CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: changa=famri7

DRACULA UNTOLD

[Copy link]
Post time 6-10-2014 12:14 AM | Show all posts
"Sometimes the world doesnt need a hero, but... a monster (a.k.a unsung hero)"-Dracula

  Dracul mean dragon in Romanian language, thats why he wears the dragon symbol on his suit of armor.
So now they're going to make Dracula into Batman.. Dark crusader !! mm....tpi ade yg btol ade yang slah sooo,...Cite dracula yg xpernh d cerita udahlama.. Sbb yg original x logic.. So dia org x cube nk logik kan cerita asal


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2014 02:17 AM | Show all posts
radu molasar
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 03:03 PM | Show all posts
Biase jer... Bab tukar2 jadik klawa tu ada different sikit
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 08:32 PM | Show all posts
Ermmm dah tgk citer ni.. 6/10 bintang...bg saya bg yg xtu sejarah pasal zaman ni, they will said how bd islam was... Citer ni bagi bad impression pada islam .. Not good... Tp dr segi jln citer mula mula mcm ok, tp ketidak logikan untuk rampas anak sampai beribu2 mati such a stupid stori... Nampak more to personal problems plak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 10:13 PM | Show all posts
Mel baru tengok...

Bagi mel ok aje cerita ni...pasal islam tu psersepsi sana..tapi mel puji teknik peperangan fateh...terutama masa saat dia suruh askar tutup mata...sesuai watak al fateh...ni pandangan islam bagi pihak sana....

Dracula tu menjadi watak dia kan...dia stail actually jahat tapi guna konon dia baik x bersalah....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 08:54 AM | Show all posts
mcm x best jek citer smpi mempersendakan islam...aku x leh trima la wpon dlm pilem kan...
tp en somi dh request nk tgk plk..hurmmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2014 12:40 PM | Show all posts
khabarnya bakal diharamkan...........
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 12:59 PM | Show all posts
muvie ni nanti ada sequel ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 01:45 PM | Show all posts
okey la cite ni. 3/5 bintang.




Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 02:09 PM | Show all posts
bini dia jatuh dari menara tinggi tak berkecai pun uolss. menten canteeek gitu. hahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 05:34 PM | Show all posts
baru jer tgk td.. cite dia cool.
adat laa cite camni pasti ada mngarutnya.

so mna part yg islamic tu, xyh laa nk prcaya sgt, sbb dh diolah drp true story.
ada nmpk confident level Luke Evans ok dlm cite ni, selain dr menolong The Hobbits sbb bukan slalu Luke dpt watak utama dlm mna2 movie.

kebarangkalian cite ni ada sequel nya.
Jeng jeng jeng..

aku bg 7/10 utk cite ni.


p/s: sgt cool tgk cite ni drp cite Annabelle yg hazabedah ittew.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu movie dracula yang aku rasa paling close to being accurate tapi tak ingat tahun bila. Ada cerita pasal radu, pasal bapa vlad, pasal his wife. Tapi tak ingat lah adoii. Dracula tu pun hensem. Complete package movie tu huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 07:04 PM | Show all posts
nak sejarah pasal antu suka isap darah org neh, bleh pegi sini
Origin of the name "Dracula"
dan juga kat sini.....>Ni la drakula y suka sgt2 hisap darah
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 07:15 PM | Show all posts
Pendapat mel...mel x sabar nak tengok sambungan..mel harap ade keturunan sultan fateh lawan drakula ni....

Kalau ikut sejarah..drakula n fateh rakan ...drakula siap belajar pasal islam n bahasa turki..adik beradik drakula tu ramai peluk islam..dlm film ni ade dinyatkan mmg drakula ni jahat..cuma berpuran atas nama peace aje
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 10:11 PM | Show all posts
kalau filem dah omputih namanya mestilah nak omputih menang...

mana2 filem omputih yang mesti nak nampak omputih yang hero mcm "black hawk down"

enjoy the movie sudah.. tak yah sentap2 bagai islam terhina...

