CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7247|Reply: 130

[Tempatan] Tempoh giliran menunggu haji 60 tahun

[Copy link]
Post time 28-8-2014 10:32 PM | Show all posts |Read mode
            KELANA JAYA: Tabung Haji (TH) akan mengkaji semula tempoh giliran menunggu untuk menunaikan haji bagi setiap pendaftaran yang setakat ini ditetapkan kepada 60 tahun.

Pengerusinya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, perkara itu akan diteliti dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk faktor kesihatan dan juga umur pemohon tersebut.

"Faktor umur adalah yang paling utama kerana kami akan bagi peluang kepada individu berumur 65 tahun ke atas yang belum pernah menunaikan haji untuk pergi terlebih dahulu.

"Dari segi kesihatan pula, ia bersandarkan kepada ujian pemeriksaan kesihatan yang dijalankan, dan jika mereka lulus ujian tersebut, kami akan lepaskan mereka untuk mengerjakan haji," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan ketiga jemaah Haji Malaysia di Kompleks TH di sini pada Khamis.

Di majlis itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat mengucapkan selamat jalan kepada 279 bakal jemaah haji yang dijangka tiba di Tanah Suci pada pukul 10.50 Khamis malam.

Abdul Azeez berkata TH juga akan mengkaji semula prosedur pendaftaran bagi mereka yang pernah menunaikan haji memandangkan bilangan pendaftaran kini mencecah 1.5 juta pemohon.

"Memandangkan 60 tahun satu penantian yang sangat panjang, jadi kepada pemohon yang ingin menunaikan haji semula selepas lima tahun kami terpaksa halusi pemilihan mereka," katanya.

Katanya, sehingga kini TH menerima 7,000 rayuan daripada mereka yang tidak terpilih untuk mengerjakan haji, namun atas pengurangan kuota yang dikeluarkan  Kerajaan Arab Saudi, rayuan tersebut hanya akan diteliti dan dipilih mengikut kekosongan yang ada.

"Tempoh waktu menunggu giliran akan berkurangan daripada tempoh asal yang diberitahu ketika mendaftar kerana ada juga di antara pemohon yang terpilih sudah meninggal dunia ataupun mengalami sakit yang berpanjangan," katanya.

Beliau berkata untuk tahun seterusnya, pemilihan giliran menunaikan haji akan dijalankan secara tegas dan teliti dengan mengambil kira pelbagai faktor, supaya setiap pemohon berpeluang mengerjakan haji.

Pada tahun ini, kuota haji hanya dihadkan kepada 22,320 jemaah berbanding 27,900 pada tahun lepas, katanya.            
                                                            

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 10:37 PM | Show all posts
haji dah jadi bisnes. org kaya je mampu pergi. contoh kalau ada rm 20 ribu boleh ambil pakej diamond. blh duduk hotel five star.

yang tak mampu kena tunggu giliran
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 10:44 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 28-8-2014 02:37 PM
haji dah jadi bisnes. org kaya je mampu pergi. contoh kalau ada rm 20 ribu boleh ambil pakej diamond ...

mungkin quota yg nak g tu ramai sgt aku rasa.. so far aku dok kat uk ne. sng je dpt tmpt. even ade chef yg kije kat sini, last minute je register,
trus approve visa. bayaran pn dlm 5k euro je.. and layanan org malaysia yg dtg dr oversea pn lain masa kat mekah.. ade double standard gitu..itu yg dicerita kn sendirik laa org2 kt sini yg dah gi
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 10:46 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 28-8-2014 10:37 PM
haji dah jadi bisnes. org kaya je mampu pergi. contoh kalau ada rm 20 ribu boleh ambil pakej diamond ...


banyak pakej rm40 ribu ada,60 ribu ada,90 ribu ada, 100 ribu lebih ada,,ni pi haji pun ade pakej vvvvviippppppp.....

