CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 95114|Reply: 1385

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 29-8-2014 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nicki_Meow at 25-11-2015 03:28 PM

~PHANTASMAGORIA~

Di landasan Phantasmagoria, aku keliru...
Tatkala mimpi dan realiti bersatu...



PROLOG

Bumi Amariya seolah-olah bergegar. Ratusan tentera yang merempuh masuk bagai tak mampu dikalahkan. Namun keras semangat mereka yang bergelar pahlawan masih jitu. Tak akan gentar biarpun hingga ke titisan darah yang terakhir. Pilihan mereka cuma satu.

Berjuang.

Hidup atau mati selepas ini sudah tidak difikirkan lagi.  

Biarlah langit Amariya melihat, keringat yang mengalir adalah demi mempertahankan Negara.
Biarlah bumi Amariya menjadi saksi, tumpahnya darah mereka adalah untuk tanah air tercinta.

Perjuangan mereka adalah untuk Amariya. Mereka bersungguh-sungguh demi Amariya. Perang ini perang terakhir. Perang yang akan menentukan pemilik ketuanan sebenar bumi ini. Andai kalah, maka lenyaplah Amariya.

Lenyaplah mereka.

Yang datang itu musuh. Mereka tidak diundang malah langsung tidak layak menjejakkan kaki ke tanah ini. Mereka tak berhak untuk memiliki bumi Amariya.

Keadaan semakin getir. Satu demi satu Pahlawan Amariya gugur. Dia melihat jelas tubuh para pejuang itu rebah ke tanah. Dia yang turut bergelar pahlawan Amariya, tidak mampu berbuat apa-apa kerana saat ini, dia sendiri turut berjuang. Sungguhpun tanah Amariya bukan tanah kelahirannya, namun mereka yang gugur itu sudah dia anggap saudara.Mereka yang rebah itu adalah sahabatnya.
Tubuh-tubuh yang bergelimpangan itu adalah tubuh mereka yang telah berjuang untuk mempertahankan Negara.

Demi Amariya, kuatkan semangatmu!

Kata-kata itu dijadikan azimat agar terus bertahan.Pedang terus dihayun kiri dan kanan. Tiada belas kasihan pada musuh. Akan ditentangnya habis-habisan walau nyawa menjadi taruhan.

Satu jeritan nyaring menggendala tumpuan. Jeritan dari Srikandi Amariya itu membuatkan jantungnya hilang rentak.

“Bertahan!”

Dengan segala asa, dia berlari ke arah sana.  

Namun, segalanya berlaku dengan pantas. Mungkin kerana sudah lelah. Mungkin kudratnya semakin lemah lalu Srikandi Amariya itu melutut jatuh di hadapan musuh yang ditentang.

Dia berlari semakin laju. Mahu menyelamatkan Srikandi itu. Apa-apa saja halangan dihadapan terus dicantas dengan pedang. Dalam cemas, sempat dia melihat Sang Musuh menyeringai garang ke arah Srikandi Amariya.

Pedang Sang Musuh telah terangkat tinggi.

"Tidak!"

Jeritan bergema.

-----------------------------------------------------------------



Last edited by Nicki_Meow on 18-10-2014 09:23 AM


*Operasi bukak pagar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 01:51 PM | Show all posts
waaaahhh... cerita baru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 02:16 PM | Show all posts
BAB 1

Satu Pagi di Pejabat Alpha Technology

Suasana dalam bilik pejabat itu senyap sunyi. Puan Azlina yang baru dua bulan menjadi Pengurus Projek memandang Qusyairi dan Rafi bergilir-gilir. Berwajah garang dan jarang tersenyum, mimik serius Puan Azlina membuatkan mereka tidak berani untuk mengucap kata-kata sebarangan.

“Saya dah teliti kertas cadangan yang awak berdua berikan.” Puan Azlina berkata sambil memandang tepat ke depan. “Dan saya dah buat keputusan…” Puan Azlina menarik nafas seketika.

“Rafi, sistem program yang awak cadangkan lebih menepati kehendak pihak Hotel Mayang Sari. Jadi saya akan serahkan projek Mayang Sari pada awak.”