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 10:34 PM | Show all posts
Ingatkan ada watak Radu cel Frumos, aka Radu the Beautiful Kalo mcm tuh ai tunggu DVD jah

Dikatakan Vlad Tepes dan adiknya Radu semasa jd tahanan politik Sultan Murad, derang mempelajari al Quran dan bahasa Turki. Bila dewasa Radu memeluk Islam dan mengahwini seorang wanita Muslim, seterusnya mengetuai Jannisary. Manakala Vlad Tepes meneruskan rasa benci tahap langit ke-7 dgn waris Sultan tersebut, sultan Mehmet, dgn Radu sekali.
Namanya cuma dikaitkan dgn segala benda vampire bila Bram Stoker menghasilkan buku 'Dracula'.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2014 10:31 AM | Show all posts
Kedaulatan Sultan Al-Fateh dicalar dalam Filem Dracula Untold


Sedih, sebak, marah, geram….

Macam-macam perasaan timbul apabila menonton filem terbaru dari Universal Studios yang bertajuk “Dracula Untold-Reign of Blood”

Ini antara sinopsis cerita berkenaan..
Filem ini menampilkan barisan pelakon yang boleh tahan famous. Antaranya ialah Luke Evans, Dominic Cooper, Sarah Gadon, Charles Dance dan ramai lagi.

Kisah ini bermula pada tahun 1462 di tanah Transylvania yang pada ketika itu aman damai di bawah pemerintahan pahlawan perang yang amat digeruni, Putera Wallachia, Vlad III The Impaler (lakonan Luke Evans).

Namun keamanan Transylvania mula bergoyah apabila Sultan Mehmed II (lakonan Dominic Cooper), pemerintah empayar Uthmaniyyah mengarahkan agar Vlad menyerahkan 1,000 orang kanak-kanak lelaki untuk menjadi bala tenteranya.

Tidak cukup dengan itu, Sultan Mehmed juga mahukan anak Vlad, Ingeras (lakonan Art Parkinson) berpisah dengan Vlad dan Mirena (lakonan Sarah Gadon), sekaligus dibesarkan di bawah kawalannya.

Enggan menurut perintah Sultan Mehmed itu, Vlad meminta pertolongan Master Vampire (lakonan Charles Dance) di gunung Broken Tooth supaya memberikannya kuasa untuk menewaskan bala tentera Turki.

Namun, pertolongan Master Vampire bukan lah free ya ? Sebabnya, Vlad harus menahan keinginannya untuk minum darah manusia selama 3 hari. Jika ingkar, Vlad akan bergelar dracula buat selamanya.

Tetapi yang amat sedihnya disini kerana kenapa Lembaga Penapisan Filem membenarkan filem ini ditayangkan di Malaysia sedangkan sudah jelas filem berkenaan menghina kedaulatan Sultan Al-Fateh dan menyertakan kalimah Allah dan Nabi Muhammad SAW pada surat perjanjian yang di tandatangani dengan darah..!!!

Kesal dengan kealpaan dan kelalaian pihak berwajib…mereka seharusnya lebih peka dengan isu ini…dan paling menyanyat hati apabila filem ini boleh ditonton oleh kesemua lapisan masyarakat…!!!! SubhanaAllah….harap sangat kerajaan bertindak segera dan memperketatkan undang-undang dalam penapisan filem yang ingin ditayangkan di Malaysia…


Persoalannya adakah filem ini ditayangkan tanpa mendapat kelulusan atau pihak atasan hanya meluluskan tanpa melihat dengan teliti dari aspek keagamaan ??


http://arusbaru.my/




Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 01:28 PM | Show all posts
hmmmmm ..nak jugak bagi pendapat kat sini sbb dah lama tak lepak kat bod filem...
dari segi entertainment, cerita ni mmg best, boleh ringankan pale jap dgn mencuci mata dgn kehenseman Luke Evans .... disebabkan filem ni aku mula marathon balik filem2 dia...
anyway, dari segi jalan cerita mmg tercetus rasa payau la bila tgk ..... but what do u expect, it is a Hollywood movie afterall .....
dorg mmg penuh propaganda, mmg penuh putarbelit ....

