CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2357|Reply: 27

[Tempatan] PKR salahkan PAS krn PKR kalah diPengkalan Kubur PRU13.

[Copy link]
Post time 23-8-2014 04:02 PM | Show all posts |Read mode
3:35PM - 23 Aug 2014'Silap teknik punca PKR kalah di Pgkl Kubor'
[url=][/url][url=][/url][url=][/url]

0 0 0
Bekas calon PKR DUN Pengkalan Kubor Saharun Ibrahim menyalahkan "parti sahabat" PKR di negeri itu yang didakwanya menyebabkan kekalahan mereka dalam pilihan raya umum Mei tahun lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara langsung kepada PAS sekalipun parti itu menguasai di negeri pantai timur itu.

"Oleh kerana ini dalam majlis rasmi dan saya suka menjaga adab sedikit, bolehlah saya ringkaskan kita tidak menang adalah kerana kesilapan teknik yang berkait dengan hubungan kita dengan parti sahabat kita.

"Apa yang kita rancang rupanya tidak berjalan sebagaimana yang dirancang," katanya selaku perwakilan Kelantan ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Kesepuluh parti itu di Shah Alam, hari ini.

Pada pilihan raya umum lalu ke-13, Saharun Ibrahim tewas dengan Datuk Noor Zahidi Omar.

Beliau mendapat 8,438 undi manakala Noor Zahidi memperolehi 10,174 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 65 undi.

Dalam ucapannya, beliau cuba menggambarkan situasi tersebut dengan mengumpamakan usaha memungut buah durian.

"Ibaratnya memungut buah durian. Kami termasuk saya sudah memungut buah-buah durian yang secukupnya (dan) dibawa ke rumah.

"Saya simpan di dalam bilik. Saya kira buah durian itu dan didapati buah terlebih banyak daripada buah sebelah sana.

"Tetapi apabila tiba pilihan raya, kita mendapat durian yang kurang.

"Saya buka bilik. Saya lihat rupanya lantai bilik tempat kita simpan durian itu sudah dipecahkan oleh orang di kalangan kita sendiri," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2014 04:07 PM | Show all posts
bila kalah....salahkn org lain....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada aku arwah mmg bagus..banyak jasa dia kat pengkalan kubor..aku personally mmg nampak.dia berkerja utk.rakyat belah sana...bijak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 05:07 PM | Show all posts
Nah...ko nak cakap apa PKR?.

Pas mahu kerusi Pengkalan Kubor
ROSMIZA KASIM
23 Ogos 2014
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services
0
Siti Zailah Mohd Yusoff Siti Zailah Mohd Yusoff
< 1 / 1 >
KOTA BHARU - Dewan Muslimat Pas meminta kerusi Dun Pengkalan Kubor, Tumpat pada PRK nanti diserahkan kembali kepada Pas setelah diwakili PKR sejak dua penggal lalu.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata,  berdasarkan pengalaman sebelum ini mungkin sudah tiba masanya corak politik di Dun Pengkalan Kubor diberikan nafas baharu.

Menurut Siti Zailah, pihaknya yakin kebijaksanaan kepimpinan yang ada boleh mempertimbangkan dengan menilai sejarah lalu untuk memberi laluan kepada Pas biarpun calon mana-mana parti belum ditentukan lagi.

“Setelah beberapa penggal sebelum ini kita telah memberi laluan kepada PKR untuk bertanding tetapi tidak diberi kemenangan. Bermakna rakyat perlukan selera baharu.

“Pas perlu mengisi tempat itu (Dun Pengkalan Kubor) kerana paling penting adalah untuk mencapai kemenangan dan saya berharap perkara ini dipertimbangkan pihak atasan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Muktamar Dewan Muslimat Pas Kelantan Ke-41 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama, Timbalan Ketua Muslimat Pas Kelantan, Wan Ubaidah Omar.

Mengulas mengenai calon yang sesuai daripada Muslimat, beliau yang juga Ketua Muslimat Pas Kelantan menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.

“Kita belum lagi menentukan siapa calonnya. Masih awal untuk ulas, tidak kira daripada Muslimat atau Muslimin saya yakin Pas mempunyai ramai individu yang berkelayakan,” katanya.

Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser Rabu lalu.

Siti Zailah juga mengakui PRK Dun Pengkalan Kubor kali ini adalah satu cabaran yang baharu memandangkan ia berada dalam kawasan menteri besar.

Pengkalan Kubor terletak di bawah Parlimen Tumpat yang mempunyai lima Dun di bawahnya. Empat daripada Dun berkenaan dimenangi oleh Pas pada PRU13.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 05:23 PM | Show all posts
eit yg subang tu salah sape plak???
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 05:31 PM | Show all posts
Bagi jer lah kat PAS. PKR concentrate kat negeri2 yg mixed jah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-8-2014 05:40 PM | Show all posts
Muntz posted on 23-8-2014 05:31 PM
Bagi jer lah kat PAS. PKR concentrate kat negeri2 yg mixed jah.

nak ke pkr?.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 07:25 PM | Show all posts
mana pernah salah pkr ni. parti perfect bebas dosa cela segalanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2014 07:26 PM | Show all posts
Muntz posted on 23-8-2014 05:31 PM
Bagi jer lah kat PAS. PKR concentrate kat negeri2 yg mixed jah.

