CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 19-9-2014 02:55 PM | Show all posts
lagi.. lagi..

panjang la sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2014 09:04 AM | Show all posts
Sunguh Sikit

Next!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 09:50 PM | Show all posts
Puteri Arania menarik nafas kelegaan. Dia berpaling ke belakang, memandang seketika ke arah pintu kecil yang terlekat di tembok. Pintu itu memang tersorok. Tak akan nampak jika tidak diperhatikan dengan betul. Pintu itu dijumpai secara tidak sengaja ketika merayau-rayau di kawasan istana sepurnama yang lepas. Dia pun tidak tahu seandainya ada sesiapa lagi di dalam kawasan ini yang tahu akan pintu rahsia itu tetapi, Puteri Arania tidak mahu memikirkan tentang itu saat ini. Apa yang penting, pintu rahsia ini adalah pintu kepada pengembaraannya kini.

Bagaimana dia mahu masuk kembali ke istana? Itu juga akan difikirkan nanti. Yang penting sekarang, dia perlu mendapatkan Syakilla yang sudah menunggu tidak jauh dari sini. Puteria Arania bangun lantas membersihkan bajunya yang kini dilekati dengan rumputan dan dedaun kering. Kemudian, dia mendongak ke langit.Membuat perkiraan sendiri untuk menetapkan berapa lama masa yang dia ada. Perlu pulang ke istana apabila matahari telah condong dua pertiga ke arah barat.   

Puteri Arania tersenyum. Hati berdendang riang. Dia ada masa lebih separuh hari untuk dihabiskan bersama Syakilla di luar Istana Suriyan. Hanya berdua, tanpa pengawal yang akan sentiasa memerhati setiap gerak-geri.  Pandangan beralih lagi, kini terus ke hadapan. Senyuman lebih lebar terukir di bibir. Terasa dirinya bak burung yang terbang bebas di angkasa.

Puteri Arania terus melangkah. Sesekali tertoleh-toleh ke belakang untuk memastikan tiada sesiapa yang mengekori jejaknya. Jika perilakunya ketahuan oleh ayahanda dan bondanya, memang nahaslah dia. Puteri Arania mempercepatkan langkah. Hanya tinggal beberapa tapak lagi untuk dia sampai di hujung lorong. Rasa terujanya semakin meninggi. Syakilla sudah berjanji untuk membawanya ke sebuah kawasan di pinggir desa, di mana terdapatnya kawasan air terjun dan kolam.

Semakin hampir dengan hujung lorong, semakin hatinya melonjak riang. Terus Puteri Arania berlari kecil melepasi kawasan rimbunan pohon-pohon renek yang menghiasi kiri dan kanan jalan. Senyuman manis kekal di bibir. Puteri Arania menoleh ke belakang buat terakhir kali, mahu berwaspada. Tiada sesiapa yang mengekorinya. Lega!

BUK!

Tatkala berpaling semula ke depan, dia melanggar seseorang. Dahi berlaga dahi. Hentaman kuat itu menyebabkan kedua-duanya terjatuh. Seorang terlentang dan seorang lagi tertiarap di atas.

Mata bertentangan agak lama. Jarak wajah mereka hanya dua inci. Terasa nafas seakan terhenti.

“Ssso…sorry.”

Kata-kata itu menyebabkan Puteri Arania tersentak. Sangat pelik pada pendengarannya. Segera Puteri Arania menjarakkan diri, memerhatikan pemuda itu yang masih terlentang dengan tangan memegang dahi. Wajah pemuda itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini.

Perlahan-lahan kemudian, pemuda itu duduk. Kekeliruan jelas terpamer di riak wajahnya.

“Oh. Kamu rupanya?” Puteri Arania bersuara seketika kemudian.

Mendengar teguran itu, Qusyairi mengangkat muka memandang ke depan. “Arania?”

Mereka saling memandang lagi. Puteri Arania terasa pipinya hangat secara tiba-tiba.

“Ekhem. Maaf. Maksud saya….err..patik..err…Puteri. Puteri Arania.” Qusyairi tergagap-gagap. Entah mengapa, dia turut merasa berdebar bila berdekatan dengan Puteri Arania. Lebih-lebih lagi, di saat seperti tadi.

Puteri Arania bangkit. Dia masih berada di persekitaran Istana Suriyan, masih belum selamat. Dia perlu segera beredar dari situ.

“Mari. Ikut aku.” Ajak Puteri Arania. “Kita perlu pergi dari sini.”

“Ha? Ikut? Nak ikut pergi mana?” Soal Qusyairi, terpinga-pinga.

“Usah banyak bertanya. Ayuh.” Puteri Arania menarik lengan Qusyairi supaya menuruti langkahnya. Dia tidak mahu menunggu lebih lama di sini. Qusyairi terkedu sekali lagi namun dia juga akhirnya berjalan menyaingi Puteri Arania. Last edited by Nicki_Meow on 21-9-2014 12:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 10:15 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 20-9-2014 09:50 PM
Puteri Arania menarik nafas kelegaan. Dia berpaling ke belakang, memandang seketika ke arah pintu ke ...

wah! Dah tercampak ko Qi.. terus sapu dahi Arania
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 10:49 PM | Show all posts
Wahh...tak sia2 Qi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 10:55 PM | Show all posts
“Arania.”