#justmytwocents

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 12:01 AM | Show all posts
tanak komen pasal mempersenda kan islam..what do you expect dengan hollywood? byk jugak religion lain yang diorang persendakan.

tapi nak komen storyline bodoh cite nih..
scene set sgt fake. dah macam kru studio yang produce cite nih...
jalan cite memang direct, tapi tah kenapa aku rasa slow sgt cite nih. boleh main henset lagi dalam wayang tu. tah hape2..nak berperang pun siap nak poem2..ko selamatkan rakyat ko sudah. macam nampak sgt si vlad ni bodoh...

underworld is way better than this untolol story nih...sory..memang buang duit aku..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 11:22 PM | Show all posts
Belum tgk lagi... baca dulu sejarah dia supaya tak derla terpengaruh dgn dakyah holywood ni..

Melihat cerita Dracula Untold memang benar mencabar

begitu dashyat putar belit Hollywood dalam mengggelapkan Sultan Al Fateh dalam filem ini

sekarang mudah sahaja nak mengubah sejarah
buat saja movies, masukkan elemen love sikit supaya penonton mudah cair
( kalau buat buku orang tak baca, kalau buat movies, genre action pula, confirm marketing dan audiensnya lebih meluas)

tunjukkan sisi Vlad the Impaler yang sangat baik sampai sanggup korbankan diri kerana rakyatnya

manakala Turki Uthmaniyah dimainkan sebagai kerajaan yang sangat kejam dan gila kuasa

yang hairannya

mereka tidak pula menunjukkan bagaimana Vlad The Impaler membunuh delegasi Turki dengan mengetuk paku ke dalam kepalanya
(dulu delegasi ialah orang tidak boleh dibunuh walaupun dalam perang sekalipun, kalau bunuh, itulah jenayah paling terbesar waktu ketika dahulu)

mereka tidak tunjukkan penyembilan beramai ramai umat islam seramai 300,000 ribu orang di Wallachia oleh Vlad

mereka tak tunjukkan pula payudara wanita dipotong dan penderaan seksual terhadap muslimah muslimah Islam oleh Vlad

mereka tidak pula menunjukkan orang miskin direbus hidup oleh Vlad

mereka tak pula tunjukan yang Vlad pernah meracun sungai Danube

tetapi dalam filem
nah

sekarang
Sultan Muhammad Al Fatih, sultan yang terbaik menurut sabda Nabi
pembuka Kota Constantiinople
Di mana strategi beliau merupakan strategi perang paling terbaik di dunia oleh pakar strategi zaman ini

Penawanan pula dibuat secara aman, tidak ada pembunuhan beramai ramai seperti apa yang dibuat oleh Rom, Parsi, dan Monggol apabila mereka menawan sebuah kota
(Tapi seperti biasa, kebanyakan dokumentari dan buku sejarah Bharat kata tentera alFateh telah membakar, membunuh,menyembelih dan merogol rakyat jelata selama 3 hari 3 malam)

Malah Sultan Mehmet II( Al Fateh) juga digelar sebaik baik raja menurut hadis nabi

tapi kini sudah dianggap dunia sebagai
seorang pembuli, berlagak, dan gila kuasa dek kerana filem ini!

Jannisari, kumpulan tentera komando elit pada Turki Uthmaniyah juga tidak terlepas dari fitnah ini
Iya,

sememangnya sejarah merakamkan Turki Uthmaniyah mengambil anak anak Kristian sebagai ahli

Ya,

dalam satu sudut nampak seperti oppress
tetapi tujuan Sultan mengambil anak anak Kristian, ialah golongan ini tidak ada kepentingan pollitik ataupun mana mana hubungan dalam pimpinan negara
ini memastikan tidak berlaku “coup-de-etat” di kalangan tentera Janissari terhadap kerajaan

Malah pengambilan bukannya sekejam digambarkan dalam filem ini
direkodkan ibu bapa Kristian merebut merebut menghantar anak mereka ke Jannisari kerana mereka akan mendapat paling terbaik oleh negara

Mereka akan belajar secara percuma, disekolah percuma, makanan diberi percuma

siap ada ibu bapa yang menyamar jadi Kristian lagi semata mata ingin menghantar anak mereka untuk menyertai Jannisari!!

