CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4805|Reply: 14

Pesona Juhi Chawla

[Copy link]
Post time 25-8-2014 03:37 PM | Show all posts |Read mode


WANITA jelita ini mula menguasai skrin Bollywood pada pertengahan 1980-an setelah menjadi Ratu India pada 1984.

Karakternya yang sangat ceria ditambah pula dengan lesung pipit membuatkannya kelihatan lebih menawan sewaktu tersenyum.

Dek personalitinya itu, maka tidak hairanlah apabila Juhi Chawla sering diberi kepercayaan untuk membawakan peranan heroin, sama ada melibatkan watak air mata atau gila-gila.

Lihat saja penampilan isteri Jay Mehta ini menerusi pelbagai filemnya seperti Oayamat Se Oayamat Tak (1984), Kannada (1988), Pratibandh (1990), Bol Radha Bold an Hum Hain Rahi Pyar Ke (1992), Ram Jaane (1995), Yes Boss (1997), Deewana Mastana (1997), Isha (1997) dan Duplicate (1998).

Tidak cukup dengan itu, Juhi masih lagi memainkan peranan sama menerusi filemnya yang lain seperti Phir Bhi Dil Hai Hindustani (2000), One 2 Ka 4 (2001), Paheli (2005), Om Shanti Om (2007), Krazzy4 (2008), Bhoothnath (2008), Kismat Konnection (2008), Luck By Chance (2009), I Am (2010) dan  Bombay Talkies (2013).

Malah, penampilan yang cemerlang dalam setiap filemnya, membolehkan dia memenangi beberapa anugerah seperti Filmfare Best Actress Award dan Filmfare Best Movie Award.

Setelah selesa memegang watak ‘baik-baik’, Juhi akhirnya nekad mencabar diri untuk menjayakan watak antagonis pertamanya menerusi filem Gulaab Gang, pada awal tahun ini.

Kata Juhi, dia pernah meminta penulis skrip filem berkenaan merombak semula jalan cerita kerana tidak yakin akan kemampuan dirinya.

"Pada mulanya, saya memang tidak selesa untuk membawakan watak antagonis.

"Tapi, selepas beberapa sesi latihan, saya mula yakin dan suka akan watak antagonis dan apabila melihat hasilnya saya terkejut kerana mampu melakukannya," katanya kepada Zee News.

Setelah beberapa lama berlakon, Juhi yang juga seorang pengacara akhirnya muncul sebagai penerbit apabila menubuhkan syarikat produksi Dreamz Unlimited (kini dikenali sebagai Red Chillies Entertainment) bersama-sama rakan karibnya, Shah Rukh Khan dan  Aziz Mirza.

Setakat ini, syarikat produksi mereka telah menerbitkan filem Phir Bhi Dil Hai Hindustani (2000), Asoka (2001) dan Chalte Chalte (2003).

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2014 03:37 PM | Show all posts

Beralih ke Hollywood?

Dalam perkembangan lain, anak kelahiran Ambala, Haryana, India itu bakal tampil dalam filem Hollywood, The Hundred- Foot Journey.

Filem arahan Lasse Hallstrom itu adalah adaptasi daripada novel berjudul sama tulisan Richard C Morias dan mempertaruhkan bakat lakonan Juhi, Helen Mirren, Manish Dayal, Om Puri dan Charlotte Le Bon.

Biarpun hanya tampil dalam dua adegan, namun Juhi sangat berbangga apabila dipilih membintangi filem ini.

Begitu pun, dia tidak merasakan filem ini adalah pengenalannya kepada dunia lakonan di Hollywood.

"Saya hanya bertindak sebagai 'cameo'. Ini bukanlah langkah untuk saya ke Hollywood.

"Saya ada dalam babak pengenalan tersebut hanya untuk tempoh dua minit,” katanya pada PTI.

The Hundred-Foot Journey mengisahkan satu keluarga India yang telah berpindah ke selatan Perancis untuk membuka sebuah restoran India berhadapan dengan lokasi restoran Perancis mewah sehingga mencetuskan persaingan di antara dua restoran tersebut.

Apakah yang terjadi? Nantikannya di pawagam pada 28 Ogos ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 08:08 PM | Show all posts
JUhi Chawla ni kawen dgn sapa ek
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 02:50 PM | Show all posts
cik_luna posted on 26-8-2014 08:08 PM
JUhi Chawla ni kawen dgn sapa ek


dia kahwin dengan salah seorang orang yg terkaya di india..jutawan yg ada syarikat simen ker apa ntah..tapi laki dia nampak tua dah sekarang ni..dulu2 leh tahan gak hensemnya..ada tertengok dalam youtube..rumah dia memang cantik..9 tingkat ko..siap ada lif dalam rumah..tapi hiasan lebih kepada barang art dan antik..



Last edited by kakprik on 23-11-2014 02:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 01:00 PM | Show all posts
adek dia pon lawa gak..bibir terbelah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 11:07 AM | Show all posts
cemp posted on 24-11-2014 01:00 PM
adek dia pon lawa gak..bibir terbelah..

dia ada adik ker?..setahu aku dia dua beradik jer..abang dia dah meninggal baru2 ni..juhi la yang bongsu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2014 01:28 PM | Show all posts
beliau takde la pesona sgt bg aku
x gumuk sgt tp badan takde cutting
dari muda smpai skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 04:51 PM | Show all posts
oo yeke..nampak chawla gak ingat adek dia hihi..ntah ape nama dia..tp ade berlakon ngan salman khan share jantung bini salman..tak ingat tajuk huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
cemp posted on 25-11-2014 04:51 PM
oo yeke..nampak chawla gak ingat adek dia hihi..ntah ape nama dia..tp ade berlakon ngan salman khan  ...

Itu bhumika chawla. Itu tamil mari.. lawakan dagu dia y mnarik tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 09:39 AM | Show all posts
tepisket.. posted on 25-11-2014 06:10 PM
Itu bhumika chawla. Itu tamil mari.. lawakan dagu dia y mnarik tu

ooo bukn adek badek ye..
a'ah dagu lekuk..bibir belah..
tamil ka ingat hindustani hehe//
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 11:24 AM | Show all posts
kakprik posted on 23-11-2014 06:50 AM
dia kahwin dengan salah seorang orang yg terkaya di india..jutawan yg ada syarikat simen ker apa ...

masa muda hensem jgk laki dia. aku pernah tgk koffee with karan, karan tanya apa yg dia nak tukar kat laki dia. dia jawab nak tambah kan rambut. hehe lawak btl.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 01:06 PM | Show all posts
siti_kus posted on 26-11-2014 11:24 AM
masa muda hensem jgk laki dia. aku pernah tgk koffee with karan, karan tanya apa yg dia nak tukar  ...

hehe..aku pon tengok koffee with karan tu..juhi ngan madhuri still lawa walaupon dah 40 series..
satu yg aku respek kat retis2 bollywood ni..diaorang jarang nak bercerai berai..kahwin bertahun2...kalau retis kita jap jer..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 04:01 PM | Show all posts
cantik dia ni..muka soft sangat
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 05:47 PM | Show all posts
ingatkan laki dia doctor pakar bedah
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
cemp posted on 26-11-2014 09:39 AM
ooo bukn adek badek ye..
a'ah dagu lekuk..bibir belah..
tamil ka ingat hindustani hehe//

Haah, tp dia ada gk amik hindustan pnya filem. Tp x top la. Hehe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.074632 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list