CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11230|Reply: 123

[Tempatan] Boss JM Bariani House cuma SPM, pendapatan RM15 juta setahun

[Copy link]
Post time 25-8-2014 03:25 PM | Show all posts |Read mode
RESTORAN JM Bariani House (JM Bariani) bukanlah asing bagi penduduk Lembah Klang. Bagaimanapun, untuk berada di tahap sekarang, pelbagai rintangan ditempuhi oleh pengusahanya yang juga  Pengarah Urusan JM Bariani House Sdn Bhd, Zulkarnain Mustapa.

Menceritakan detik awal berkecimpung dunia perniagaan, selepas tamat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada awal 1980 an, Zulkarnain membantu kedua ibu bapanya berniaga.  

Zulkarnain berkata, ia bermula apabila dia sekeluarga berpindah ke Shah Alam, Selangor.

“Ibu memberanikan diri menjual karipap, mi rebus dan air batu campur di depan rumah. Sebagai anak sulung, saya menjaga kedai tersebut. Pada sebelah pagi pula saya akan berniaga di bangunan SUK Selangor.

“Saya jual nasi lemak dan pelbagai jenis kuih.Pada waktu itu, pendapatan yang diterima tidak mewah,” katanya yang berasal dari Muar, Johor.



Setelah beberapa bulan berniaga di Selangor, mereka mula menerima tempahan katering nasi beriani secara kecil-kecilan daripada kenalan bapanya. selain menerima tempahan daripada kawan-kawan terdekat, saudara- mara dan jiran tetangga.

“Mak dan ayah saya memasak nasi beriani guna resipi sendiri. Saya hanya membantu menjaga tempahan katering di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur serta ke pasar membeli bahan mentah.

“Segala adunan masakan nasi beriani hasil air tangan mereka dan sehingga ke hari ini rasanya masih sama. Kami mahu mengekalkan hasil adunan air tangan arwah ayah dan ibu kerana ia mempunyai nilai tinggi kepada kami sekeluarga,” katanya.

Katanya, kini nasi beriani JM Bariani dikenali di seluruh negara dan mempunyai 23 francais sekitar Lembah Klang.



Setelah mendapat sambutan, Zulkarnain memikirkan masa depan perniagaannya.

“Kami ambil keputusan beroperasi di Subang Jaya dengan menyewa premis dua tingkat milik Uda Holdings Bhd selepas 10 tahun beroperasi dari rumah. Kami jadikan ruang belakang sebagai dapur dan ruang atas sebagai tempat tinggal kami sekeluarga.

“Kami buka restoran depan premis itu. Restoran pertama dinamakan Jamilah Mustafa dan dipendekkan menjadi JM Bariani House. Mulanya kami hanya jual nasi beriani kambing, nasi beriani ayam, nasi beriani daging dan nasi beriani gam,” katanya.

Zulkarnain berkata, dia bermodalkan RM60,000 yang juga simpanan sendiri.

“Di peringkat permulaan, saya peruntukkan sewa premis RM1,800, membeli periuk, kuali, dapur, kerusi dan meja dengan harga murah.

“Saya menghias restoran sendiri. Kami boleh berjimat kerana ayah dan ibu menjadi tukang masak manakala dua adik saya Abdul Hafiz Mustafa terlibat dalam pemasaran dan pengurusan manakala bongsu, Zul Atfi terlibat dalam teknikal dan menjaga kualiti.

Zulkarnain berkata, namun restoran tidak mendapat sambutan.

“Mungkin lokasinya di hujung jalan dan masih kurang dikenali. Keadaan itu tidak mematahkan semangat saya.

“Restoran tetap beroperasi.Pada waktu itu, kami bergantung kepada perniagaan katering. Setelah empat tahun, Alhamdulillah, restoran akhirnya dapat sambutan, “katanya.



Selepas 10 tahun beroperasi di Subang Jaya, pada 2004, Zulkarnain membuka restoran keduanya di pasar raya Tesco, Shah Alam.

“Alhamdulillah, selepas setahun, saya dipelawa membuka cawangan di pasar raya Tesco Ampang. Tapi sambutan tidak seperti diharapkan,” katanya.

Ia berlarutan selama tiga tahun tetapi dia tetap bertahan dan cuba mencari penyelesaian.

“Kami bawa periuk dan tumis masakan di restoran itu. Bau tumis menarik perhatian orang ramai dan Alhamdulillah, percubaan itu berjaya,” katanya.

Sejak itu, katanya, restoran JM Bariani Ampang sentiasa dipenuhi pelanggan dan hasilnya mengatasi kerugian sebelum ini.



“Saya berdepan masalah kewangan, restoran hampir tutup dan pelbagai karenah francaisi. Cabaran dihadapi tidak menjadikan saya terus meninggalkan perniagaan keluarga ini.

“Saya berada sejak mula kami berniaga, sudah pasti saya mahu memastikan ia terus maju.

“Kini, saya mempunyai lima restoran sendiri iaitu di Subang Jaya, Shah Alam, Ampang, Kota Damansara, Subang Parade, TTDI Shah Alam dan 17 cawangan francais melibatkan Bumiputera,” katanya.



JM Bariani House mempunyai 23 cawangan tetapi hampir kesemuanya mengambil makanan dari ‘central kitchen’ Subang Jaya. Di situ, terdapat hampir 30 periuk besar untuk memasak makanan JM Bariani.

Zulkarnain berkata, rempah ratus JM Bariani didatangkan khas dari Johor dengan mengadunkannya sendiri.

“Semua francaisi akan mengambil makanan mereka di sana. Pengurus setiap restoran akan memastikan jumlah yang diambil mencukupi.