mana tidaknya
semua percuma

Kata sejarawan Georgiades Arnakis
“Polisi Turki Utmaniyah antara paling baik kepada golongan Kristian berbanding kerajaan sebelumnya seperti Byzatine dan Roman”

Satu lagi
Lakonan Dominic sebagai Sultan Mehmet agak tidak sesuai
( nama pun cerita kait sejarah kan, mestilah buat betul betul ikut karakter,orang dalam bidang lakonan mesti lagi sangat tekankan benda ini)

Kalau kita ihat lukisan Gentile Bellini yang melukis muka Mehmet Al Fateh
ia lebih segak dan hensem kot

sebab sultan sultan di Turki Utmaniyah waktu itu sangat dijaga rutin hidupnya dan pemakanannya oleh pakar pakar nutrisi sentiasa supaya tampak segak dan tampan

mereka tinggi
badan sasa
tidak gemuk

bila musuh melihat sahaja sudah kagum dan gerun

iya dalam durasi 92 minit sememangnya waktu yang sangat singkat untuk menceritakan sebuah tamadun yang bertahan lebih 600 tahun lamanya
saya akui

Saya juga tidak memaksumkan kerajaan Turki Uthmaniyah dan membuat kesimpulan bahawa tamadun ini tidak mempunyai sisi sisi gelap yang boleh diambil iktibar

banyak juga

tetapi
menghitamkan zaman kerajaan Turki Uthmaniyah pada era kegemilangannya
dan memutihkan Vlad The Impaler yang sangat kejam dan seorang pembunuh

adalah tindakan kurang adil bukan sahaja sebagai sejarawan
tetapi dari segi manusiawi!

* apapun
kelemahan kita orang islam juga ada
filem Malaysia masih di tahap memalukan
Dari Mamak Cupcake, Rindu Awok 101%,movies races races. mat rempit jadi contoh, hantu terlompat, hantu puyong, tak habis filem tahyul yang tidak membina penonton

lihat saja mereka
membuat movies ini bukannya ilmu sejarah datang dengan tiba tiba
semuanya dengan kajian dan bacaan

moga sinar kebangkitan filem filem Melayu dapat dipelopori seperti MrTheAllShared dan Hamasah Syabab yang akan memenuhi vakum kekosongan filem filem berkualiti dari tempatan mahupun dari dunia islam

tiba masanya kita pula menyebarkan propanganda melalui filem!
maksud saya bukan lagi filem filem cinta islamik

tetapi filem sejarah islam kita!

————————————–
TAMBAHAN
alaaa, come on la wey, movies je kot
yang overeacting sangat ni kenapa?
movies untuk entertaiment je la

yes, it just a movies.

cuba bayangkan perkara sama kepada kita. contohnya. ada orang hasilkan movies tentang kisah kita, semua hampir sama, dari tempat lakonan guna rumah kita, nama guna nama sebenar, mak ayah kita guna nama yang sebenar juga. tetapi, filem ni habis semua totally menghina kita, family kita, imej kita….
kata kita gila, kejam, pencuri, perogol

tuan masih anggap itu hiburan lagi ka?

disiplin menceritakan sejarah perlu dijaga
tidak kira ianya sekadar fisyen, tetapi apabila dimasukkan karakter yang diambil dari sejarah
Ketulusan dalam menyampaikannya perlu berhati hati

anda mungkin rasa ini hiburan, pergi baca comment di youtube oleh non muslim di europe di dracula untold review

baca apa mereka kata tentang turki uthmaniyah sekarang

“oppressor, kejam, melampau,barbaric
lepas tu siap sokong lagi Vlad sebagai hero”

lihat satu dua movies tentang sejarah Turki
terus comment seperti expert dalam sejarah ketamadunan Turki

sudah ramai yang dah percaya dek kekurangan ilmu tentang sejarah sebenar dari cerita ini

sekarang
hiburan lagi kah?

*sensitiviti kepada sejarah hanya pada mereka yang tahu kepentingannya…


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.063965 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list