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 10:47 PM | Show all posts

dlu penah masok parlimen,yg bangkit tu ahli parlimen dari sabah klo x silap..isunya 3,4 kali pi haji,sedangkan yg tua2 60,70 x pi2..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 10:48 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 28-8-2014 10:37 PM
haji dah jadi bisnes. org kaya je mampu pergi. contoh kalau ada rm 20 ribu boleh ambil pakej diamond ...

rm20 ribu package diamond???  naik sampan ke?? tidor dalam khemah ke??

rm20 ribu boleh duduk bilik share 5 orang je, bai....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2014 10:49 PM | Show all posts
i setuju jer kalu org2 berada gi haji under pakej swasta... at least kuota tabung haji leh bagi pada yg org2 biasa...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereput tunggu.kalau kaya boleh amik yang tak payah tunggu.konsep duit ada cepat sampai ke jannah kekdahnya.
Ada pernah aku baca buku Dina Zaman 'I am Muslim' xsalah tajuknya.Mak datin cakap kat dina zaman,orang kaya senang masuk syurga.sebabnya ada duit untuk menderma dan beribadah banding dengan orang susah.Di beri kesenangan dari segi tu.
Buku sinis berdasarkan kisah benar.Societyyyyy bak kata pearl jam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 10:51 PM | Show all posts
aku baru je daftar haji tahun lepas. akan dpt pergi haji umur 83. sekarang umur 28
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 10:52 PM | Show all posts
gnote_2 posted on 28-8-2014 10:44 PM
mungkin quota yg nak g tu ramai sgt aku rasa.. so far aku dok kat uk ne. sng je dpt tmpt. even ade ...

kat UK takde kuota... tak ramai muslim macam kat malaysia..
btw malaysian ddk luar negara ada kuota tak silap 1000 orang utk ke mekah.. kalau dari UK estimated +-RM15000 (including flight london-jeddah) ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 10:55 PM | Show all posts

klo kursus haji vvip buat kt hotel wei,,bukan kt mesjid cm kursus haji biase..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 10:57 PM | Show all posts
mamarilia posted on 28-8-2014 02:52 PM
kat UK takde kuota... tak ramai muslim macam kat malaysia..
btw malaysian ddk luar negara ada ku ...

yup. sape2 yg dok oversea.. ni la peluang nk menunaikn haji..
rege pn lagi murah..cepat pn cepat


Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 11:02 PM | Show all posts
Hmmm....orang kaya saja lah yang dapat cuci dosa.

Nasib orang miskin di dunia miskin kedana, nak cuci dosa pun tak dapat, mati belum tentu masuk syurga maklum dosa kekal tak bercuci dan kurang bersedekah
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 11:05 PM | Show all posts
GhostWalking posted on 28-8-2014 10:49 PM
Mereput tunggu.kalau kaya boleh amik yang tak payah tunggu.konsep duit ada cepat sampai ke jannah ke ...

Buku tu pernah kena hencap berjemaah di CI dulu. Padahal isinya bagus.

Mungkin ramai yang butthurt dengan isu sensitif seperti poligami, bomoh, bagai dalam buku tuh. Off topic.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
gnote_2 posted on 28-8-2014 10:57 PM
yup. sape2 yg dok oversea.. ni la peluang nk menunaikn haji..
rege pn lagi murah..cepat pn cepat
...

Klau dok kat thailand tu kira obersea jugak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 11:08 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 28-8-2014 10:37 PM
haji dah jadi bisnes. org kaya je mampu pergi. contoh kalau ada rm 20 ribu boleh ambil pakej diamond ...



.. uikssss... pakej rm20k dapat 5 stars? r u sure?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 11:14 PM | Show all posts
gnote_2 posted on 28-8-2014 10:44 PM
mungkin quota yg nak g tu ramai sgt aku rasa.. so far aku dok kat uk ne. sng je dpt tmpt. even ade ...

Apa dia layanan double standard tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh, daftar umo 20an, g haji umo 80an. Klu smpat, tawaf pki wilcha ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 11:22 PM | Show all posts
aq daftar tahun 2007, if ikut turn tahun 2027 smpi la insyaallah.
naseb daftar awal..
x mampu nk tunggu 60thn..
tunggu turn 20thn ni pon dah rasa lama naw..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2014 11:23 PM | Show all posts
Pakej Haji 2014
Aqiq (45 hari)  RM29K - RM34K
Topaz(30 hari) RM44K - RM57K
Zamrud (20 hari) RM89K - RM98K
ALMASS (16 hari) RM149K - RM169K
Last edited by R2D2 on 28-8-2014 11:26 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.070392 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list