“Kadang-kadang mereka akan mengambil makanan beberapa kali pada setiap hari," katanya.

Menurutnya ‘central kitchen’ ini bermula jam 8 pagi sehingga enam petang. Sekiranya ada tempahan katering, operasi akan bermula lebih awal.

Setakat ini, hampir 100 menu disediakan di cawangan JM Bariani antaranya beriani biasa pelbagai lauk, mi bandung, mi rebus, rojak, nasi goreng dan kacang pol. Antara paling digemari pelanggan adalah kambing goreng.

“Hanya di beberapa restoran mempunyai makanan ala carte seperti di Tesco Shah Alam dan Tesco Ampang mengikut permintaan pelanggan,” katanya.

Setakat ini, JM Bariani mempunyai 40 pekerja di bahagian dapur, 120 pekerja di cawangannya dan seramai 40 orang di bahagian depan.



Setelah 20 tahun beroperasi, Zulkarnain berkata, JM Bariani House mempunyai pelbagai perancangan.

“Kami rancang menambah cawangan baharu dan beroperasi di seluruh negara dengan memastikan sistem ‘central kitchen’ boleh menampung perniagaan sejuk beku yang akan dilaksanakan.

“JM Bariani sedang buat penyelidikan dan pembangunan makanan kami. Kami juga menjadikan cawangan baharu kami di Indonesia yang akan dibuka pada Oktober depan sebagai prototaip. Kami rancang menembusi pasaran di Australia, China dan Arab Saudi,” katanya.

Tambahnya, JM Bariani juga akan membuat makanan sejuk beku menggunakan peralatan dari Jerman dan bakal membuka kilang di Puchong, Selangor pada awal tahun depan.

Selain itu JM Bariani House akan mengembangkan perniagaannya ke Medan, Indonesia Oktober ini menerusi perkongsian dengan PT Royal Bariani Berjaya.

“PT Royal sebagai francaisor induk di Indonesia dan ia kerjasama strategik untuk memantapkan pasaran  antarabangsa. Kami juga akan mengembang operasi di Malaysia dengan memperkenalkan perkhidmatan kereta sorong konsep bergerak untuk menjual makanan
bawa pulang yang akan dimulakan di gedung membeli-belah tidak lama lagi,” katanya.

Katanya, buat permulaan lima kereta sorong akan diletakkan di kompleks membeli-belah di sekitar Lembah Klang, dijangkakan pada tahun ini.

Tambahnya, strategi perniagaan baharu itu dijangka meningkatkan pendapatan syarikat sebanyak 25 peratus daripada RM15 juta dicatatkan tahun lepas.

“Kami akan buka dua restoran baharu dan sehingga kini kami memiliki 17 restoran di Lembah Klang.

“Kami juga rancang menjual produk segera di pasar raya dan mengukuhkan jenama di peringkat antarabangsa dalam industri makanan halal,” katanya.

Menurutnya, dia berhasrat membuka kafe yang menyediakan dan menjual makanan tradisional, " Mak Milah Kafe" pada masa akan datang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2014 03:35 PM | Show all posts
murah rezeki. semoga terus maju.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 03:36 PM | Show all posts
panjang jela ..punya cerita...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 03:39 PM | Show all posts
Thanks for sharing..

Sekurangnya2 jadi inpirasi utk org mcm ai yg kebuntuan skrg ni huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 03:45 PM | Show all posts
restoran asal kat SS18 Subang jaya. selalu ke sana masa kecik2 dulu. tapi sekarang rasanya macam dah tak sama.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 03:47 PM | Show all posts
fuhhhh kagum2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2014 03:48 PM | Show all posts
Dulu ok, lepas dia buat ala2 fast food dah xsedap. And dah mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 03:50 PM | Show all posts
Ok lh produk bumiputera punya cerita kalau tak asyik mcdollah n kepci je cerita yg diorang nk tulis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2014 03:50 PM | Show all posts
Dia tak payah bayar ptptn sbb spm saja @maideen
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 03:51 PM | Show all posts
sangat membanggakan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 03:51 PM | Show all posts
Takde gambo
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 03:54 PM | Show all posts
Johnyblaze87 posted on 25-8-2014 03:48 PM
Dulu ok, lepas dia buat ala2 fast food dah xsedap. And dah mahal.

biasalaa..dah mass production,sama la cam sate kajang tu..rasa sate tu frozen obvious sgt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2014 03:55 PM | Show all posts
sekalipun boss dia melayu
konsep style mamak
service pantas, bersih
ko duduk lama2 pun tokey tak jeling
kalau semua kedai makan Melayu mcm ni dh tentu ramai kedai Melayu berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 03:56 PM | Show all posts
jadi sumber inspirasi utk berniaga

tahniah pemilik JM Beriani House
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dah x sedap mcm dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2014 04:07 PM | Show all posts
dah tak berapa sedap...nasi nak isi dalam bekas pun siap main timbang dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:09 PM | Show all posts
jangan pulak bebudak yg malas belajo cakap... org lain spm je pun jadi jutawan jugak.
cerita ni sebagai inspirasi, selagi kita berusaha, kita akan berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:09 PM | Show all posts
lebih sedap dr beriani mamak/keling punya  
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 06:12 PM | Show all posts
dah tak sedap macam dulu? baru2 ni aku rasa sedap je... maknanya dahulu kala lagi sedap kebabom bombastik fantastik lah ye? aku tak pernah rasa yang dulu punya. jap, dulu2 yang korang maksudkan ni zaman bila? peleolitik, mesolitik, neolitik kah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.415563 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list