CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2087|Reply: 5

Mahkamah Diberitahu Ada Perbualan Antara Anwar Dan Anifah

[Copy link]
Post time 26-8-2014 01:38 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Anwar Ibrahim

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Isnin diberitahu bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ada berbual di telefon dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengenai isu pembentukan kerajaan baharu 16 September dan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Anifah semasa pemeriksaan balas, mencadangkan kepada Anwar bahawa beliau telah menawarkan jawatan TPM kepada Anifah ketika beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 2008.

Anwar, 67, mengakui beliau berbual dengan  Anifah pada masa itu tetapi perbualan mereka adalah berkisar hal keluarga.

"Perbualan itu adalah mengenai hal keluarga kerana kami (beliau dan Anifah) adalah rakan baik sejak sekian lama. Saya tidak menawarkan jawatan TPM," kata Anwar.

Ketika Muhammad Shafee mencadangkan bahawa Anwar telah menawarkan jawatan TPM kepada Anifah kerana ia perkara penting, Anwar berkata: "Saya tidak boleh melakukan kesilapan yang cuai. Tidak mungkin saya membuat tawaran kepada  seseorang dalam perbualan 10 minit."

Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, menganggap defendan  sebagai "sangat berani" dan berkata adalah tidak munasabah untuknya membuat tawaran dalam satu panggilan telefon.

Beliau juga berkata tidak ada pertemuan antara beliau dan Anifah tetapi Anifah ada menghubunginya ketika beliau berada di luar negara.

"Beliau (Anifah) menyatakan ada mendengar sekumpulan besar dari Sabah mahu menyertai pembangkang dan beliau mahu saya mengesahkan nama dan bilangannya.

"Beliau berkata jika saya tahu bilangannya, beliau berminat menyertai saya. Saya tidak membuat sebarang tawaran kepadanya, dan sudah pasti tidak mempertimbangkan beliau untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri," kata Anwar.

Pada 27 Mei, 2009, Anwar yang menyaman Anifah atas kapasitinya secara peribadi dan rasmi serta Kerajaan, mendakwa beliau telah difitnah dalam sidang media Anifah bersama-sama Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu Hillary Clinton.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata dakwaan Anifah adalah tidak berasas dan amat cuai dan telah dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing.   

Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan, kos dan reliflain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S.Hassan Badjenid bersambung pada Rabu ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2014 02:11 AM | Show all posts
Hmmm...
...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 04:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Well...interesting....hmm..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 02:13 PM | Show all posts
kantoi!

anwar terlepas cakap
tempoh perbualan dia dengan anifah
mencecah 10 minit

kalo takat bual hal famili
setakat tanya anak you belajaq kat mana,

wife you tak suka shopping kipas
macam my wife ka

mana sampai 10 minit bang non

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:08 AM | Show all posts
Pak sheikh makin merapu
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:29 AM | Show all posts
sudah la nuar.. kucing kalu boleh kena tipu pun kau nak tipu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.067980 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list