“This is Hong Leong ! Hong Leong!!! Chinese Bank you know!!! It is not your Najib’s Bank, Bank Bumiputera, Stupid!!”
“This is Hong Leong ! Hong Leong!!! Chinese Bank you know!!! It is not your Najib’s Bank, Bank Bumiputera, Stupid!!”
JOHOR BAHARU: Seorang pengurus bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tuduhan mengucapkan ayat berbaur perkauman kepada seorang pekerjanya empat bulan lalu.
Liau Choy Wan, 44 didakwa dengan sengaja mengucapkan ayat berbaur perkauman itu yang membangkitkan kemarahan pekerjanya, Zulkefli Zainal, 49 dan mengetahui perbuatan itu mampu menjejaskan keamanan.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan di Hong Leong Bank Berhad, Aras 5, Wisma Tiong Hua, Jalan Kris, Taman Seri Tebrau di sini pada pukul 6 petang, 8 April lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Md Zahar Ngah yang mewakili Choy Wan memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain memberitahu jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.
Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 September ini untuk sebutan semula kes.
pegi berambus dok kat negara ko sendrik...kuang ajar....dh bg dok mesia lg mau belagak
dia pya ayat tu mmg mntk penampar btl la geram aku
sumbat je dlm jel....duit tu buat mkn2...
Johor Baharu, April 9, 2014 - Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang kakitangan Hong Leong Bank, Taman Sri Tebrau, berhubung perangai RASIS yang diherdik oleh seorang pegawai bank tersebut.
Pegawai bank tersebut adalah seorang wanita bernama LIAU CHOW WAN yang merupakan Manager Head of Department Hong Leong Bank.
Dalam kes ini, kakitangan berbangsa Melayu itu telah menerima satu notis untuk berpindah ke Hong Leong Bank Berhad di Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan.
Kakitangan berbangsa Melayu itu yang berusia 46 tahun yang hanya merupakan seorang kerani di bank tersebut, telah merayu dan memohon ehsan kerana telah bekerja di cawangan tersebut selama lebih 28 tahun.
Bagaimanapun, LIAU CHOW WAN terus mengherdik kerani Melayu itu dengan kata-kata berikut:
“THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB’S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!”
Perangai perkauman yang diamalkan oleh KEBANYAKAN PEGAWAI BANK HONG LEONG bukanlah perkara baru. Sebelum ini HONG LEONG BANK turut menyekat, menahan dan menghalang pekerja-pekerja beragama Islamnya daripada menunaikan solat dengan pelbagai alasan, termasuklah tidak menyediakan ruang untuk bersolat. Solat dikatakan sebagai membuang masa!
Laporan polis telah dibuat oleh kerani tersebut kerana sentimen perkauman yang cukup menebal di kalangan pegawai bank HONG LEONG yang hampir keseluruhannya berbangsa Cina dengan Melayu dan India kebanyakannya hanyalah pegawai atau kakitangan bawahan