CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5002|Reply: 39

Raja Azrey Tetap Guna Gelaran 'Datuk Naning'

 Close [Copy link]
Post time 27-8-2014 01:26 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Raja Azrey sedia dikritik sekiranya gelrana Datuk yang diterima mengundang persoalan.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Pelakon Raja Azrey tetap akan menggunakan gelaran Datuk yang diterimanya daripada puak adat pepatih Naning walaupun perkara itu tidak diiktiraf di negara ini.

Raja Azrey berkata, ini berikutan dia merasakan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menghargai puak berkenaan yang mengiktiraf jasanya selepas menghasilkan teaterLagenda Dol Said yang mengisahkan tentang sejarah pahlawan Melaka baru-baru ini.

"Sebenarnya saya enggan menceritakan perkara ini kerana ia akan mengundang persoalan dan kontroversi kepada semua pihak.

"Saya faham pertikaian itu berpunca kerana mereka keliru dan tidak faham apakah tujuan pengiktirafan itu diberi.

"Apa-apapun, saya akan menggunakan gelaran Datuk bagi tujuan tertentu seperti kerja-kerja rasmi," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.

Baru-baru ini, sebuah poster teater 3 Kali Sayang yang bakal dipentaskan pada 30 Ogos ini di Auditorium MPAJ Pandan Indah telah dikeluarkan untuk tujuan promosi.

Bagaimanapun nama Datuk Raja Azrey sebagai penulis skrip dan pengarah yang dipaparkan pada poster berkenaan mengundang pertanyaan semua pihak tentang penerimaan gelaran tersebut.







Sementara itu, Raja Azrey menambah, majlis pengurniaan darjah kebesaran itu belum lagi dilaknsakan. Bagaimanapun dia sudah boleh menggunakan gelaran tersebut selepas menerima surat rasmi daripada puak Naning pada empat bulan lalu.

Dalam pada itu, pengarah teater itu sedia menerima kritikan daripada masyarakat yang tidak mengiktiraf gelaran tersebut.

"Bagi saya senang sahaja. Saya menerima pengiktirafan ini sebagai tanda menghargai pihak sana (puak Naning).

"Jika ada yang mempertikaikannya, tidak apa, saya tidak kisah. Dan jika siapa-siapa yang mahu tahu kebenarannya, silalah ke Istana Nan Panjang yang terletak di Simpang Empat, Melaka," ujarnya.

Terdahulu, kontroversi isu 'Datuk Naning' tercetus apabila pelakon komedi Pian (Cecupak), Boy Iman dan penyanyi Nash dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M) yang membawa gelaran Datuk pada Mei lalu.

Majlis pengurniaan darjah kebesaran itu dilakukan semperna hari keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning  Ke-21, Datuk Nordin Abd Jalil yang diadakan di A Famosa Resort, Melaka.

Sementara itu The Star  pada 27 Jun 2013 melaporkan, anugerah yang diberikan oleh ketua-ketua wilayah dan pemimpin-pemimpin tradisional mana-mana negeri tidak diiktiraf di negara ini melainkan kurniaan Yang di- Pertuan Agong dan ketua-ketua kerjaaan negeri.

Akhbar Utusan Malaysia  pada 30 Mei 2011 turut memetik kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menjelaskan  anugerah dan  gelaran yang disampaikan oleh kumpulan berkenaan adalah tidak sah dan tidak diiktiraf oleh kerajaan kerana hanya Yang Dipertua Negeri sahaja yang mempunyai hak mengurniakan sebarang darjah kebesaran.

Pihak berkenaan pula mendakwa anugerah itu adalah sah dalam adat pepatih Naning dan tidak menyalahi undang-undang selain tiada kaitan  dengan kerajaan negeri mahupun persekutuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2014 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Hadap sgt nk jd dato
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 01:53 AM | Show all posts
jalan-jalan dekat kuala lumpur, baling sepuluh batu, mesti kena sorang dato'
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 06:59 AM | Show all posts
Sian deme terlalu taksub dgn kedato'an yg diterima walauponnnnn...~
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 07:11 AM | Show all posts
dato naning ropenya....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Artis dia sorang jer ke yg dpt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2014 07:25 AM | Show all posts
cet...dah agak..nasib tak ckp tahniah kat tred satu tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 07:31 AM | Show all posts
kesiannnn...gelaran datuk naming jer yg dia mampu dapat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2014 08:16 AM | Show all posts
La..naning ke..
Hadap sgt gelaran tu walaupun dari kerajaan yang tak diiktiraf. Xpaham
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 08:22 AM | Show all posts
dh agak
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bongok sangat nak dpt Datuk. Rasa geli artis yg ade gelaran nie
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Poster pprt mana tuh..pelakon smua berkerak pprt xinternasional ansung.ax
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ar geng dgn datuk boyiman note3.
Bhahahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 08:31 AM | Show all posts
hadap sgt tau gelaran dato itew walaupun........
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 08:56 AM | Show all posts
kesian...hadap sgt pangkat datuk...

takat hasilkn teater sejarah boleh dpt pangkat datuk??? bole bayangkn tinggi rendah 'nilai' datuk naning...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa artis2 ni ok je. Dah puak naning nk memberi.

Tapinya si puak naning ni mcm nk tunjuk power beri org gelaran. So sapa lagi yg sanggup nk terima klu bukan golongan artis suam2 kuku ni

Klu artis hot mendidih sultan pahang dah bermurah hati bg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2014 09:01 AM | Show all posts
kehkeh naning je rupanya
datuk low class
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 09:22 AM | Show all posts
baru iols taw kt melaka pon ade dato undang... ingatkan kat negeri 9 jek... nanti aku nak carikla istana kt simpang ampat melaka tu..aku orang melaka..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 09:25 AM | Show all posts
Elokla.takdela dato boy iman malu sorg2
At least die ade geng dato jugak
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai pulok retis dpt tetelll dato dari naning...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.081156 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list