CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12358|Reply: 78

[Tempatan] Brahim's: Kami dijadikan 'kambing hitam'

[Copy link]
Post time 26-8-2014 08:42 AM | Show all posts |Read mode

Ibrahim Haji Ahmad Badawi



KUALA LUMPUR 25 Ogos - Syarikat pembekalan makanan kepada Malaysia Airlines  (MAS), Brahim's Holdings Bhd. (BHB) menganggap mereka telah dijadikan 'kambing  hitam' sebagai pihak yang harus dipersalahkan terhadap prestasi buruk kewangan  syarikat penerbangan negara itu.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Ibrahim Ahmad Badawi berkata, pihaknya kecewa  terhadap perkara tersebut memandangkan tuduhan dibuat tanpa menilai kedudukan  sebenar kontrak 25 tahun antara BHB dan MAS.

Katanya, tempoh kontrak yang panjang itu perlu memandangkan sewaktu BHB  mengambil alih kepentingan di dalam syarikat pembekalan makanan MAS Catering  Sdn. Bhd. pada 2003, mereka telah membelanjakan RM170 juta untuk membeli  kepentingan itu selain terpaksa menanggung hutang terkumpul MCSB iaitu RM240  juta, selain terus mencatatkan kerugian RM40 juta setahun.

Menurutnya, ketika itu MAS Catering mencatat kerugian terkumpul sebanyak  RM240 juta, dana pemegang saham yang negatif dan menanggung kerugian RM40 juta  setahun untuk operasinya serta mewarisi semua 'lejar tidak seimbang' syarikat  itu.

"Konsesi 25 tahun diperlukan bagi memastikan pembeli mempunyai masa yang  cukup untuk mendapatkan kembali pelaburannya, tidak seperti projek lain yang  diselamatkan.

"Menerusi penjualan itu, jelas pembeli memerlukan sedikit jaminan  kesinambungan perniagaannya. Ia tidak boleh dibandingkan dengan kontrak lain  dalam MAS yang secara umumnya akan diperbaharui dalam tempoh dua hingga tiga  tahun selepas tamat kontrak," katanya.

Menurutnya, hasil kerja keras selama 10 tahun, akhirnya menyaksikan kerugian  terkumpul MAS Catering sebanyak RM240 juta, berjaya diselesaikan dan mencatat  keuntungan operasi dua tahun lepas.

"Kami mengurangkan pembaziran, pekerja dikurangkan sebanyak satu pertiga  kepada kurang daripada 1,200, menambah 12 pelanggan baharu dan menambah  pengeluaran hampir dua kali ganda," kata Ibrahim.

"Meskipun MAS membayar membayar kira-kira RM260 juta kepada syarikat itu  setiap tahun ke atas perkhidmatan yang diberikan, jumlah itu hanya 1.6 peratus  sahaja daripada keseluruhan kos operasi MAS.

"Sumbangan dari segi kos yang tinggi adalah pembayaran gaji dan elaun  kakitangan serta bahan api," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari  ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140826/ko_01/Brahims-Kami-dijadikan-kambing-hitam#ixzz3BSFCC1ZW


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2014 08:55 AM | Show all posts
MAS dah mula menggila dah...tu la sblm ni membazir tak ingat dunia.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 08:55 AM | Show all posts
Datuk Ibrahim Ahmad Badawi ..

kalo la datuk ibrahim ni join politik dn jd PM dulu...

mesti ABdullah ahmad badawi bukak sykt katering dn diberi nama  Dollah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 09:23 AM | Show all posts
Punai sihat MAS ni kan ke Abdullah Ahmad badawi
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 09:30 AM | Show all posts
Aku tak rase sebab kan brahim ni...byk sgt faktor lain..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 09:41 AM | Show all posts
adik paklah kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2014 09:43 AM | Show all posts
pui, makanan yg dibekalkan dh jatuh standard berbanding dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 09:43 AM | Show all posts
Mmg elok pun MAS jatuh....

Pengurusan derang hire semua stok senang lenang, malas, makan gaji buta... tau nak mudah jek...

kerja tak buat.. now its time to collapse... bagus sangat...

selagi meleis caprut dok jaga periuk nasik kabel2... selagi tu ler hancor...

sama la etika2 pekerja meleis yg kerja di syarikat2 besar.. atau syarikat2 nasaro.. semua stok nak hebat, nak kasta, nak dok kat atas.. fairwork rights takde langsung....






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2014 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kontrak catering selama 25 tahun...beribu ribu...taniya...
Takkan sepuluh tahun baru reach ROI kot?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 09:50 AM | Show all posts
Kami nak tahu siapa yg pi supply nasi lemak

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 09:51 AM | Show all posts
from what i heard, dari pilot sendiri.
berahim catering ni akan charge harga flight penoh evendo flight tu 3 org je naik.
and kontrek depa foreverrrrrr..

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
kos bahan api??? oooo nak salahkan anak mahathir yg own Petron lah ye???

nampak x permainannya di situ??

apa lagi pengikut setia Mahadewa, ayuh mulakan kerja mencaci family Pak Lah ini agar maruah keluarga Mahadewa terpelihara...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 10:04 AM | Show all posts
supersudoku posted on 26-8-2014 09:51 AM
from what i heard, dari pilot sendiri.
berahim catering ni akan charge harga flight penoh evendo fl ...

yang jadi persoalan....sapa yang buat perjanjian macam tu? berahim sudah pasti takan sesuka ati charge flight penuh

tapi bab nasi lemak dah takda ikan bilis dulu...MAS ada terbabit jugak ke dlm conflit tu

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
zainuddinmaidin posted on 26-8-2014 09:50 AM
Kami nak tahu siapa yg pi supply nasi lemak

Nampak tak menyelerakan
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 11:13 AM | Show all posts
jengkoil posted on 26-8-2014 09:46 AM
Kontrak catering selama 25 tahun...beribu ribu...taniya...
Takkan sepuluh tahun baru reach ROI kot? ...

untung slps tolak yg masuk poket
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 11:15 AM | Show all posts
supersudoku posted on 26-8-2014 09:51 AM
from what i heard, dari pilot sendiri.
berahim catering ni akan charge harga flight penoh evendo fl ...

Brahim mmg antara penyumbang besar kerugian MAS. Kos bahan api bukan faktor sbb MAS Kargo catat keuntungan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2014 11:25 AM | Show all posts
zainuddinmaidin posted on 26-8-2014 09:50 AM
Kami nak tahu siapa yg pi supply nasi lemak

aku naik a380 dari paris ke kl pon dapat nasi lemak camni gak....tapi nasib baik dia bagi side dish cam dessert, yogurt n cereal skali...so malas nak complaint...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 11:28 AM | Show all posts
Makanan tak best mcm dulu, long haul baik naik emirates, lg sedap hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 11:39 AM | Show all posts
syarikat bekal makanan ni, termasuk bekalkan arak sekali tak?..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 11:54 AM | Show all posts
Company mana yg buat utk MAS masa 90an? Masa tu THE BEST segalanya.. nasi beriani so tasty, chicken juicy, nasi lemak very coconuty.. aiskrim haagen dazs sebagai penamat/snacks.. bukan magnum hokey.

Brahim pun sedap jugak.. diorang buat utk airline yg singgah pun sedap. Lagi sedap dari catering airport oversea. Cuma tu la.. 25 tahun??!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.082915 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list