CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1444|Reply: 19

[Tempatan] Toyu rindu kenangan bersama Saad

[Copy link]
Post time 28-8-2014 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Arwah Saad menyuap kek hari lahirnya kepada Teoh.


        ARAU - Warga emas Ong Teoh Joo dari Kampung Baru, Pauh dekat sini bimbang dengan perpaduan antara masyarakat tidak seakrab seperti yang pernah dijalinkannya dahulu.

        Teoh Joo, 91, ataupun lebih dikenali sebagai Toyu berkata, biarpun dia berbangsa Cina, jalinan persahabatan dengan rakan berbangsa Melayu sangat utuh seperti adik beradiknya sendiri.

        Katanya, rakan baik yang dimaksudkan ialah arwah Saad Sakun yang telah meninggal dua tahun lalu.

“Dahulu kami selalu keluar menaiki basikal bersama-sama, malah semasa menyambut merdeka pada 1957 kami berbasikal ke pekan Arau bagi meraikannya.

“Saya dan Saad bersekolah di Sekolah Melayu Padang Siding, semasa kecil saya selalu dihantar ke rumah Saad oleh bapa saya apabila dia mahu keluar bekerja, ia menjadikan hubungan kami rapat walaupun berlainan bangsa,” katanya yang kini semakin uzur dijaga anak perempuannya di Kampung Baru.

        Bercerita lanjut, Teoh memberitahu dia juga boleh menulis dan membaca tulisan Jawi dengan lancar kerana mempelajarinya di sekolah.

        Jelasnya, tulisan Jawi satu ketika dahulu adalah tulisan yang menyatupadukan penduduk pelbagai kaum di Tanah Melayu namun kini ia semakin dilupakan walaupun orang Melayu sendiri yang beragama Islam.

“Saya selalu membaca akhbar dalam tulisan Jawi, sambil minum kopi di warung bersama Saad, kami akan membaca akhbar dan kemudiannya akan bersembang dengan laporan yang dibaca.

“Tapi sekarang tulisan Jawi tidak lagi diajar di sekolah terutama kepada bangsa lain seperti Cina dan India, malangnya anak dan cucu saya sendiri tidak berminat untuk belajar,” katanya yang mempunyai enam anak, 18 cucu dan lima cicit.

        Ujar Teoh kebolehan bangsa lain menguasai tulisan Jawi sudah jarang ditemui, begitu juga dengan persahabatan yang terjalin sepertinya bersama arwah Saad.

        Tambahnya, keikhlasan mereka  menjalinkan persahabatan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit walaupun usia mereka semakin senja.

“Boleh dikatakan hampir setiap tahun kami menyambut hari lahir bersama-sama, malah pada hari lahir Saad yang ke-88 dia tetap bertandang ke rumah saya untuk menyuap kek.

“Saya sudah lama uzur tetapi Saad lebih kuat walaupun dia lebih tua dari saya empat tahun, Tuhan lebih sayangkan dia dan dia pergi selamanya meninggalkan saya dua tahun lalu..saya sangat rindukan kenangan kami bersama susah senang dahulu,” katanya.

        Sambil menatap gambar mereka, Teoh menasihatkan supaya masyarakat mengutamakan perpaduan dengan menjalinkan persahabatan tanpa mengira bangsa dan agama supaya dapat terus menikmati kemerdekaan selamanya.


Read here: http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/toyu-rindu-kenangan-bersama-saad-1.311858


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Apek ni belum masuk Cari Forum lagi. Sekali masuk membaca komen-komen sampah merapu, pasti tekanan darah dia naik mendadak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 05:40 PM | Show all posts
Aiyaaahh ... manyaik sedey liaw..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 05:56 PM | Show all posts
Terharunya susah nak jumpa sahabat cam ni zaman sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 07:58 PM | Show all posts
time dekat sambutan merdeka,carilah berita sebegini..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:14 PM | Show all posts
cis aku ingatkan toyu makan dengan nasik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2014 08:17 PM | Show all posts


Beautiful friendship.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:26 PM | Show all posts
sahabat sejati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu lain, skrg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sekarang tak ada macam dulu. Saya aritu pi shopping, ternampak seorang amoi berpegang tangan best friend dia seorang awek Melayu yang bertudung sambil bershoping. Ada banyak kali juga saya tengok kat kedai mamak pelajar kolej swasta berbilang kaum duduk bersama sambil berbincang hal memasing.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 09:00 PM | Show all posts
1 malaysia..
selamat menyambut hari kemerdekaan ke-57..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 09:03 PM | Show all posts
good inspiration story.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 06:01 AM | Show all posts
perbelahan punca dari BTN
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Nickname punkicap.. Comeiii
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 07:26 AM | Show all posts
sedih baca...
kenapa la malaysia tak seperti dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 10:16 AM | Show all posts
sedihnyer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka sangat baca.

Mansuhkan sekolah vernakular( sekolah jenis kebangsaan).

Letakkan anak-anak melayu, cina, india dan lain2 dalam satu sekolah yang sama.

Kalau dari kecik dah diasing-asingkan, mana nak rapat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:40 AM | Show all posts
dah tua, dah tak sweet lagi pada pandangan aku. inilah keajaiban ciptaan tuhan. Dia mampu menarik balik ke-sweet-an seseorang hamba-Nya. tiada yang kekal. Subhanallah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:21 PM | Show all posts
masa kete aku masuk wad 3 bln pi keje naik teksi...
plg best naik teksi org2 tua...baik melayu, cina & india...

mesti dorang duk bercerita zaman memuda dlu...
sapa kawan2 dorang siap sebut nama macam aku kenal jer...
siap komen zaman skrg dah x macam dlu lg...
kdg sayu jer dgr citer dorang....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 02:02 PM | Show all posts
indahnya ikatan sebuah persahabatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.078330 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list