Kata-kata Puan Azlina mengundang senyum dibibir Rafi. Manakala Qusyairi pula, tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Sedikit sebanyak, dia sudah dapat menjangka keputusan itu. Memang selama ini, Rafi yang lebih banyak menonjol dikalangan mereka. Sikap Rafi yang mudah mesra dan personalitinya yang menarik menyebabkan lelaki itu amat disenangi.

Qusyairi bukanlah sakit hati, jauh sekali mendengki. Cuma, dia tahu sikap yang ditonjolkan Rafi itu cuma di luaran. Di sebalik sikap itu, Rafi pada Qusyairi adalah seorang yang sangat hipokrit. Tidak keterlaluan jika dikatakan Rafi itu adalah kaki bodek bos. Sebab itu, kebanyakan projek syarikat banyak diserahkan pada Rafi. Lebih-lebih lagi ketika mereka berada di bawah Encik Hamidi dahulu.

Sejak dua bulan lalu, tempat Encik Hamidi digantikan oleh Puan Azlina. Sangka Qusyairi, keadaan akan berubah. Rafi tidak akan lagi mendominasi kebanyakan projek yang diperolehi syarikat. Tapi, menghakimi keadaan yang berlaku sekarang, sangkaan Qusyairi benar-benar meleset. Keadaan masih seperti dulu. Rafi masih menjadi pilihan utama.

Dalam diam, Qusyairi mengeluh sebal. Nasib dia dan beberapa orang rakan sejawatannya masih tidak berubah walaupun sudah bertukar pengurus. Tetap seperti ketika zaman Encik Hamidi.

Perbincangan ringkas di antara Rafi dan Puan Azlina langsung tidak menarik perhatian Qusyairi. Namun telinganya dapat menangkap perkataan yang disebut Rafi seperti ‘Saya akan lakukan yang terbaik’, ‘Saya akan cuba memuaskan hati pihak Mayang Sari’ dan beberapa lagi ‘ayat kipas’ yang menyebabkan telinganya berbulu.

“Baiklah. Kalau tak ada apa-apa lagi, awak boleh keluar sekarang.” Puan Azlina akhirnya menoktahkan perbincangan. Rafi angguk dan tersenyum lebar. Sempat memberikan senyum sinis pada Qusyairi.

“Terima kasih, Puan Azlina. I won’t let you down.” Ujar Rafi.

Membodek aje yang kau tau! Qusyairi menghembus nafas geram dalam diam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 02:18 PM | Show all posts
Ikutkan hati, ingin saja Qusyairi mengeluarkan kata-kata kurang sopan namun menahan kuat niat buruknya itu. Rafi bangun dituruti Qusyairi namun belum sempat Qusyairi melangkah, Puan Azlina bersuara lagi.

“Awak boleh pergi dulu, Rafi.”

Rafi memandang Puan Azlina seketika.

“Qusyairi, awak tunggu.” Arah Puan Azlina. Qusyairi yang telah berdiri tegak, kembali duduk, menurut perintah.

“Anything else, Rafi?” Soal Puan Azlina apabila melihat Rafi masih tercegat.

“Tak ada.” Rafi menggelengkan kepala lantas menghayun langkah keluar dari bilik itu.

Setelah pintu bilik pejabatnya ditutup rapat, Puan Azlina memandang Qusyairi, agak lama. Qusyairi sedikit kaget apabila ditenung begitu.

“Err…Puan Azlina.” Qusyairi bersuara. Wajah Puan Azlina yang serius itu mengundang serba-salah seolah-olah dia telah melakukan kesalahan besar pula.

“Saya ada perkara lain nak bincang dengan awak.” Tutur Puan Azlina. Qusyairi mengangguk, menantikan bicara seterusnya.

“Antara proposal yang awak dengan Rafi, sebenarnya proposal sistem awak lebih bagus. Lebih sistematik dan user friendly.” Puan Azlina menyambung kata.

“Kalau macam tu, kenapa Puan Azlina pilih Rafi?” Tidak dapat tidak, Qusyairi mempersoalkan tindakan Puan Azlina.

“Sebab saya ada projek lain untuk awak.” Balas Puan Azlina. Kening Qusyairi terangkat.

“Projek untuk Hotel Mayang Sari, cuma HR System yang biasa-biasa saja. Dengan potensi yang awak ada, saya rasa awak lebih sesuai untuk projek lain.”

