5 Star NCAP. Dasat laa. Perodua mana ada semua nie... |
|
|
|
|
|
|
|
cantik.... depan tu dh mcm mulut ikan paus dah hahaha
tgh nak mkn hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Myvi kini dah ada pesaing untuk berlumba di lorong kanan sambil hibeam |
|
|
|
|
|
|
|
bakpe kilas kereta sedan tak setinggi tork hilux?? |
|
|
|
|
|
|
|
Basically masih guna s4ph dan s4pe ke? Or completely new engine? |
|
|
|
|
|
|
|
nih teknologi enjin toyota kah........? |
|
|
|
|
|
|
|
Rebadge ka???mountain bike sila jawab |
|
|
|
|
|
|
|
kereta ni bagus utk andartu |
|
|
|
|
|
|
|
iriz?? really.... alaaa... nape la nama cam my future baby... huhu
cantik plak tu... isk isk... nak kna bli la camni...
|
|
|
|
|
|
|
|
ada 2 variant..1.3 dan 1.6
tak dapat bayang variant 1.6 berdesup cemana nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
takde 1.8? |
|
|
|
|
|
|
|
ziash_13579 posted on 22-8-2014 06:02 PM
cantik.... depan tu dh mcm mulut ikan paus dah hahaha
tgh nak mkn hihi
proton hilang jati diri, tiru kereta sana sini. tgk proton airiz sama mcm porsche punya muka
|
|
|
|
|
|
|
|
clarizsa posted on 22-8-2014 07:46 PM
iriz?? really.... alaaa... nape la nama cam my future baby... huhu
cantik plak tu... isk isk... na ...
jgnlah nnti enjin tertanggal, aircond tercabut, enjin tiba2 mati ( walhal kereta mekanikal bukan kereta elektronik)
|
|
|
|
|
|
|
|
baguslah ada 6 airbags. alhamdulillah. kalau tak akak panggil keranda on the road |
|
|
|
|
|
|
| |
|