CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] Adakah Sultan atau Majoriti ADUN yang berkuasa dalam perlantikan MB ?

[Copy link]
Post time 29-8-2014 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen posted on 29-8-2014 01:18 PM
Pada aku tindakan PR bagi nama Jijah sahaja sedangkan Tuanku dah minta lebih drpd satu nama dari set ...

Mmg dari awal lg bab pencalonan dah ditolak, mmg biadap dan tak fhm bahasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 01:31 PM | Show all posts
ladyxez posted on 29-8-2014 01:21 PM
Mmg dari awal lg bab pencalonan dah ditolak, mmg biadap dan tak fhm bahasa

Cristal clear skang sbnrnya Nuart nk jawatan MB dgn proksi Jijah...bukan sbb Khalid bermasalah..kalau semata mata nk turunkan Khalid BG nama calon mcm yg Tuanku nak...ni nk tunjuk keras kepala dgn Tuanku apahal? Semua dlm PR di Selangor berpakat utk biadap dgn Tuanku...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 01:37 PM | Show all posts
mrszack1 posted on 29-8-2014 01:15 PM
Tak kisah la sape pun mb selangor,, calon pkr atau pas,, janji bukan kak jijah kipas

ha`ah ..
sebab nampak sangat dah kak jijah hanya d pergunakan ja


Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer tengok ulasan Dr Rais Yatim, so good.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
a_gen2 posted on 28-8-2014 05:37 PM
betul... tp majoriti 30 ADUN dah nyatakan sokongan pd Azizah.  Ke 30 ADUN tu bukan majoriti???


Tak semestinya...ade artikel 54 undang tubuh negeri ...cer awakbaca kenyataan Dr Raid Yatim. Last edited by mbhcsf on 29-8-2014 02:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mrszack1 posted on 29-8-2014 01:13 PM
Alhamdulillah..., harap2 tak buat uturn ye

Salah sorang calon kata dia tarik diri sebab nak beri laluan pada nyonya kipas...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2014 02:14 PM | Show all posts
mrszack1 posted on 29-8-2014 01:12 PM
Berambus kan jeh bung nuar dan kak jijah dr negeri selangor,, tuanku

ddlm pr, anak selangor x ada yg layak jadi mb, bagi org penang mentadbir negeri selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
~anya~ posted on 29-8-2014 01:51 PM
Salah sorang calon kata dia tarik diri sebab nak beri laluan pada nyonya kipas...


Ish ish ish...dayusssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2014 02:37 PM | Show all posts
TMI memutar belitkan artikel the star , depa ambil statement out of context kemudian depa nampakkan seolah2 pendapat pemerintah yakni PR yang tentukan sokongan majoriti , padahal apabila di baca penuh kenyataan the star jelas memperlihatkan perkataan "ruler" di refer kepada sultan sendiri as " the selangor ruler"

The Selangor Ruler wants someone who can take care of the needs of the people and develop the state to the highest level,” he said.
He stressed that as provided under Articles LI (1), LIII (2)(a), (4) and LV (2)(a) of the Selangor State Consti­tution 1959, the Sultan of Selangor is given absolute discretionary power to appoint a mentri besar for the Selangor state government who, in the Ruler’s opinion, has the majority support of the State Legislative Assembly.


http://www.thestar.com.my/News/N ... ats-interest-at-he/



---------------------------------------------------


Sultan Selangor tolak calon MB dikawal orang lain, lapor portalThe Malaysian Insider – 1 hour 54 minutes ago