“Iya?”

“Kalau saya nak tanya satu soalan, boleh tak?” Berhati-hati, Qusyairi berkata.

“Boleh.”

“Sekarang ni, kita ada kat mana?”

“Sekarang ini?” Berkerut dahi Puteri Arania mendengar soalan itu. Qusyairi mengangguk.

“Amariya.” Puteri Arania menjawab pendek. “Mengapa?” Puteri Arania kehairanan.

“Ah…hhhmmm.” Qusyairi menggeleng. Langkah diteruskan lagi.

“Bagaimana kamu boleh muncul di kawasan ini?” Sambil berjalan, Puteri Arania mengemukakan soalan. Menjeling pandang pada wajah Qusyairi yang mendiamkan diri.

Qusyairi mengerah otaknya supaya berfikir. Cuba mengingati apa yang berlaku, mengikut turutan, satu demi satu. Sedikit sukar untuk dia menghadam apa yang sedang berlaku padanya ketika ini. Iya, dia ingat. Bermula dengan lagu Misteri Mimpi Syakilla dan kemunculan pautan misteri di skrin komputer ribanya. Setelah pautan itu ditekan, muncul sesuatu seperti putaran puting-beliung. Skrin berubah lagi dan kisah Hikayat Amariya terpapar di skrin. Dia membaca beberapa ketika, menguap dan kemudian…dia dilanggar seseorang.

Mimpi lagi?  

“Kamu.” Tegur Puteri Arania.

“Ya?”

“Apa yang kamu fikirkan?”

“Aaaa…errrr…hhhmmm.” Qusyairi memilih untuk tidak menjawab. Dia pun tak faham apa yang sedang terjadi kepadanya ketika ini, bagaimana mahu menerangkannya kepada orang lain? Lebih-lebih lagi, pada Arania?

“Kamu.” Panggil Puteri Arania lagi.

“Err…iya?”

“Aku sebenarnya…” Puteri Arania teragak-agak mahu berkata.

“Sebenarnya…”

“Cakap ajelah.” Suruh Qusyairi.

“Harap kamu tidak berkecil hati denganku nanti…”

“Tak adanya nak kecik-kecik hatilah. Cakap aje…”

“Aku sebenarnya…” Puteri Arania menggigit bibir. “Terlupa akan namamu.”

Ketawa kecil terlepas dari mulut Qusyairi. Itu aje masalahnya? Patut duk kamu, kamu, kamu dari tadi… Last edited by Nicki_Meow on 20-9-2014 11:49 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-9-2014 11:43 PM | Show all posts
“Qusyairi.” Qusyairi berkata setelah tawanya tinggal sisa. “Panggil aje Qi.”

“Qi?”

“Yup. Qi. Lagi senang nak ingat.”

Puteri Arania ketawa. Tangan kanannya menutup mulut.

“Kenapa awak…ketawa?”

“Cara kamu bertutur, kedengaran lucu.”  

“Lucu?”

Puteri Arania mengangguk.

“Lucu pun luculah. Anyway, boleh tak awak cakap. Kita nak pergi mana sebenarnya ni?” Soal Qusyairi. Berkerut lagi dahi Puteri Arania.

“Maksud saya, kita mahu ke mana?” Qusyairi meringkaskan soalan.

“Oh. Aku mahu melawat sekitar Amariya.” Jawab Puteri Arania.

“Melawat Amariya?” Qusyairi mengerutkan kening. “Takkanlah awak tak pernah jalan-jalan kat Amariya ni?”

“Ehm? Jalan-jalan?”

“Ah, tak apalah.”  Qusyairi tepuk dahi. Apa susah sangat nak bercakap dengan minah ni?

“Syakilla sedang menungguku tidak jauh dari sini.” Puteri Arania berkata lagi setelah mereka terdiam beberapa saat.

“Syakilla?” Qusyairi menelan air liur. Puteri Arania mengangguk.

“Syakilla yang akan menemaniku melawat sekitar Amariya. Sepatutnya, hanya aku dan dia saja. Tetapi, aku tidak keberatan jika kamu mahu turut serta.”

“Apa kamu mahu turut serta?” Puteri Arania menyambung kata sambil senyuman meleret di bibirnya.

“Err…” Qusyairi terfikir-fikir sama ada perlu atau tidak dia menolak ajakan itu. Syakilla, tidak kurang cantiknya berbanding Puteri Arania. Namun, cantik atau kurang cantik bukan masalahnya di sini. Wajah Syakilla yang agak garang dan kurang mesra itu membuatkan Qusyairi teragak-agak. Tidak mahu kehadirannya nanti mendatangkan rasa kurang senang pada Syakilla. Syakilla tidak seperti Puteri Arania yang lebih ceria dan mudah mesra pada perkiraannya.

