CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1697|Reply: 0

[Jenayah] Edisi Minyak Angin Plzzz: Pasangan kekasih ditahan bantu kes bayi mati didera

[Copy link]
Post time 27-8-2014 08:12 AM | Show all posts |Read mode
Shah Alam: Seorang remaja perempuan dan kekasihnya ditahan polis di Hospital Kuala Kangsar, Perak, Ahad lalu selepas disyaki mendera sehingga menyebabkan kematian bayi lelakinya yang berusia 15 bulan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, pasangan masing-masing berusia 33 dan 16 tahun terbabit ditahan sejurus polis menerima laporan bedah siasat daripada hospital yang mengesyaki mangsa didera.

Difahamkan, remaja perempuan itu dalam perjalanan ke kampung halamannya di Pulau Pinang bersama bayi dan kekasihnya namun berhenti di satu kawasan berhampiran Kuala Kangsar untuk memberikan susu kepada anaknya itu.

Bagaimanapun, bayi itu tidak sedarkan diri menyebabkan mereka bergegas ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan kecemasan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, bayi itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas 15 minit mendapatkan rawatan.   “Ibu mangsa kemudian membuat laporan kematian anaknya di balai polis berdekatan, sementara pihak hospital menjalankan bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian,” katanya  selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.

Mohd Adnan berkata, hasil bedah siasat, pihak hospital mendapati terdapat unsur jenayah kerana ada kesan luka dalam perut dipercayai akibat hentakan benda tumpul.

Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pasangankekasihditahanbantukesbayimatididera/Article/index_html

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.712894 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list