  • View PhotoSultan Selangor tolak calon MB dikawal orang lain, lapor portal




                                                   
        Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan menolak calon menteri besar yang boleh dipengaruhi oleh individu tertentu dengan “kawalan jauh”, lapor portal Mstar Online yang diterjemah daripada berita muka hadapan akhbar berbahasa Inggeris The Star.
        Laporan yang memetik sumber yang dekat dengan istana itu dipercayai merujuk kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
        Menurut laporan itu lagi, Sultan Selangor juga berhasrat calon menteri besar yang baharu itu bukan saja mendapat sokongan majoriti 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, tetapi turut berkemampuan untuk mentadbir negeri.
        “Sultan Selangor mahu seseorang yang prihatin terhadap keperluan rakyat dan membangunkan negeri di peringkat tertinggi,” kata sumber Istana Selangor seperti dilaporkan Mstar.
        Sumber itu turut menyalahkan Pakatan Rakyat (PR) kerana membangkitkan masalah sehingga menimbulkan krisis politik di Selangor dan menjejaskan pentadbiran negeri.
        “Ini adalah masalah dalaman parti,” katanya seperti dilaporkan.
        Sumber itu memberitahu portal milik The Star itu, seperti yang termaktub mengikut Artikel LI (1), LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959, Sultan Selangor diberi kuasa budi bicara mutlak untuk melantik seorang menteri besar bagi kerajaan negeri Selangor di mana bagi pendapat pemerintah, ia mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.
        “Seseorang itu perlu berupaya bekerja dengan semua parti termasuk barisan exconya sendiri serta mempunyai hubungan baik dengan istana,” kata sumber itu.
        Portal itu turut melaporkan sumber itu berkata, Perlembagaan negeri tidak menetapkan hanya anak Selangor yang boleh menjadi menteri besar.
        “Sebagai contoh, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Jamil Rais dilahirkan di Perak tetapi sebahagian besar hidupnya menetap di Selangor,” katanya.
        Sumber itu berkata, Sultan Selangor turut menyuarakan perasaannya mengenai kenyataan anti-Istana yang dibuat ahli politik tertentu yang merosak dan menyakitkan hati dan membatasi dengan hasutan.
        Beliau berkata, istana berkecil hati dan tersinggung dengan serangan berterusan daripada pihak tertentu.
        “Istana berdiam diri tetapi segelintir pihak membuat kenyataan anti-Istana.
        “Kenyataan tersebut menyinggung perasaan. Mereka ini perlu membaca Perlembagaan negeri dan memahami konvensyen istana, protokol dan tradisi sebelum membuat sebarang komen berhubung situasi itu.
        “Peguam tertentu daripada parti politik diupah untuk mentafsir perkara menurut apa yang pelanggan mahu,” katanya.
        Sumber itu berkata, bagaimanapun, Sultan Selangor tidak bimbang kerana krisis tercetus oleh parti menteri besar ketika ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum beliau dipecat.
        “Tan Sri Khalid Ibrahim masih lagi menjadi menteri besar, manakala baginda Sultan akan mengambil masa untuk membuat keputusan terbaik buat rakyat.
        “Tidak perlu panik kerana kerajaan sekarang bukan hanya kerajaan sementara semata-mata, ia adalah kerajaan penuh. Perkara yang berlaku adalah melibatkan pertukaran menteri besar dariPakatan Rakyat."– 29 Ogos, 2014.


Last edited by blastoff on 29-8-2014 02:46 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 02:42 PM | Show all posts
TMI translate artikel the star tapi depa tinggalkan perenggan tertentu lah plak, hanya amek perenggan yang nampak macam memberi kuasa pada pemerintah PR menentukan calon mana dapat sokongan majoriti ...... nampak tak tembelang TMI nih ? Last edited by blastoff on 29-8-2014 02:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bubar dun..suruh semua adun sokong Wan Azizah..konferm sultan boneka terkelu..sebab suara majoriti dr rakyat dan adun.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 02:44 PM | Show all posts
ladyxez posted on 29-8-2014 01:21 PM
Mmg dari awal lg bab pencalonan dah ditolak, mmg biadap dan tak fhm bahasa

Menunjukkan Anwar adalah seorang yg biadap dan ada agenda mementingkan diri sendiri. Tak kisah kalau gadai hak bangsa sendiri sekalipun janji dia berkuasa

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 02:50 PM | Show all posts
nobito posted on 29-8-2014 02:44 PM
Bubar dun..suruh semua adun sokong Wan Azizah..konferm sultan boneka terkelu..sebab suara majoriti d ...

Bubar Dun belum tentu pakatan menang lagi , siapa yang nak suruh semua adun sokong jijah tu sedangkan tak tahu lagi adun mana yang akan di pilih rakyat kelak  ?  

Kau ingat selangor ni fixed deposit PR ke yang jadi apa pun depa akan menang mutlak ? Last edited by blastoff on 29-8-2014 02:54 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul
Klu tski disingkir sbb tak perform, ganti je dgn mana mana adun, ni tak nak jugk bini , dah sultan kata submit lbh dua nama tiap parti nk jugk satu nama je , kuangjaq la namanya tu , awat org lain tak layak ka, i rasa kipas yg paling tk lyk antara semua, klu nk pompuan dr halimah better dr kipas
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 02:57 PM | Show all posts
blastoff posted on 29-8-2014 02:42 PM
TMI translate artikel the star tapi depa tinggalkan perenggan tertentu lah plak, hanya amek perengga ...

utusan apa kurang nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:00 PM | Show all posts
ladydutch posted on 29-8-2014 12:14 PM
wan azizah dibacking oleh 30 adun selangor

sementara kalau adun lain jadi calon mb

30 ADUN yg backing tu sume dah jamah nasik KANGKANG Papa KETUM!! Tu pasai jadi bangang lagu tu.... Cer buat PRU smula tengok... masihkah 30 ekor kera tu terpilih????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2014 03:00 PM | Show all posts
Sekarang ni aaa jelas sangat dah ada konspirasi antara TMI, lawyer2 buruk dan pemimpin2 PKR dan DAP untuk memutar belit tafsiran perlembagaan undang2 tubuh negeri selangor untuk memberi kuasa pada anwar untuk tentukan calon yang mana yang layak mendapat sokongan majoriti adun ......

