CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: piao

All About Neelofa Vol 1

[Copy link]
Post time 16-11-2014 02:40 AM | Show all posts
NEELOFA BERHENTI MENGACARA NONA

PETANG Selasa lalu, saya menghantar kiriman WhatsApp kepada Neelofa untuk menemu bualnya sempena kolum Santai Selebriti minggu ini. Beberapa minit kemudian, pengacara, pelakon dan juga ahli perniagaan popular itu terus menghubungi saya.

Dengan nada lembut, Neelofa memberitahu, dia tidak suka membalas kiriman WhatsApp, sebaliknya lebih suka bercakap terus melalui telefon.

Lalu, perkara itu menjadi salah satu daripada lima perkara menarik tentang dirinya yang dikongsikan pelakon berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu.

Menyingkap mengenai Neelofa, selepas menjuarai pertandingan Dewi Remaja pada 2010, perjalanan hidupnya berubah serta-merta.

Kehadirannya sebagai pelakon menerusi barisan drama dan filem seperti Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, Jiwa, Lara, Kau Yang Terindah, Azura, Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan serta Saya Amat Mencintaimu (SAM), mewarnai persada seni lakonan.

Tangga demi tangga kejayaan dicapai Neelofa dan akhirnya nama pengacara program Nona serta MeleTop itu mula memuncak saat dirinya muncul sebagai Pengacara TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular pada tahun lalu.

Sensasinya nama Neelofa juga tidak sedikit, lebih-lebih lagi selepas dirinya putus cinta dengan pelakon kacak, Hans Isaac dan juga apabila dia digosipkan bercinta dengan kerabat diraja.

Seiring dengan itu juga, rangkaian bisnes Neelofa semakin berkembang apabila dia bakal muncul dengan bisnes baharunya, pakaian kasual.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini mengenai dirinya, Neelofa mendedahkan, dia bakal menamatkan kontrak sebagai pengacara Nona pada tahun ini.

“Alhamdulillah, sudah tiga tahun saya mengacarakan program Nona. Kontrak saya bersama Nona akan tamat pada tahun ini. Saya tidak akan sambung mengacarakan program itu. Bagi saya, cukuplah selama tiga tahun saya menempa nama dalam program tersebut.

“Saya bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada pengacara program popular itu. Kalau boleh, saya mahu mengacarakan program lain pula selepas ini,” katanya yang mula mengikat kontrak sebagai pengacara program TV3 itu pada Januari 2012.

Tidak berseorangan, menerusi Nona, Neelofa turut bergandingan bersama Fara Fauzana. Program popular itu juga pernah diacarakan oleh Datin Normala Samsudin, Datin Norjuma, Ezzah Aziz Fawzy dan Maya Karin.

MASIH BELAJAR

Berita tentang populariti, kontroversi, kekayaan, kejelitaan dan percintaan seringkali melingkari perjalanan kehidupan seorang selebriti. Neelofa juga tidak terkecuali, namun satu hal yang membezakannya daripada selebriti-selebriti lain apabila dia juga tidak pernah lelah menambah ilmu di dada.

Usai mengikuti kursus jangka pendek di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles, Amerika Syarikat, Neelofa kini sedang menghabiskan pengajiannya di peringkat ijazah dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran di Kolej Universiti Sunway.

“InsyaAllah, selepas itu saya akan mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang perniagaan di London pula,” ujarnya.

Kata Neelofa, tidak hanya di London, dia juga akan mengintai peluang mengikuti kursus jangka pendek di beberapa buah negara lain selepas ini.

“Saya sebenarnya suka menggembara ke negara orang. Ia dapat membuka minda dan mengurangkan tekanan kerja. Daripada saya menggembara sahaja, adalah lebih baik saya turut mengikuti kursus jangka pendek di negara-negara tersebut,” jelasnya lagi.

BISNES BAHARU

Sejak berusia 20 tahun lagi, sebelum Neelofa terbabit dalam dunia lakonan, pelakon berdarah Pakistan dan Arab itu sudah menceburkan diri dalam dunia bisnes.

Selama lima tahun dalam dunia bisnes, Neelofa sudah memiliki sebanyak empat rangkaian bisnes, Bellavita (prosuk kecantikan), Naelofar Abaya (jubah), Bokkita Hijab (tudung) dan Lofalens (kanta lekap).

