CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: malaywood.NET

dynas mokhtar comeback again.

[Copy link]
Post time 26-8-2014 04:03 PM | Show all posts
badan dia lawa....sekarang lagi cantik dari dulu...dulu time blaja penah terserempak sekali dua dgn dia...muka dia time tu kasar je, jerawat halus rasanya...tinggiiiii dia ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2014 04:22 PM | Show all posts
Rasanya ni citer pasal Dynas kot....


Sorok kekasih

BILA kita tanya tidak mahu komen, mengelak seboleh mungkin. Bukanlah kita ni mahu sibuk dengan kehidupan selebriti yang seorang ini, tetapi geram juga apabila dia jenis tak bercakap jujur. Kuat benar propanya, kan? Apa salahnya bersikap terbuka, kalau kahwin boleh buat besar-besar, tiada sebab untuk menyembunyikan perceraiannya sehingga menimbulkan fitnah terbaru buat diri pula. Kisahnya, Sabtu lalu ketika ke sebuah majlis, ada yang bertanyakan Aida mengenai kemunculan seorang lelaki kacak dalam Instagram milik selebriti ini. Walaupun hanya sekeping gambar, tetapi itulah kelebihan rakyat kita, beribu andaian boleh dibuat.

Cuba menilik kembali gambar lelaki tersebut, ada ciri-ciri yang menunjukkan mereka pernah pergi bercuti bersama. Maksudnya, gambar si lelaki dan si selebriti putih melepak yang disiarkan di laman sosial ini menunjukkan mereka sebenarnya pergi bercuti bersama-sama, walaupun mereka cuba buat 'post' yang bergambar solo. Jadi, bila sudah timbul keadaan ini ada yang pelik dan mula mempersoalkan kembali status sebenar selebriti ini memandangkan dia sudah mempunyai keluarga sebelum ini.

Itulah yang susahnya bila cuba mahu sembunyi identiti sebenar diri, orang akan buat macam-macam tuduhan termasuklah curang kepada suami sendiri. Walaupun orang sudah tahu dia sebenarnya sudah bercerai, tetapi selagi dia tidak sahkan, siapa nak percaya?

Kalau benar si artis ini sudah ada cinta baharu, eloklah tu. Orang kata tinggalkan sahaja cerita duka semalam, bina hidup baru. Tetapi kalau dalam keadaan sekarang, Aida tak rasa mudah untuk personaliti itu merancang hidup baru sebab dia sendiri banyak tak jujur dengan orang lain.

Bila orang mula membuat persoalan begini tidak pasal-pasal jadi fitnah pula. Tiada apa yang buruk pun kalau dia berterus terang awal-awal, bila sudah sampai tahap ini jangan kata orang lain yang cipta kontroversi selain diri sendiri yang pilih jalan mati. Jelas sebagai selebriti , dia perlu bawa contoh yang baik. Jika dia terus berdiam diri begini Aida fikir dia hanya memberi lampu hijau buat orang di luar sana memburukkan keadaan dirinya sahaja.

Nota Lutut: Jangan berani “Unfollow" pelakon sendu ini di Instagram, nanti dia marah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... kasih#ixzz3BU5YLTL6
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.078895 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list