Yeah, pas want interfere, pas want MB selangor, we can give pas pis pus everything, also send pas pis pus to umno
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 08:27 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 23-8-2014 05:40 PM
nak ke pkr?.

Selalunya tak ler. Sbb PKR nie type yg tamak kerusi. Kat Sarawak pun hampir semua kerusi PR nak disapunya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2014 01:00 PM | Show all posts
Muntz posted on 23-8-2014 08:27 PM
Selalunya tak ler. Sbb PKR nie type yg tamak kerusi. Kat Sarawak pun hampir semua kerusi PR nak di ...

azmin aiskrim dah pun dihantar utk rundingkan kerusi pengkalan kubur tu...kalau saya..saya serahkan kat PAS...kalau kalah yg malunya PAS..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2014 01:48 PM | Show all posts
Nah...gaduh lah ko lagi..selangor tak selesai..PAS - PKR Kelantan plak berkecamuk..padan ngan muka sokmo..

PKR tekad pertahan kerusi Pengkalan Kubor
FATHIN ATHIRAH HASLI
24 Ogos 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
0
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad
< 1 / 1 >
SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baharu, Nik Nazmi Nik Ahmad berikrar parti itu akan mempertahankan kerusi Dun Pengkalan Kubor, Kelantan daripada dirampas oleh sekutunya.

Menurutnya, kerusi Dun tersebut adalah kerusi tradisi milik PKR dan sepatutnya dikekalkan kepada parti itu.

"Seterusnya kita ada Pilihan Raya kecil di Kelantan dan ini kerusi PKR secara tradisi dan kita akan pertahankan.

"Kita akan berani untuk berhadapan dengan BN tidak kira siapa pun calon mereka... Kita pastikan calon kita akan menang," katanya pada Kongres Nasional PKR ke-10, hari ini.

Semalam, Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof  meminta kerusi Dun Pengkalan Kubor diserahkan kembali kepada Pas.

“Setelah beberapa penggal sebelum ini kita telah memberi laluan kepada PKR untuk bertanding tetapi tidak diberi kemenangan. Bermakna rakyat perlukan selera baharu.

“Pas perlu mengisi tempat itu (Dun Pengkalan Kubor) kerana paling penting adalah untuk mencapai kemenangan dan saya berharap perkara ini dipertimbangkan pihak atasan,” ujar Siti Zailah.

Bagaimanapun, Muslimat Pas Kelantan menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.

Dalam perkembangan sama, Nik Nazmi turut menyeru kesemua pimpinan dan penyokong parti untuk kekal bersatu demi memantapkan kubu milik PKR dalam memperjuangkan kemenangan kerusi Dun Pengkalan Kubor.

"Marilah kita bersama-sama mantapkan saf kita di peringkat Pusat, di peringkat Wanita PKR, di peringkat AMK kerana masih banyak cabaran yang kita perlu harungi," katanya.

PKR dijadual bertemu pimpinan Pas esok bagi membincangkan kedudukan kerusi berkenaan.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyerahkan kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali untuk menyelesaikannya.

Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser pada Rabu lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 01:51 PM | Show all posts
Kasi kat pas sahajalah, kat kelantan berapa kerat sahajalah ahli pkr yg ada, markas pun banyak tumpang markas pas,jentera pilihanraya pun tumpang jentera pas, nak naikkan bendera pun kena minta tolong budak2 pas
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 02:54 PM | Show all posts
Kasi kat PAS jelah PKR hoi....samada PAS @ PKR...dua2 akan kalah dlm PRK ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 03:05 PM | Show all posts
haha.. siap bg perumpamaan buah durian lagi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg dekat PKRlah, kalau PAS belum tentu boleh menang, kalau PKR tentu2 kalah, dan bolehlah PAS ajar sikit PKR, Rafizi dgn Anwar Ibrahim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2014 07:09 PM | Show all posts
Tak sedar diri betul PKR nih..dia tak tau ke yg diorang langsung takde tempat kat Kelantan Terengganu..nak berkempen pun harap jentera PAS..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2014 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Atas semangat tahalul siyasi...nik Aziz tsk ada pilihan
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 24-8-2014 08:38 PM
Atas semangat tahalul siyasi...nik Aziz tsk ada pilihan

Wah! Tak nyempat2 AN bukak tred hantam PR. Banyak benor modalnya skrg ye........ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 01:18 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 24-8-2014 01:00 PM
azmin aiskrim dah pun dihantar utk rundingkan kerusi pengkalan kubur tu...kalau saya..saya serahka ...

Yup. Sepatutnya bagi jer lah kat PAS. Dari segi perang psikologi nya nanti kalah menang tetap PAS tanggung.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.085553 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list