CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5929|Reply: 64

[Tempatan] PPIM: Petronas tak tipu promosi payung

[Copy link]
Post time 29-8-2014 12:50 PM | Show all posts |Read mode





Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menolak tanggapan pelanggan pam minyak Petronas yang mendakwa ditipu kerana gagal mendapatkan payung melalui penyertaan dalam satu program promosi.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau percaya bahawa Petronas kehabisan bekalan payung untuk diagihkan kepada pelanggannya.

“Tiada isu Petronas ingin menipu atau sebagainya... Bila seorang pelanggan ingin menebus sampai 15 payung maka Petronas terpaksa bahagi sama rata untuk orang lain (yang ingin menebus) juga

"Penyelesaian bagi kes ini bagi saya, pelanggan perlu bersabar dan menunggu sehingga Petronas mendapat stok secukupnya untuk diagihkan kepada pelanggan yang layak," katanya.

Tambahnya, PPIM menerima sekurang-kurangnya enam aduan dari pengguna yang tidak berpuas hati dengan kempen berkenaan.

Bagaimanapun, Petronas sendiri telah menjelaskan bahawa syarikat tersebut kekurangan stok payung ekoran sambutan para pelanggan yang sangat menggalakkan, katanya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Petronas di laman Facebook pada 18 Ogos lalu, yang menjelaskan bahawa kelayakan pelanggan untuk memperolehi payung melalui program itu tertakluk kepada “prinsip siapa cepat dia dapat”.

Sindiran pelanggan

Promosi yang bermula pada 20 Julai sehingga 15 September itu menetapkan pengguna untuk mengumpul 10 bukti pembelian bahan api untuk membolehkan mereka mendapatkan payung khas itu.

Semakan di laman Facebook Petronas menunjukkan para pelanggannya masih tidak berpuas hati dan meninggalkan komen serta sindiran ke atas syarikat tersebut kerana gagal membekalkan payung itu seperti yang dijanjikan.

Para pelanggan berkenaan turut berkenaan membangkitkan bahawa “prinsip siapa cepat dia dapat” itu tidak dinyatakan dengan jelas ketika program tersebut bermula, Julai lalu.

Antara lainnya, Fazdullah S Medar, yang berkata, Petronas mempromosi barang yang tidak wujud.

“Pengguna dipayungkan oleh Petronas... Promosi barang yang tiada,” tulisnya di laman tersebut.

Seorang lagi pelanggan, Lucas Xian Loong berkata Petronas sepatutnya meletakkan harga untuk payung tersebut bagi membolehkannya dijual secara tunai.

“Payung anda sudah untuk didapati bagaikan emas. Lebih baik anda letakkan harga dan jual sahaja jika takut hilang duit kerana payung.

“Bagus, Petronas!,” tulisnya dengan sinis.

Kritikan ke atas Petronas itu turut dikesan dalam bentuk video parodi, yang menunjukkan pengalaman seorang pengguna untuk mendapatkan payung tersebut.

Dalam video itu, beliau gagal mendapatkan payung yang dihajati selepas berkunjung ke sekurang-kurangnya lima kedai Pertronas.

Video sepanjang lebih dua minit yang dimuatkan di Youtube itu mendapat perhatian lebih 6,000 penonton setakat ini.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 01:17 PM | Show all posts
payung pn meroyan
aduhai rakyat mesia
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 02:48 PM | Show all posts
gekkou posted on 29-8-2014 01:17 PM
payung pn meroyan
aduhai rakyat mesia

ummah mulaysia suka barang percuma, makan percuma serba serbi percuma...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:20 PM | Show all posts
memang cantik payung PETRONAS ni .... ingat laki aku citer ada sorang amoi ni dia nak redeem payung PETRONAS bila kaunter mintak resit yang ori boleh pulak amoi ni mintak tolong Photostat resit tu.  memang sah lah tak dapat sebab PETRONAS hanya nak resit ori ... punya banyak resit amoi ni ada ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:22 PM | Show all posts
kentel posted on 29-8-2014 02:48 PM
ummah mulaysia suka barang percuma, makan percuma serba serbi percuma...

tongkat
payung

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:28 PM | Show all posts
berjaya dpt satu payung. satu kad lagi dah full tp tanya tanya semua takde stok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2014 03:30 PM | Show all posts
cantik mmg cantik....tp besau sgt...serupa payung pasar mlm kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:34 PM | Show all posts
kentel posted on 29-8-2014 02:48 PM
ummah mulaysia suka barang percuma, makan percuma serba serbi percuma...

terbaikk wokk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 03:34 PM | Show all posts
petronas kena muasabah diri jangan sombong angkuh jadi mcm MAS...terterhantuk baru kecoh itu ini....tahu lah petronas kaya tapi jangan tipu org....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:35 PM | Show all posts
fifie_olin posted on 29-8-2014 03:30 PM
cantik mmg cantik....tp besau sgt...serupa payung pasar mlm kekdahnya

payung formula 1 tu...tu yg ramai berasak2 gi claim..

kawan aku ckp not bad kualitinya..masa nak ambik pun ada staf petronas yg test bukak tutup payung tu..


disbbkan kualitinya..no wonder menjadi rebutan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:42 PM | Show all posts
bukan soal free atau tidak..takdak promosi payung ni pon orang tetap isi minyak..cumanya nk buat promosi biarlah bersedia..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:47 PM | Show all posts
kentel posted on 29-8-2014 02:48 PM
ummah mulaysia suka barang percuma, makan percuma serba serbi percuma...

not just a free item, it's all about credibility. t n c stated while stock last. due date program 15september 2014. 7ogos pergi redeem sudah out of stock. but the contest still running until now. r u kidding? where is ur dignity?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:51 PM | Show all posts
cina dengan free tak dapat dipisahkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:52 PM | Show all posts
dr kawan yg keja kat petronas.. ada kesilapan diaorg dgn supplier katanya. salah paham dlm order yg membawak payung ni asik takde stok kat stesen petronas.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:04 PM | Show all posts
lain kali ngan buat kalau tak mampu......
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:05 PM | Show all posts
deanswify posted on 29-8-2014 03:51 PM
cina dengan free tak dapat dipisahkan

mulayu dgn rogol tak dapat dipisahkan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 04:07 PM | Show all posts
PE-DX03 posted on 29-8-2014 03:47 PM
not just a free item, it's all about credibility. t n c stated while stock last. due date program  ...

yea la..they didn't expect yang program tu dapat sambutan..haha...so maybe stock unavailable...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:09 PM | Show all posts
kentel posted on 29-8-2014 04:05 PM
mulayu dgn rogol tak dapat dipisahkan...

owh can't deny that. darul rogol org cakap.
U nk sentapkan I. xle sbb I cina I taw perangai cina.
hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:13 PM | Show all posts
sapa yg dah dpt payung tu..cuba post sini tgk....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:22 PM | Show all posts
patutlah semalam aku masuk mesra kat kaunter ada tulis payung habis stock..mmg tak tau langsung pasal promotion ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.542374 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list