View: 2330|Reply: 14
|
[Tempatan]
Pasar raya agro di Kota Damansara
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA 25 Ogos - Kerajaan akan menubuhkan pasar raya agro pertama di Malaysia yang bakal didirikan di Kota Damansara dan dijangka mula beroperasi pada akhir tahun ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasar raya yang bernilai kira-kira RM3 juta itu akan memasarkan hasil pertanian segar daripada ladang terus kepada pengguna tanpa melibatkan orang tengah.
"Pasar raya ini akan menjadi platform utama untuk peladang memasarkan produk pertanian mereka dan pengguna boleh mendapatkannya dengan harga murah berbanding pasar raya lain.
"Segala hasil pertanian seperti ayam, daging, buah-buahan, sayur-sayuran dan beberapa produk kering yang dikeluarkan para peladang dan usahawan tani akan dijual untuk dipasarkan kepada pengguna.
"Justeru, saya berharap pembukaan pasar raya agro ini akan berjaya serta menjadi perintis kepada pasar raya lain dan seterusnya dikembangkan di seluruh negara," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Agrobank di Kota Damansara di sini hari ini.
Nafas dan Agrobank hari ini menandatangani perjanjian untuk membiayai sebahagian pembelian bangunan baharu di Kota Damansara sebagai rancangan pengembangan dan pembangunan untuk persatuan tersebut.
Menerusi perjanjian ini, Nafas akan menerima jumlah pembiayaan sebanyak RM58 juta daripada Agrobank untuk membeli bangunan tiga tingkat di Kota Damansara dengan keluasan binaan 18.952 meter persegi dan keluasan tanah 13.564 meter persegi.
Bangunan tersebut akan dibangunkan sebagai Pusat Pengumpulan dan Pengedaran (CCDC) dan pasar agro yang akan beroperasi di tingkat bawah.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Pengerusi Nafas, Datuk Seri Saipolbahari Suib dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Wan Mohd. Fadzmi Wan Othman sambil disaksikan Ismail Sabri.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, projek pasar raya agro tersebut merupakan antara inisiatif kementeriannya dalam memerangi orang tengah.
Menurut beliau, pihaknya juga bercadang meluaskan pembinaan pasar raya agro di seluruh negara pada masa akan datang.
Katanya, pasar raya agro kedua yang telah dikenal pasti adalah di Tanjung Agas di Muar, Johor dan dijangka beroperasi pada akhir tahun ini.
"Ketika ini, proses mengubah suai pasar raya agro di Muar sedang dijalankan dan kita menyasarkan sebuah pasar raya agro dibina di setiap negeri," katanya.
Sementara itu, Saipolbahari dalam ucapannya berkata, pasar raya agro itu juga akan dibangunkan dengan sistem pembelian melalui dalam talian bagi memastikan capaian meluas terhadap pasaran.
"Ini bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan barangan segar daripada pasar raya tanpa perlu bergerak.
"Selain itu, ia juga akan menjadi hentian setempat untuk para usahawan peladang bertemu dengan bakal-bakal pelanggan dari dalam dan luar negara," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Untung la ddk kota damansara. Macam2 pasaraya ade kat sane. |
|
|
|
|
|
|
|
best....
banyak sayur organik terjual nnt |
|
|
|
|
|
|
|
kembangkan juga kt area ampang-kajang sane |
|
|
|
|
|
|
|
menarik ni, senang cari ulam ulaman herba etc |
|
|
|
|
|
|
|
Kota damansara tu dah ada 4 hypermarket ... tesco, giant, care4 ngan Jaya ... Lagi mau tambah agro pulak ... Haiyooo |
|
|
|
|
|
|
|
hargo nya...ado beza tak dengan..pasar tani...nanti...
|
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 posted on 27-8-2014 01:01 AM
Kota damansara tu dah ada 4 hypermarket ... tesco, giant, care4 ngan Jaya ... Lagi mau tambah agro p ...
care4 dah xde..dah jadi AeonBIG..hehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Wow, I suka konsep ni, entah harga utk brg2 mahal ke X? |
|
|
|
|
|
|
|
bertambah jem la kot jln kt KD tu |
|
|
|
|
|
|
|
Good!!! kasi mati itu org tgh. Rega sayur di ladang 50sen sekilo, sampai ke kedai RM5 sekilo. |
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 posted on 27-8-2014 01:01 AM
Kota damansara tu dah ada 4 hypermarket ... tesco, giant, care4 ngan Jaya ... Lagi mau tambah agro p ...
Diorg akan terpaksa ikut nanti - bypass org tgh. Baru pembeli untung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat KD jugak byk kedai2 runcit. kita sebagai pengguna memang seronok tapi peniaga runcit mesti tertekan |
|
|
|
|
|
|
|
kat area mana tu? macam-macam ada kat Kota Damansara ni. hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
tak ade org tengah
yg menjualnya nanti bangla nepal kemboja vietnam |
|
|
|
|
|
|
| |
|