Begitupun, setelah melihat perniagaan produk kecantikan dan abayanya itu stabil, dia kemudiannya telah melepaskan dua bisnes tersebut untuk dikendalikan oleh ibu dan kakaknya.

“Buat masa ini, semua bisnes yang saya lakukan adalah secara dalam talian. Insya-Allah, saya merancang untuk membuka dua kedai di sekitar Shah Alam dan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) pada tahun depan.

“Saya juga merancang ingin menambah satu lagi bisnes iaitu baju kasual,” kongsinya.




--------------------------------------------------------------------------------



APLIKASI WHATSAPP

Jika ramai orang lebih gemar menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai medium perantara, namun berbeza bagi pengacara jelita ini. Neelofa tidak suka membalas mesej menggunakan aplikasi WhatsApp, sebaliknya dia lebih senang jika terus bercakap melalui telefon bimbit.

“Saya memang tak suka membalas kiriman WhatsApp. Saya rasa tidak puas. Lagipun, saya bukan jenis yang suka mengadap telefon bimbit terlalu lama. Ada sesetengah orang suka membelek telefon bimbit tetapi saya bukan orang sebegitu.

“Saya lebih suka bercakap terus melalui telefon,” katanya jujur.

Tidak hanya untuk urusan tertentu, Neelofa juga lebih suka menghubungi rakan-rakannya melalui telefon bimbit.

Sikapnya itu memang diketahui oleh rakan-rakannya dan mereka jarang sekali menghubungi pengacara dan pelakon itu menerusi aplikasi WhatsApp.

MAKAN

Satu hal yang turut tidak disukai Neelofa apabila dia diganggu ketika makan. Bukan sombong, namun kata pelakon berusia 25 tahun itu, dia berasakan tindakan tersebut (mengacau ketika makan) adalah tidak sopan.

“Saya sebenarnya tidak suka diganggu ketika makan. Lebih-lebih lagi jika saya sedang terkejar-kejar ke tempat kerja.

“Mungkin, jika ada sesiapa ingin berbincang atau ingin mengambil gambar ketika saya makan, reaksi saya seperti tidak sudi. Sememangnya, tindakan itu tidak sopan kerana saya juga tidak akan melakukan perkara yang serupa jika seseorang sedang makan,” katanya.

Ceritanya lagi, tindakan tersebut akan menyebabkan dia berasa hilang selera untuk kembali menjamah makanan tersebut.

KERETA IDAMAN

Melihat pada kejelitaannya, pasti ada yang menganggap dia gemar pada pakaian, beg tangan atau kasut berjenama.

Bagaimanapun, pelakon filem Dollah Superstar itu memiliki minat yang berbeza. Neelofa lebih gemar pada kenderaan lasak.

“Kalau saya ada duit lebih, saya mahu membeli kereta idaman jenama Aston Martin DB9. Kereta itu memang menepati cita rasa lelaki tetapi saya suka kenderaan lasak seperti itu,” ujarnya yang buat masa sekarang masih memakai kereta jenama Range Rover.

Biasa membawa keretanya sendiri, Neelofa juga mengakui, dia seorang yang suka mengubah suai keretanya seperti lelaki, malah gemar memandu kereta dengan laju.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 2.htm#ixzz3JACm4UKl
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2014 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tentang ganggu org sedang makan tu, pastinya wartawan merujuk jawapan Lofa kpd pengomen di IG nya - photo menegur/ menasihati itu satu seni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:09 AM | Show all posts
She-eh posted on 16-11-2014 02:40 AM
NEELOFA BERHENTI MENGACARA NONA

PETANG Selasa lalu, saya menghantar kiriman WhatsApp kepada Neelo ...


Bgus la lopa nk undur diri dr Nona x yah tggu lama2..
Klau ada peluang cuba plak yg baru..tggu lama2 nanti jd x exclusive.
Pandai sheol set masa & plan utk career..
Hope jgn tggu lama kat Meletop..cuba jd perintis new prog plak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:15 AM | Show all posts
She-eh posted on 16-11-2014 10:49 AM
Tentang ganggu org sedang makan tu, pastinya wartawan merujuk jawapan Lofa kpd pengomen di IG nya -  ...


