CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2383|Reply: 12

[Jenayah] Suami Perasan Watak Kill Bill: Tergamak ugut bunuh isteri

[Copy link]
Post time 29-8-2014 10:09 AM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki layak digelar suami ‘dayus’ apabila sanggup mengugut mahu membunuh isterinya hanya kerana tidak diberikan wang RM50, dalam satu kejadian di Kampung Alur Ketitir, Merchang, Marang, 17 Ogos lalu.

        Bagaimanapun, selepas hampir seminggu merahsiakan perbuatan terkutuk si suami, isteri malang itu nekad melaporkan kejadian berkenaan kepada polis, Ahad lalu.

        Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, mangsa yang berusia 24 tahun telah didatangi suaminya ketika sedang berehat di rumah mereka.

“Suspek yang berusia 29 tahun itu dengan selamba meminta wang RM50 sambil menggesa mangsa menyerahkan wang berkenaan, tetapi permintaan itu tidak diendahkan wanita terbabit.

“Malas melayan kerenah suspek, mangsa mengambil keputusan masuk ke dalam bilik untuk tidur, namun tindakan itu telah menyebabkan suspek naik angin sebelum mengekori mangsa ke bilik sambil membawa sebilah pisau,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.

        Wan Abd Aziz berkata, suspek mengugut akan bunuh mangsa dengan pisau berkenaan sekiranya masih degil tidak mahu menyerahkan wang seperti yang diminta sebelum ini.

“Terkejut dengan tindakan suspek, mangsa yang dalam ketakutan tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa menyerahkan RM50.

“Walaupun ketika itu, mangsa masih bimbang akan keselamatan dirinya, namun mangsa cuba memberanikan diri mendekati suaminya dan memujuk supaya bertenang, tetapi tidak ‘berkesan’,” katanya.

        Wan Abd Aziz berkata, sebaik mendapat apa yang dihajatinya, suspek tanpa rasa bersalah meninggalkan mangsa.

        Jelas beliau, pada mulanya, mangsa enggan membuat laporan polis tetapi mengubah keputusannya kerana bimbang suspek akan mengulangi perbuatan sama selepas ini.

“Susulan laporan diterima, suspek kini ditahan polis untuk disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan,” katanya.
[url=]
[/url]Read here: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/tergamak-ugut-bunuh-isteri-1.312089

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 10:14 AM | Show all posts
semakin ramai lelaki x layak di kahwini
kasi potong abis saja...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 10:16 AM | Show all posts
dengan perangai lelaki sekarang baik jadi anakdaratua pun tak apa
tak rugi
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 10:29 AM | Show all posts
asal berlaki..

entah-entah lakinya taik dadah
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk xmenahan sis..suami mcm nih akan dilaknat Elah..soon.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 05:06 PM | Show all posts
jahatnya..suami gila ke apa?kaki dadah kot..x habis fikir aku ada suami macam ni.bukan nak lindungi isteri,dia yang ancam isteri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2014 05:22 PM | Show all posts
rasanya suaminya tak pernah menonton filem watak kill bill tu......apa nak heran..ganu pelik..

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 05:24 PM | Show all posts
Ummah sunni darul iman?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2014 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mntak cerai lar... Seksa bdn je
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 06:25 PM | Show all posts
Mesti suami tu terdiri dari golongan istimewa....iaitu golongan penagih atau pemalas kerja
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 06:30 PM | Show all posts
tunggu jelah nnt drama cium pipi kt mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 09:21 PM | Show all posts
hmm..sedih..oleh itu,sape yg ade adik/anak lelaki,sila terapkan nilai2 bertanggungjawab.

klo ade abg/pakcik/sepupu lelaki, mohon tegur.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 09:35 PM | Show all posts
repot..pas2 tarik balik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.472655 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list