“Err…maksud Puan?”

Puan Azlina tersenyum. Julung-julung kali dia tersenyum pada orang bawahannya. Qusyairi terkebil-kebil seketika melihat senyuman Puan Azlina.

“Macam nilah, Qi.”

Qusyairi yang terkebil-kebil, terus menyambung kebil. Julung-julung kali juga Puan Azlina memanggil pekerja bawahannya dengan panggilan nama manja. Selalunya, Puan Azlina akan memanggil dengan nama penuh.

Mujur juga Puan Azlina tak panggil nama dia yang sepenuhnya iaitu Muhammad Qusyairi. Mungkin sebab sudah panjang sangat agaknya, tak tersebut dek Puan Azlina. Itu baru dia, kalau dengan si Masitah, pembantu pejabat yang cun itu, mahu tergeliat agaknya lidah Puan Azlina. Sebab nama sebenar Masitah ialah Masitah Nurhidayah Safira Binti Kazim.

“Qusyairi.” Tinggi sedikit suara Puan Azlina kali ini menyebabkan Qusyairi tersentak. Wajah Puan Azlina kembali serius. Last edited by Nicki_Meow on 29-8-2014 02:20 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 02:26 PM | Show all posts
“Boleh bagi tumpuan?” Puan Azlina menembak soalan sinis. Qusyairi mengangguk. Silapnya sendiri sebab mengelamun tiba-tiba. Dia kemudiannya menegakkan badan. Memberi tumpuan penuh kali ini.

“Macam yang saya cakap tadi, jawatan SSE bakal kosong.” Puan Azlina menyambung kata. Qusyairi mengangguk lagi. Masih belum dapat menganggak kenapa Puan Azlina membangkitkan perkara ini. Iya, sudah pasti dia tahu. Jawatan SSE (Senior Software Engineer) itu bakal kosong setelah Alvin menghantar notis perletakkan jawatan sebulan yang lalu.  

“Management sebenarnya dah pilih calon untuk menggantikan tempat Alvin.”

“Calon? Siapa? Rafi?” Pantas Qusyairi mengemukakan soalan.

“Iya, Rafi.” Sambil menjawab, Puan Azlina tersenyum lagi. Qusyairi tidak menyahut. Memang mudah untuk di agak bukan? Sudah pasti Rafi yang menjadi pilihan. Orangnya kacak, ada gaya, mudah bergaul dan disenangi ramai…wanita terutamanya. Katanyalah.

Tetapi, Rafi yang sebenar, hanya dia dan…Kumar, Mat Noh serta lima lagi ahli kelab ‘Anti Rafi’ di pejabat ini saja yang tahu. Rupa kacak jambu, itu memang tak dapat dinafikan. Anugerah Tuhan untuk Rafi. Sayangnya rupa Rafi tak menggambarkan perangai sebenar. Rafi suka cakap besar. Kononnya, dialah yang terbaik dari segala segi. Paling banyak pengetahuan, paling pandai. Pendek kata, semuanya Rafilah. Walhal, itu semua lagak yang lebih.     

“Saya tak patut terkejut pasal tu kan?” Qusyairi bertanya. Puan Azlina terus senyum.

“Pasal Rafi, awak tak patut terkejut. Rafi memang menepati kehendak pihak Management.” Jawab Puan Azlina.

“Okay…” Acuh tak acuh, Qusyairi membalas.

“Tapi, kalau ikut pendapat saya, awak yang patut dapat jawatan SSE tu.”

“Aaa?” Kata-kata Puan Azlina membuatkan riak wajah Qusyairi berubah. Terkejut pastinya.

“Err…err…maksud Puan?”

“Saya dah teliti rekod kerja awak, Qi. Semuanya bagus. Betulkan saya kalau saya silap, tapi saya rasa, kebanyakkan kerja yang Rafi buat, hampir semuanya atas bantuan awak…kan?”

Qusyairi telan air liur. Teragak-agak mahu mengangguk. Tapi, kata-kata Puan Azlina itu memang betul. Dia memang banyak membantu Rafi. Dipaksa membantu Rafi sebenarnya, atas arahan Encik Hamidi. Dan kemudian, Rafi yang dapat nama. Bukan dia…

“Saya juga dah bincang perkara ni dengan Alvin. Dia sendiri bersetuju dengan saya. Awak lebih layak untuk jawatan ni berbanding Rafi.”

