CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3753|Reply: 92

[Tempatan] Ko dah kenapa lagi ni?..13 ADUN PAS masih enggan ikrar sokongan.

[Copy link]
Post time 23-8-2014 02:50 PM | Show all posts |Read mode
10:00AM - 23 Aug 201413 ADUN PAS masih enggan ikrar sokongan
[url=][/url][url=][/url][url=][/url]

712 2 0
13 ADUN PAS Selangor masih enggan menandatangani sokongan secara hitam putih kepada calon menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hal ini merumitkan PKR yang mahu memastikan kesemua 43 ADUN Pakatan di Selangor menyatakan kesetiaan kepada presiden PKR itu.

Malaysiakini dimaklumkan bahawa hal ini merupakan agenda utama mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.

Perbincangan tersebut bagaimanapun masih belum menemukan sebarang penyelesaian, kata seorang pemimpin PKR yang enggan dinamakan.

Beliau mengakui bahawa PAS dalam mesyuarat semalam tidak bersetuju memberi sokongan pada Wan Azizah melalui melalui pengakuan berkanun.

Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia "bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini."

Oleh yang demikian, satu lagi mesyuarat akan diadakan "dalam masa terdekat" bagi mendapat sokongan tersebut dalam bentuk hitam putih, katanya.

Bukti sokongan

Malaysiakini difahamkan, pengakuan berkanun itu akan dipersembahkan ketika menghadap sultan Selangor bagi membuktikan sokongan majoriti dewan kepada Wan Azizah yang juga ADUN Kajang.

Wan Azizah dalam sidang medianya sebelum ini mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan 30 dari 56 ADUN Selangor termasuk dua dari PAS.

Sementara itu satu sumber rapat dengan PAS Selangor mengesahkan 13 ADUN PAS termasuk empat Exconya tidak muncul untuk menyokong Wan Azizah.

Menurut sumber tersebut, para wakil rakyat tersebut berbuat demikian kerana “tidak mendapat arahan” dari pimpinan PAS Pusat untuk menandatangani sebarang sokongan atau perakuan untuk menyokong Wan Azizah.

Setakat ini, hanya dua orang ADUN PAS yang menandatangani dokumen tersebut, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Hubungan antara PAS dan Pakatan Rakyat sedikit bergolak kerana parti Islam itu tidak menyatakan sokongan secara terbuka ke atas keputusan memecat menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, 9 Ogos lalu.

PAS juga tidak menyatakan sokongan bulat ke atas usaha PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai menteri besar baru.

Sikap yang ditunjukkan PAS itu merumitkan PKR, lebih-lebih lagi apabila parti Islam itu turut mencadangkan Azmin Ali sebagai calon alternatif, walau timbalan presiden PKR itu sendiri menolak cadangan tersebut.


..aku plak yg pening...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2014 03:00 PM | Show all posts
@Acong masih boleh tursunyum  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 03:01 PM | Show all posts
4:58PM - 21 Aug 2014
Bubar DUN dijangka antara cadangan MB pada sultan


2549  2  0

Semakin dekat dengan tarikh kembalinya sultan ke Selangor, semakin kuat kemungkinan rakyat negeri bakal menghadapi pilihan raya negeri.

Sumber yang rapat dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan salah satu pilihan utama untuk menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.

"Pembubaran DUN adalah salah satu dari senario yang akan dicadangkan (menteri besar) kepada sultan.

"Ada beberapa lagi senario yang boleh dipilih oleh sultan," kata sumber tersebut kepada Malaysiakini hari ini.

Antara senario lain yang mungkin terjadi ialah peralihan kuasa yang licin dari Khalid kepada calon pilihan sultan.

Sumber sama turut mengesahkan pertemuan Khalid masih tidak berubah, iaitu 27 Ogos ini walaupun sultan dilaporkan akan pulang lebih awal.