Sudah semestiny noks
Wartawan kan kaki stalk.x leh celen

Oya psl kes bergambo ni iols lucu gak..
After isu lopa bg explanation kat tuan badan baik2
Sehari lps tu fazura update status psl bergambar yg dlm flight tuh gak..serasi gituh
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:46 AM | Show all posts
mamahusna posted on 10-11-2014 02:17 PM
mcm sedapppp sgt kan tgk lofa duk mkn nasi airflown dr kelantan ni

kat pahang takde ke? teringin la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 12:28 PM | Show all posts
AsSohwah ‏@assohwah ·11 mins11 minutes ago
Bicara Neelofa bersama Prof Muhaya, bahagian 2. Nantikan SIARAN EKSKLUSIF di page Life by Design, 9 Malam ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2014 12:36 PM | Show all posts
Dr. Tengku Asmadi ‏@drasmadi ·Nov 12
Selesai rakaman Motivasi Magnet Diri bersama @aminbinidris dan @Neelofa  untuk TV Al-Hijrah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 09:31 AM | Show all posts
Lofa ni berpandangan jauh. I like.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2014 09:37 AM | Show all posts
drop lah rating nona ni nanti
nona tarik diri, mcm mana ngn meletop?
meletop lg xsesuai ngn imej suci neelopak skrg
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 10:32 AM | Show all posts
kosukeconan posted on 17-11-2014 09:37 AM
drop lah rating nona ni nanti
nona tarik diri, mcm mana ngn meletop?
meletop lg xsesuai n ...

khen.....mcm dia control2 gtu kan...

ganti ngan jihan pon okay kot.....tp kena cari pengganti jihan utk parody plak....

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
She-eh posted on 16-11-2014 12:28 PM
AsSohwah @assohwah ·11 mins11 minutes ago
Bicara Neelofa bersama Prof Muhaya, bahagian 2.  ...

Beb!  Tepek kat sni video ye.. Aku nak tgok..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
kosukeconan posted on 17-11-2014 09:37 AM
drop lah rating nona ni nanti
nona tarik diri, mcm mana ngn meletop?
meletop lg xsesuai n ...

Memang dia dah kate dlu pun dia nak berhenti nona.. Dia lebih prefer meletop dr nona katanya.. Coz meletop dia lbih jd dri sendiri n bebas..  Ala as long as dia boleh  jaga batas n handle.. Ok je kot.. Xyah la nak imej suci mane nokss.. xsanggup ku tgok lofa yg gila2 perangainye+kuat buli org  jd ayu bajet sesuci safi balqis 24/7..
Just be urself..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 06:42 AM | Show all posts
Meletop ni mmg rmai panatik kan...
Penonton sensitive gila..especially part host
Host pegi cuti producer pening pale mikir nk carikan host undangn
Masa lopa gi LA dulu tiap minggu follower gaduh psl host undangn pompuan kat twitter & ig

Mlm tadi producer mesti ingat bleh sng ati undang zizan sbg host sbb kirany zizzan tgh up skrg
Tup tup zizan kene cerca habis2an .x sangka aku

Masalah bsr bila time nk replace host..producer kene slow & steady
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 08:23 AM | Show all posts
so bila lopa nak kawin dgn sultan Kelantan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 09:01 AM | Show all posts
angsaemas posted on 16-11-2014 11:09 AM
Bgus la lopa nk undur diri dr Nona x yah tggu lama2..
Klau ada peluang cuba plak yg baru..tggu  ...

lofa ni ada ramai penasihat yang bagus disekeliling dia
that's why dia tak nampak bimbo
good job girl!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 09:21 AM | Show all posts
lofa memang exclusive.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2014 09:26 AM | Show all posts
adeqo posted on 19-11-2014 12:53 AM
Memang dia dah kate dlu pun dia nak berhenti nona.. Dia lebih prefer meletop dr nona katanya.. Coz ...

hehe sbb meletop kan gosip,
neelopak plak pakai tudung, mcm xsesuai i rasa
asal dia xbtepok tampar gesel2 ngn llki kat meletop udah lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 09:28 AM | Show all posts
angsaemas posted on 19-11-2014 06:42 AM
Meletop ni mmg rmai panatik kan...
Penonton sensitive gila..especially part host
Host pegi cuti pr ...

zizan kan da masuk dlm golongan poyos skrg
tu lah byk d cerca
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 09:41 AM | Show all posts
mengaku rindu homeland pon isu? kah3... funneh btol...
dah mmg asalnyer bdk lopa tu klate..lantak dia laa...
tak abih2 lg jaki ngan queen lopa.. get a life laa weih
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti lah isu lofa kalau bole nak balik kelantan bersemayam di sana kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.161549 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list