“Masalah awak cuma satu.” Puan Azlina berterusan berkata. “Awak kurang keyakinan diri.”

Qusyairi terkebil-kebil buat kesekian kali. Last edited by Nicki_Meow on 30-8-2014 04:43 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 02:27 PM | Show all posts
permulaan yg sangat menarik Nicki...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-8-2014 02:46 PM | Show all posts
“Saya dah bincang hal ni dengan management. Mereka bersetuju dengan cadangan saya untuk turut menjadikan awak salah seorang calon untuk SSE. Tapi, dengan dua syarat.”

Qusyairi masih diam.

“Ini fail untuk Tresna Bank.” Sekeping fail dihulurkan pada Qusyairi. Perlahan-lahan, dia menyambut fail itu dari tangan Puan Azlina.

“Tresna Bank nak upgrade their Security System. Upgrade maksudnya di sini, yang paling advance. Bukan sistem sekuriti biasa-biasa macam selalu. Awak pun tahulah, reputasi Tresna Bank macam mana…”     

Qusyairi angguk sekali.

“Alpha Technology is in the line untuk dapatkan kontrak ni. Jadi…” Ayat Puan Azlina terhenti. Wajah Qusyairi dipandang seketika. “Saya nak awak buat proposal untuk sistem sekuriti Tresna Bank.”

Qusyairi angguk sekali lagi.

“Dan awak sendiri yang akan present proposal ni nanti.”

Qusyairi telan air liur.

“Awak ada masa dua bulan untuk siapkan proposal. Kalau awak berjaya dapatkan kontrak Tresna Bank, jawatan SSE itu memang confirm milik awak.”

Qusyairi ternganga kali ini. Sukar untuk dia percaya kata-kata Puan Azlina.

“Tapi…Puan…”

Kening Puan Azlina terangkat.

“Saya macam…haisshh…” Qusyairi mengeluh sendiri.

“Awak tak yakin boleh buat?” Soal Puan Aina.

“Nak buat sistem tu…saya yakin boleh, Puan. Cuma, part nak present tu…” Qusyairi memandang Puan Azlina seperti meminta simpati. Mengharapkan sedikit kelonggaran agar dia tidak perlu membuat apa-apa pembentangan.

“Macam yang saya cakap tadi, masalah awak…tak ada keyakinan diri.” Balas Puan Azlina. Qusyairi diam.

“But, if you can overcome this problem, awak yang akan dapat jawatan tu.”

“Macam mana kalau saya tak nak jawatan tu?” Soalan Qusyairi membuatkan Puan Azlina merenung tajam.

“It means that you’ve let me down. Dan saya akan malu nak menghadap management sebab saya yang beriya-iya yakinkan dia orang….yang awak lebih layak berbanding Rafi.”

Qusyairi menelan air liur lagi.

“On top of that, awak sendiri tahu, Rafi yang akan dapat jawatan SSE tu dan saya tak dapat bayangkan macam mana awak nak kena bekerja dengan Rafi nanti.”

Aduh…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 02:47 PM | Show all posts
Membayangkan kerja atas arahan Rafi, Qusyairi benar-benar tak sanggup. Bekerja dengan Rafi pun kalau boleh dia tak nak, apatah lagi kerja bawah arahan Rafi…

Tapi…

“Tak ada orang lain ke, Puan?” Qusyairi menembak soalan.

“Kumar is also on the list. Tapi saya lebih yakin dengan awak. Kalau awak tak nak, saya akan cuba calonkan Kumar. Tapi, awak pun tahulah. Chances untuk Kumar dapat jawatan ni lebih rendah dari awak.” Puan Azlina menguntum senyum. Qusyairi diam. Fail yang tergeletak atas meja dihadapannya di tenung lama.

“So, what say you…Qi? Awak sanggup sahut cabaran ni?” Puan Azlina memecah sunyi setelah mereka terdiam beberapa minit.

Rafi jadi SSE. Tak boleh jadi ni…

“I’ll try my best...lah, Puan.” Dalam rasa sedikit terpaksa, Qusyairi bersetuju juga.

