CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3478|Reply: 9

Bekas 007 Pierce Brosnan Kembali

[Copy link]
Post time 28-8-2014 12:57 AM | Show all posts |Read mode


LOS ANGELES: Bekas ejen MI5, 007 Pierce Brosnan telah kembali ke layar perak sebagai perisik dalam filem berjudul "The November Man".
Bagaimanapun, kali ini dia tidak akan membawa watak sebagai ejen British, James Bond, sebaliknya sebagai ejen Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) yang bertelagah dengan bosnya.
Aktor Irish itu menegaskan yang dia tidak sedikit pun berasa kekok untuk membawa watak aksi walaupun sudah mencecah usia 61 tahun.
Dirakamkan di Belgrade, filem tersebut sudah mula ditayangkan di seluruh Amerika Syarikat mulai Rabu.



"The November Man," yang turut diterbitkan oleh Brosnan adalah kisah berdasarkan siri novel Bill Granger, yang menceritakan tentang pengembaraan Peter Devereaux, bekas ejen CIA yang terpaksa dipanggil bertugas semula selepas bersara untuk satu misi terakhir.
Misinya ialah untuk mendapatkan seorang perisik wanita Rusia di Moscow, (yang juga merupakan ibu kepada anaknya) kerana ejen wanita itu mempunyai bahan bukti tentang skandal jenayah salah seorang calon presiden Rusia.
Pada masa yang sama, bekas pelatih Devereaux, yang bernama David Mason (Luke Bracey) turut ditugaskan membunuh ejen wanita tersebut.
Apabila misi ini menjadi tidak terkawal, Mason telah diarahkan supaya menghapuskan mentornya Devereaux pula sekaligus mencetuskan konflik dan sebagainya.
Brosnan mengakui, menerima semula peranan sebagai seorang ejen selepas 12 tahun meninggalkannya adalah sesuatu yang sukar.
Kata Brosnan walaupun telah membawa watak perisik berulang-ulang kali dalam filem James Bond tetapi dia masih memerlukan latihan untuk filem terbarunya ini.
Pengarah Roger Donaldson berkata, cabaran terbesarnya ialah bagaimanakah untuk mengadaptasikan cerita itu ke dalam era moden yang memiliki telefon bimbit, pesawat pengintip drone dan teknologi moden yang lain.
Ini kerana novel tersebut dihasilkan pada era kesemua kemudahan tersebut masih belum wujud lagi.


Last edited by changa=famri7 on 28-8-2014 12:59 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua tapi still headsome
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:20 PM | Show all posts
Wow...bond kasanova kembali
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 09:19 PM | Show all posts
Banyak gak siri james bond yg beliau lakonkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Laku lagi hero tua ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 05:45 PM | Show all posts
Korang suka bond ini ker bond terkini ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2014 07:19 PM | Show all posts
Personally aku rasa dia ni Bond yg paling memorable.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 11:11 PM | Show all posts
bond ni lg hensem dr yg sekarang.. tua2 pun hensem lg..pandai die cari doktor dermatologist
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2014 09:14 PM | Show all posts
Bond yg suka beromen...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 08:06 AM | Show all posts
English dia slang amerika...bukan slang england
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.490746 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list