Sementara itu satu sumber kerajaan negeri sebaliknya menyatakan sultan mungkin keberatan untuk membubarkan DUN.

Beliau menyatakan sultan mungkin akan memilih pilihan paling baik dan lancar bagi memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar.

Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut hal berkenaan dan menasihatkan semua pihak menunggu baginda berangkat pulang.

Jumaat lalu, Khalid menyatakan beliau tidak menolak kemungkinan pembubaran DUN.

Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan sultan Selangor.

"Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri di Shah Alam Jumaat lalu.

Abdul Khalid sehingga kini enggan mengulas perkara demikian dan hanya tersenyum ketika ditemui pemberita bertanyakan hal itu sejak Isnin lalu.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail minggu lalu mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua ADUN PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar baru.

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp la anuar n azizah ni gila nak jd mb.. Membazir duit jer nak buat pr lagi... Semua tu pakai duit rakyat bukan pakai duit deme
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 03:10 PM | Show all posts
satu jah aku nak habaq... tok sah la dok layan drama tamil PAS ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 03:14 PM | Show all posts
harimau76 posted on 23-8-2014 03:10 PM
satu jah aku nak habaq... tok sah la dok layan drama tamil PAS ni...

kan saya dah cakap....PAS sebenarnya nak jawatan MB tu..tapi segan ahhh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2014 03:14 PM | Show all posts
Kena sergah dengan abang Ketum sign lah tu nanti............. Aku harap kali ni PAS beranilah..........
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 03:39 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 23-8-2014 03:14 PM
kan saya dah cakap....PAS sebenarnya nak jawatan MB tu..tapi segan ahhh..

PAS akan terima nasib sebagaimana dia ditendang umno suatu ketika dulu sampai umno gila talak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2014 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
INI menunjukkan yg mmg keputusan jawatankuasa pusat tak di persetujui boleh adun pas Selangor... Yg pi meeting tu syok sendiri saja tp yg sebenarnya adun pas kecuali 2 ekor keldai abang non mmg tak mau berboskan zizah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
malu tapi mahu lah nih,kalau Pas nak jadi mb sgor ckp je jgn malu2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 03:51 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 23-8-2014 03:14 PM
kan saya dah cakap....PAS sebenarnya nak jawatan MB tu..tapi segan ahhh..

PAS ni bodoh ke cerdik? Bagi saya............PAS ni BODOH nak mampus. Ada kelebihan kerusi berbanding PKR....lutut terketaq-ketaq macam gay tua

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 04:05 PM | Show all posts


Pening aku ngan perangai org2 PAS ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 04:06 PM | Show all posts
highcastle posted on 23-8-2014 03:14 PM
Kena sergah dengan abang Ketum sign lah tu nanti............. Aku harap kali ni PAS beranilah.. ...


aku kasi ko warning hadi...jaga anak2 buah ko tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 04:07 PM | Show all posts

apa punya parti PAS lah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 04:08 PM | Show all posts
  .... sapa pengarah strategi politik PAS plak kali nih ...

kalau 13 Adun nak pertahankan TSKI  biarlah sampai ke akhir ....... kalau setakat sekarat jalan , ianya tak mendatangkan apa faedah pun kepada PAS .

dgn 30 majoriti , atas kertas milik WA .  

apa yg PAS Selangor nak tunjukkan kepada ahli2 dan  pemimpin2 PAS yg lain?
ada yg tak kena ngan 'pengakuan berkanun' ? ...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 04:08 PM | Show all posts

ni maruah tahalul siyasi ni tok guru...jangan lah PAS buat lagu ni..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2014 04:10 PM | Show all posts

ko nampak ni PAS..aku tumbuk gak ni kang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 04:14 PM | Show all posts

sabar lah Ketum...nanti kita bincang.


kasi aku tido dululah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 04:15 PM | Show all posts

kan kita dah letak dua nama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 04:16 PM | Show all posts

ko tetap nak satu tu dah kenapa?..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.095323 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list