“Good.” Puan Azlina.

“So, proposal dua bulan dari sekarang. And make sure yang awak pun prepare untuk buat presentation nanti. Saya tak nak awak tergagap-gagap depan client.”

“Okay.” Qusyairi angguk. Matilah…

“Satu lagi. Saya harap perkara ini tak akan dibincangkan secara terbuka dengan mana-mana staff Alpha Technology. Saya tak mahu keluar khabar angin yang bukan-bukan pulak nanti.”

“Err…baik Puan.”

“Bagus.” Puan Azlina senyum namun tak lama. Senyumannya pudar perlahan-lahan.

“That’s all, Qusyairi. Melainkan awak ada perkara lain yang dibincangkan…” Nada Puan Azlina kembali serius. Qusyairi segera memahami kata-kata tersirat Puan Azlina yang bermaksud – Sila Keluar Sekarang.

“Thanks. Saya keluar dulu Puan Azlina.” Ucap Qusyairi sekaligus meminta diri. Dia bangun dan terus meninggalkan bilik pejabat itu.

***
Last edited by Nicki_Meow on 30-8-2014 04:49 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2014 02:49 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 29-8-2014 02:27 PM
permulaan yg sangat menarik Nicki...

Thanks for reading Zam.

Tak taulah sejauh mana boleh cerita ni boleh pegi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:10 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 29-8-2014 02:49 PM
Thanks for reading Zam.

Tak taulah sejauh mana boleh cerita ni boleh pegi...

sejauh manapun perginya tetap kukejar Nicki....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:32 PM | Show all posts
jgn jd x yakin macm Qi lak niki.... ada aje org baca nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 03:36 PM | Show all posts
sellie003 posted on 29-8-2014 03:32 PM
jgn jd x yakin macm Qi lak niki.... ada aje org baca nih...

haiishhh... tulah

Kot tak menjadik, kita biar aje benang ni tenggelam ke laut yang dalam....buleh?  






Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:42 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 29-8-2014 03:36 PM
haiishhh... tulah

Kot tak menjadik, kita biar aje benang ni tenggelam ke laut yang da ...

pulok...napa mulakn tadi nih...dah ada peminat niki setia ngan karya ko...meoww....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 03:49 PM | Show all posts
sellie003 posted on 29-8-2014 03:42 PM
pulok...napa mulakn tadi nih...dah ada peminat niki setia ngan karya ko...meoww....

Fefeeling kurang keyakinan diri macam Qi...




Nak try genre lain. Tu yg macam skeptikal sikit buleh pergi jauh ke idok...huhuhuhu. Saja letak satu bab dulu. Selalunya, bila dapat komen, baru idea mencurah.

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:50 PM | Show all posts
tajuk mcm gempak..
tapi apakh mknanya ituu..


errrrrrr..bab berapa baru bole kaitkan amariya dgn alpha tech..
ke amariya tu sistem rekaan Qi..

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:51 PM | Show all posts
sellie003 posted on 29-8-2014 03:42 PM
pulok...napa mulakn tadi nih...dah ada peminat niki setia ngan karya ko...meoww....

tau takpe cik sellie... Nicki... yakinlah pada diri sendiri... chaiyok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2014 03:54 PM | Show all posts
awanjingga posted on 29-8-2014 03:50 PM
tajuk mcm gempak..
tapi apakh mknanya ituu..

Apa kata..tanya inche gugel? Kalau dapat jawapan, paste la kat sini.

Mana tau kot Momod bermurah hati nak sumbang kacang barang lima seploh bijik...







Macam main kuiz pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:54 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 29-8-2014 03:49 PM
Fefeeling kurang keyakinan diri macam Qi...

jgn wisau...ada jek tukang komen....

P/S: tingin gak nak wat citer zamn dulukala..tp lom capai tahapnya...plot dah ada cuma nak jadikn satu kargn payoh benau....


Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 03:55 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 29-8-2014 03:51 PM
tau takpe cik sellie... Nicki... yakinlah pada diri sendiri... chaiyok

huhu....keyakinan membawa kejayaan...ahaks...



Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:27 PM | Show all posts
sellie003 posted on 29-8-2014 03:55 PM
huhu....keyakinan membawa kejayaan...ahaks...

betul...betul...betul...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.110826 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list