Soseh Soseh: Karma elak jumpa mentua
‘Berbisanya’ mulut artis ini sehingga dia dibenci keluarga sendiri. Apabila dia berkahwin, khabar-nya dia pula tak suka dengan keluarga mentuanya sehingga mereka sekeluarga jarang benar balik beraya di kampung halaman suaminya.
Lantas artis itu bersama suami dan anak-anak-nya, apabila setiap kali tiba Syawal mereka akan bercuti di luar negara. SS memang kenal benar dengan artis ini. Daripada artis yang biasa-biasa saja sekarang dia dan suaminya sudah hidup senang. SS tumpang bangga dengan kejayaan artis itu kerana sudah terbukti yang anak seni juga boleh hidup senang asalkan mahu berusaha tetapi sayang sekali dengan kemewahan yang dikecapinya kini tak macam dulu lagi.
Pada Aidilfitri yang lalu juga menurut cerita rakan SS, artis itu bersama keluarganya bercuti di luar negara dan hendak dijadikan cerita dalam percutian itu, jam tangannya hilang. Tak tahulah pula SS berapa harga jam tangan itu kerana akibat kehilangan jam itu, artis itu menyalahkan agensi pelancongan yang menguruskan urusan tiket dan segala kemudahannya di negara dia pergi bercuti kerana tidak belikan insurans untuk jam tangannya itu.
Setahu SS, mana ada agensi pelancongan yang belikan insurans untuk harta benda pelanggan mereka. Kalau artis itu dah tahu jam tangannya mahal mungkin berharga ratusan ribu ringgit, belilah insurans sendiri. Artis ini memang jenis tak sedar diri dan budi bahasanya ‘hilang’ dek kemewahan yang dinikmatinya sekarang.
Mentang-mentanglah agensi pelancongan itu tidak mahu mengambil sebarang tindakan, artis itu dengan sewenang-wenangnya menghubungi kakitangan agensi itu dan menghamburkan maki hamunnya.
Last edited by tapibukanaku on 28-8-2014 11:01 AM
|