Pihak istana pun dah dilaporkan menganggap perbuatan depa ni sebagai dah nak ke arah menghasut dah ..... hmm boleh di charge di mahkamah ni macam yang khalid samad kena tu . Last edited by blastoff on 29-8-2014 03:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:10 PM | Show all posts
Dah banyak kali dok ulang.. harap2 macai2 tukang tadah ayaq kencing ni paham laa.. situasi Kak Jijah kaa Bung Nuar kaa telah terjadi di Ganu..

istana tidak mahu Deris Jusoh jadi MB.. Deris Jusoh mendapat sokongan padu dari kalangan DUN BN.. pak lah pun beri sokongan.. pak lah p mengadap Sultan Ganu.. Sultan selamba jaa tolak.. awat Deris Jusoh tadak pegang MAJORITI kaa??

Sultan Ganu kaa Pihak Istana kaa minta calon lain juga dari parti yang pegang majoriti.. bukan dari hamPAS..  Ingat si Said tu dapat sokongan MAJORITI kaa dari ahli2 DUN BN??? tapi sebab hormat dan tahu akan bidang KUASA DYMM Sultan.. jadi la si Said MB juga..

Situasi sama juga di Selangor.. Sultan minta nama-nama lain dari kalangan pakatan rakyat juga.. bukan dari umno punn.. awat dok kurang hajar sangat?? Inilah manusia bodoh lagi bengap.. suruh belajaq sejarah tak mahu.. dok ke hulu ke hilir minom ayaq kencing Bung Nuar ..pastu tak mahu bayaq hutang PTPTN.. camne ilmu hendak berkat
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:16 PM | Show all posts
ni win win situation bg el jub dgn kekal mencalonkan kw kipas....dah terang terang sultan x nak, so nanti ramai la macai meroyan untuk membelakangkan istana.....ni nampak mcm ada something fishy going on behind scene......ni mcm bukan sbb nak kan jwtan mb tu sgt....mcm ada agenda lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 03:19 PM | Show all posts
miskintegar posted on 29-8-2014 03:16 PM
ni win win situation bg el jub dgn kekal mencalonkan kw kipas....dah terang terang sultan x nak, so  ...

Rafizi dah start meroyan di media dah, menghasut ADUN2 PKR agar membelakangkan kuasa sultan atas nama taatsetia pada wan azizah dengan menolak sebarang pencalonan nama melainkan jijah aje, itu usaha nak memaksa PAS untuk pilih jijah aje .




Rafizi seru Adun PKR tolak dicalonkan MBThe Malaysian Insider – 2 hours 18 minutes ago
  • View PhotoRafizi seru Adun PKR tolak dicalonkan MB
                                          
        Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Selangor perlu menolak sebarang pencalonan sebagai menteri besar Selangor oleh pihak tertentu sebagai tanda menghormati keputusan parti, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
        Rafizi berkata, keputusan itu juga selaras dengan apa yang dipersetujui dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang hanya mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor.
        "Saya menyeru Adun PKR Selangor membuat kenyataan terbuka menarik diri daripada sebarang pencalonan mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan sebulat suara PKR yang turut dipersetujui Majlis Pimpinan PR.
        "Kenyataan terbuka setiap Adun PKR di Selangor yang menyokong pencalonan Dr Wan Azizah adalah lambang kesetiaan mereka kepada parti dan perpaduan dalam melawan Umno Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

        Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini menolak pencalonan PAS menjadikannya calon menteri besar selain menyokong pendirian parti menamakan Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang.
        Timbalan speaker DUN Selangor itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat kerana mencalonkan dirinya memimpin negeri terkaya itu.
        Rafizi dalam kenyataan sama turut mengucapkan tahniah kepada Nik Nazmi kerana menyatakan secara terbuka sokongan penuh kepada pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.
        "PKR dan Majlis Pimpinan PR membuat keputusan sebulat suara Dr Wan Azizah adalah calon tunggal PR sebagai menteri besar Selangor.
        "Keputusan ini perlu dihormati sepertimana yang ditunjukkan Nik Nazmi," katanya.
        Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pada Selasa berkata baginda mahu lebih daripada 2 nama calon menteri besar daripada setiap parti komponen PR walaupun Dr Wan Azizah memperoleh sokongan majoriti DUN.
        Bagaimanapun, PKR dan DAP berkeras Dr Wan Azizah adalah satu-satunya calon pilihan mereka manakala PAS sedang menimbangkan lebih daripada 1 nama.
        Krisis menteri besar Selangor masih lagi buntu walaupun Khalid sudah bersetuju untuk melepaskan jawatannya.
        PAS sebelum ini menamakan Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calon untuk memimpin negeri itu. – 29 Ogos, 2014.







Last edited by blastoff on 29-8-2014 03:21 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.060806 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list