“Arania. Saya rasa…tak pay…”

“Mari. Syakilla sudah ada di sana.” Pantas Puteri Arania memintas kata-katanya. Tidak sempat menolak, lengannya sudah di tarik lagi. Qusyairi menurut walaupun terasa berat hati.
Last edited by Nicki_Meow on 21-9-2014 12:13 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 11:44 PM | Show all posts
“Syakilla.” Puteri Arania menyapa mesra tatkala Syakilla dihampiri. Syakilla mengangguk. Hanya sedikit senyuman terbias pada bibir. Matanya terarah pada Qusyairi di sebelah Puteri Arania.

“Hai…” Sapa Qusyairi. Tersenyum sumbing. Syakilla mengangkat kening.

Mereka terdiam beberapa ketika.

“Aku sebenarnya, sudah menjangka bahawa kau ada di sekitar kawasan ini.” Syakilla memecah sunyi. Qusyairi menarik nafas panjang. Suara Syakilla kedengaran dingin sekali. Mata Syakilla yang memandangnya tajam membuatkan Qusyairi terasa sedikit cuak. Namun, mata bak helang itu juga yang membuatkannya teringat-ingat.

“Cuma, aku tak menyangka kau ada bersama dengan Puteri.” Sambung Syakilla.

“Macam mana, awak tahu saya ada kat sini?” Qusyairi menyoal balas walaupun teragak-agak.

“Oh. Itu kerana kawan kau ada di sini.” Jawab Syakilla. Qusyairi benar-benar kehairanan. Pelik. Bagaimana pula dia ada kawan di Amariya?

“Kawan aku? Siapa?” Qusyairi bertanya lagi, mahukan lebih penjelasan.

“Kawan kamu. Yang itu.” Syakilla mengangkat jari telunjuk, menunding ke arah kanan. Tiga pasang mata mengarah ke tempat yang sama.

Qusyairi melopong. Melihatkan makhluk berbulu warna kelabu itu benar-benar membuatkan dia hampir pitam.

“Tron?”

“Hai.” Balas Megatron, menyeringai. Last edited by Nicki_Meow on 21-9-2014 12:16 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2014 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sana melopong.. kat sini pon melopong... hai laa
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 20-9-2014 10:15 PM
wah! Dah tercampak ko Qi.. terus sapu dahi Arania

Apa.. ko ingat adam dan hawa je boleh terlentang tergolek sama2?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2014 12:01 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 20-9-2014 11:52 PM
Kat sana melopong.. kat sini pon melopong... hai laa

Apa...ko ingat Adam je boleh melopong?



Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:58 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 20-9-2014 11:44 PM
“Syakilla.” Puteri Arania menyapa mesra tatkala Syakilla dihampiri. Syakilla mengangguk. Hanya sed ...

hoik...Qi pun kena penyakit melopong gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:59 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 20-9-2014 11:57 PM
Apa.. ko ingat adam dan hawa je boleh terlentang tergolek sama2?

tergolek adam n hawa hempap menghempap

tergolek Qi dan Arania..menyapu dahi giteww


Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 01:08 AM | Show all posts
Ipo posted on 21-9-2014 12:59 AM
tergolek adam n hawa hempap menghempap

tergolek Qi dan Arania..menyapu dahi giteww

baca balik betui2.. hempap menghempap jugak berlaku.. ikut pemahaman aku laa
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 10:32 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 21-9-2014 01:08 AM
baca balik betui2.. hempap menghempap jugak berlaku.. ikut pemahaman aku laa

oh..ada ek adegan hempap tu?

mungkin masa pertama kali Qi tercampak ke bumi Amariya la kut..

bertembung dengan Puteri Arania..
hish..asyik nak sebut Ariana jek aku nih

kang jadi macam TWB lak.. Adam dan Ariana..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 10:45 AM | Show all posts
Ipo posted on 21-9-2014 10:32 AM
oh..ada ek adegan hempap tu?

mungkin masa pertama kali Qi tercampak ke bumi Amariya la  ...

Saya pun Ipo. Mula-mula baca asyik nak sebut ARIANA tapi bukan ya ia ARANIA.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 21-9-2014 10:32 AM
oh..ada ek adegan hempap tu?

mungkin masa pertama kali Qi tercampak ke bumi Amariya la  ...

Bukan ler.. yg masa menyapu dahi tu.. kan sorg terlentang.sorg meniarap di atas.. jarak 2 inci.. adakah aku salah paham situasi itu??
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku plak asyik baca tajuk kejap jadi phantasgomaria.. kejap2 jd phantasmagoria.. :l9l:
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:55 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 21-9-2014 11:39 AM
Bukan ler.. yg masa menyapu dahi tu.. kan sorg terlentang.sorg meniarap di atas.. jarak 2 inci.. a ...

hok aloh...ye laaa...

sorang terlentang..sorang tertiarap di atas...

kan sebut hempap je senang
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 07:47 AM | Show all posts
selamat pagi Nicki...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.068745 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list